Auntie kalau dapat masuk farmasi memang suka sangat. Teruja sangat dengan produk-produk kesihatan ni. Kalau ke shopping kompleks, selalunya Auntie cari farmasi dulu. Masuk farmasi je Auntie dah lupa tempat lain. Kenkadang terbeli jugak benda yang tak de dalam list. Paling koman pun Auntie akan beli penadol sepapan atau shampoo sebotol.
Auntie nak cerita pasal Jim yg. benarnya. Selalunya Jim akan mengekori Auntie masuk farmasi. Dia akan tengok apa yang dia suka dan Auntie pulak merayap membelek-belek apa yang Auntie minat. Kerap jugak bila Auntie terpandang Jim, dia tercegat tengah tengok satu produk ni, tapi bila dia tahu Auntie dok pandang dia, dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya pada produk lain…dah banyak kali Auntie terperasan.
Beberapa minggu yang lalu, Auntie masuk satu farmasi ni…macam biasalah Auntie cari supplement untuk diri sendiri dan jugak untuk ahli keluarga.
Jim pulak sibuk nak cari crème untuk straightkan rambut dia yang kerinting, katanya.
Dalam Auntie dok membelek-belek satu produk ni, Auntie ternampak Jim tengah dok asyik merenung sesuatu…pelan, pelan Auntie sergah dia dari belakang…hemmm…memang sah le…dia dok tengok benda tu jugak…mungkin benda ni dok menjadi satu soalan yang belum terjawab.
“Mak…ni apa ek?’…
“…err…oooo…ni untuk orang yang dah kawen….” *(blush-blush)*
“…betul ke..? Cik Gu cakap, ni untuk mencegah AIDS…”
“…hemmm….(dengan sambil-lewa)..kalau dah Cik gu cakap macam tu….betullah tu…
..apasal sibuk sangat nak tahu nih??..”
“..tak de lah saja nak tahu…..bukan ada apa-apa pun!!!...”
Ha..ha.. tu dia…rupanya lama dah dia nak tanya, tapi tak jadi..
Susah jugak nak explain tu…..
10 comments:
Kalau berbudak tuu tanya Jo soklan yang sama. Jawapannya ialah
"Gi Tanya Mama"
Kalau mood bagus, Jo startler explain ser clear semungkin. Macam Datok diaorang laa (Bapak Jo). Masa kitaorang kecik2 lagi diadah expalin semua mender2 tuu.
Kitaorang punjadi macam tak heran pun. :-)
hehehe...takut nanti dia ingat kan orang tak kawen tak payah guna...parah :)
Kalau I lah kan, Kak Yan - kalau anak I Abang tanya I - I akan beli bendalah tu and explain.
Biar semua benda yang dia dok tertanya-tanya akan terjawap. Pada pendapat I - lebih baik dia tanya kita (ibubapa) daripada dia dok tanya kawan-kawan yang mungkin ilmu tak berapa nak betul.
Tapi I faham, sure KY tersipu2 nak jawap nanti. Cik Din apatah lagi !
Jo...how I wish I have the guts to tell the whole truth!!!...:-)
------------------
Mama:...nak diikutkan, memanglah yg. belum kawen tak perlukan benda tuh...(kecuali utk maksiat le..), selain drp nak mencegah Aids...:-)
-------------------
Mak Andeh:...memang rasa payah nak explain....Apa??? belikan benda tuh???...he!!!...he!!!...KY pun tak pernah tengok apa lagi membelek benda tuh...
Walau bagaimana pun kena jugak bersiap sedia dengan jawapan sekiranya soklan seterusnya dikemukakan....:-)
Saya ada 5 anak muda yang sedang membesar yang saya kena terangkan tentang hubungan sek sebelum menikah dan hubungan sek selepas menikah dan kenapa ibu bapa akan marah apabila anak-anak nya punya hubungan sek sebelum menikah.Satu sessi yang kalau boleh saya tak nak lalui lagi.Tetapi suatu perkara yang agak mengejutkan saya apabila mereka mengucapkan terima kasih kerana saya sanggup menerangkan kepada mereka suatu yang cikgu mereka sendiri tak dapat terangkan dengan jelas.Saya tidak menggalakkan mereka untuk punya hubungan sek sebelum menikah dan mereka juga tak perlu beritahu saya tentang hubungan mereka, kerana mereka hanya perlu menjawap kepada tuan mereka. Saya bukan tuan mereka. Saya cuma seorang bapa yang juga hamba kepada tuan yang sama.Ianya suatu sessi yang sangat hangat. AY masih bernasib baik kalau dia cuma bertanya apakah gunanya 'belon' tersebut.
Hehehe...kak yan...anak sulong lady tu belum pernah tanya plak bende2 camtu ngan lady...agaknya sbb dia lebih rapat ngan pak sedara dia...sebab tu semua tanya & belajar dari pak sedara dia tu...sebab kalau lah lady yang kene tanya camtu...memang le tak tau camaner nak jawab
En.Ari...saya tabik le dengan awak ni...mungkin satu hari saya jugak boleh memberi penerangan yg. jelas kepada anak-anak. :-)
-------------------
Lady: Anak sulong KY memang tak pernah bertanya...yg. selalu ada banyak pertanya anak yg. dua orang lagi tu..mungkin mereka rapat dengan KY. Yang sulung tu rapat jugak tapi mungkin dia rasa malu. :-)
Aduh.. cammane nanti bila anak angah dah sampai tahap tu ya..ni baru 3 tahun pun dia dah tanya kenapa abang ada bird? kenapa Dina (budak yang mak angah jaga) takde bird.
Dengan penuh strategi laaa angah menjawab nak bagi budak 3 tahun faham. So far so good la. Basic tu faham lah dia.
Setuju ngan makandeh. Bebudak sekarang ni kena straightforward jek, kias2 ni tak fahamnya mereka.
Angah: kena siapkan strategi dari sekarang!
Daripada dengar dari kawan2 yang tak tentu betul2 tahu/faham,baik dia tahu dari kita. Selalunya budak2 zaman sekarang ni rasa macam dorang tu pandai, tahu semua, tapi sebenarnya diorang tak tahu sangat. Akibatnya,....(you fill in the blank)
Post a Comment