Tahun ini usia mak Auntie akan mencecah ke angka 79...alhamdulillah..Allah panjangkan usia dia. Bagi sesetengah orang usia macam ni kira dah lanjut, ada yang dah nyanyok pun...sekali lagi alhamdulillah.....mak Auntie masih ok. Tapi, ok cara orang tualah. Dia pun sakit lutut jugak. Malah dia ada ostoporosis....(kerapuhan tulang), darah tinggi atau kencing manis tak ada pulak. Jantung ok.
Apa yang merisaukan Auntie ialah mak Auntie ni sentiasa dalam keadaan gundah gulana...ada saja report tentang dirinya sampai kat Auntie, apa lagi sejak Cik Chah dah ada handphone...kejap-kejap di suruhnya adik Auntie tu hantar SMS kata dia tak sihat...kejap ni tadi satu SMS masuk..." Kak, badan mak dah tak boleh tegak....nak buat cam mana ek? "...ha....nak buat cam mana tu?...dua hari sudah SMSnya macam ni " Kak, mak tak sihat, dia tak lalu makan"...minggu lepas pulak...." Kak, mak pening...".. Adik Auntie pun tak leh nak auta kat dia sebab sebelum hantar SMS tu dia check dulu....he!...he!....Lepas dia check baru adik Auntie bagi tahu cerita sebenar. Pendek kata ada saja report yang masuk. Dulu, dia pernah duduk dengan Auntie...ingatkan lamalah..... tak sampai 4 bulan dia dah nak balik rumah dia...boringla duduk KL kata dia. Mak Auntie bukalah jenis yang ada ayam itek atau kerbau lembu....dia jenis duduk dalam rumah saja. Dia suka membaca...dan pot-pet-pot-pet kat cucu-cucu.
Sebagai anak sulong, memang jantung Auntie sentiasa berdebar kalau SMS dari adik Auntie masuk....Ada masa dia terus telefon Auntie.
Auntie memang tengah dok rindu kat dia nih...insyaallah Cuti Raya Cina ni kena balik jengok dia kejap.
14 comments:
Kak Yan :
Agaknya begitu lah *karenah* orang tua bila memanjat usia. Sentiasa mahu perhatian dari anak-anaknya. Apalagi sudah tak ada pasangannya. Serupa dengan bapak saya - ada ajer *kehendak* nya. Tapi itulah, kena banyak-banyaaaaaaaak bersabar, lebih-lebih lagi bila mengenangkan macamana dia dulu bersabar melayan karenah anak-anak dia.
* Sabar aje lah Kak Yan oii..*
:-)
Madam Aunty Yan:
the chairs, the table and the cloth we dine on
(my gift to those who are fathers, mothers, sons, daughters, brothers and sisters)
On the chairs, the table and the cloth we dine on,
mama serve a sumptuous meal,
a sumptuous meal made form the hunt that papa kill,
the hunt that papa brought back on heavy old wheels.
On the chairs, the table and the cloth we dine on,
papa carved the luscious veal,
while mama kept our hunger vigil,
so that our little tummies feel no shrill,
till we have the night’s fill.
By the chairs, the table and the cloth we dine on,
papa stood on the site with his pipe lit,
cleaning blood that his hunt has spilled,
and chasing out the winter’s chill,
so that we feel no gritting frill,
after we had our night’s fill.
Round the chairs, the table and the cloth we dine on,
mama walks with a clean white cloth,
cleaning our mouth from filthy froth,
while kissing the sleepy eyes under the brows.
To the chairs, the table and the cloth we dine on,
we haste a bow and a cheery bye,
and wish the leftovers tomorrow they will dry,
that tomorrow again on you we dine,
with the meals mama made so fine,
made from the kills that papa find.
O chairs, table and cloth we dine on,
we trust that tomorrow would also be fine,
there you’ll wait for us to dine,
when we wake after the sun comes to shine.
Mak Andeh: ...he!..he!...memang banyakkkk bersabar ni. Kesian dengan depa ni, dunianya dah lain. Mungkin kita nanti pun akan jadi macam tu. Semoga tidak menyusahkan anak cucu. :-)
----------------
demonsinme : Thanks for the poem...kalau boleh di katakan poem...its so, touching!...
Mak awak tinggal kat mana? Kat Jenalik ker ? Kalau dalam lingkungan daerah Kuala atau Lenggong dari KL dalam empat jam dah boleh sampai..pastikan kenderaan awak bersedia untuk perjalanan jauh, mesti sediakan budjet kecemasan; Off day atau week end balik lah menziarah.Dulu masa saya nak start balik menziarah dua kali sebulan..terasa sangat susahnya..selepas beberapa trip..dah jadi biasa sehingga bapa saya bertanya..'Ari..PD tu kat Penang ker ?.
Kak Yan...alhamdulillah mak kak Yan sihat...seperti kak Yan kata sihat orang tua...
Memang lah kalau kita dpt sms macam tu selalu kita akan berdebar setiap kali dpt sms dari reporter tu...heheheh
Moga akan terubatlah rindu kak Yan pada mak nanti di Hari Raya Cina...
En.Ari: Perjalanan dari KL ke kampung saya lebih kurang 4 - 5 jam
...sejak ada highway ni memang cepat lah, dulu ianya mengambil masa hampir 6 atau 7 jam...Saya hanya dapat jengok mak 2 atau 3 bulan sekali. Mak mertua pun nak jengok jugakkan....apa nak buat, seorang di utara seorang di timur.Insyaallah cuti Raya Cina ni saya akan balik kampung...nak jenguk mak saya.
--------------------
Kak_Lady...Jadi orang Melaka atau Negeri, macam tak masalah sangat...dekat je dengan KL...bolehpergi balik setiap hari pun kalau mau....:-)
--------------------
Kak Yan, macam tu lah hari2 kat rumah ni pun. Ada saja sakit mak tu. Macam-macam kerenah. Macam MA kata lah. SABAR aje lah Kak Yan. Nak buat macam mana, mintak2 kita esok2 tu tak macam diorang tu InsyaAllah.
MADAM AUNTY N:
Another gift for you and your loved ones.
Hate...
(a gift from the demon to be made as a gift to your loved ones)
In my lonely heart,
hate plays a great part,
it wills the my action from the start,
it herd me words with such grand art,
it is the very thing that bounds our two hearts.
I hate the moments when you are not in sight,
coz it is the time that I could not see your plight,
and I can't remedy the things that bring you fright,
I hate the days that my might seeps by,
and when I can't stop your sad cry,
making your smile dry,
making me feel worst than having to die.
I hate the months when draught come to visit,
coz it would hinder my rose seeds,
making me dread the times we meet,
as I have no flower to place on your lovely feet,
and be shied from your smile so sweet.
But, the greatest that I hate,
is the day that you saw me not even as a mate,
and my love has become your hate,
as it is the most dreadfull of my fate.
AY, saya balik ni mak saya nak mai duduk dgn saya, tentu kena sabar banyak. ingatkan depa dok jaga kita dulu saja lah noo
-atenah
N.....tentu lebih masak dengan kerenah orang tua...nak dapat pahala bukan senang....kalau tak sabaq......dosalah jawapnya...
-------------
Tenah, bila nak balik tu?? selamat kembali ke tanah air tercinta...
Auntie YAn...
Kenalah kita usaha & banyak korban sementara mereka masih bernyawa...saya pun begitu juga...tapi bapa yang macam2 kerenahnya...balik kamoung bagi moral support kat mak spy sabar jaga abah...
alhamdulillah mak maklang pun sihat. so, Aunty yan balik tengok mak tak?
auntieyan dah jumpa mak ke? hopefully semuanya sihat ya :)
Hani, Mak Lang & Mamarock:
AY dah pun balik tengok mak, alhamdulillah dia sihet dan nampak gumbira.
P/s:...sedih tak dapat nak publish up-date...kena block rasanya... dah puas try tak le jugak.... :-(
Post a Comment