Tuesday, August 28, 2007

Sikap Kita...

Auntie ni, walaupun jarang-jarang memandu, bila memandu memang patuh sesangat dengan law & regulationnya. Nak belok kiri, pasang signal kiri, nak belok kanan pasang signal kanan. ( ada masa tu tersilap jugak, nak ke kanan ter pasang signal kiri!) dari jauh lagi dah pasang signal tu jadi kalau tersilap pun boleh cepat-cepat di betulkan.

Auntie memang tak suka memandu. Cik Din pulak macam tak confident je dengan Auntie :-( jadi sedang eloklah...Auntie buat derkkk jelah..kalau tak emergency sangat, biar dia saja yang memandu. Selamat le satu tugas tak payah buat.

Ramai orang kata pemandu wanita tidak secekap pemandu lelaki. Betul ke??? Pada Auntie sama saja, ini bukan soal gender, ini masalah sikap sesaorang.

Kalau nak diikutkan yang banyak acccident adalah yang melibatkan pemandu lelaki...ke sebab orang pompuan kurang memandu long distant? tak jugak kan?...ramai sahabat tolan Auntie (pompuan le) yang memandu long distant, insyaallah mereka ni pemandu yang cekap dan berhemah. Setakat ni lah, geng pompuan Auntie memang pemandu yang cekap...ada le jugak dua tiga kerat yang "ala-ala"....jenis yang tu Auntie jarang le nak tumpang, seram weh!

Ada jugak geng lelaki yang bawak kereta macam ribut, ha yang ni lagi le menyeramkan! memang cekap, tapi kenalah hati-hati...silap hari bulan, kena landing kat spital pulak.

Bab speeding ni satu hal le jugak. Ada tu bawak kereta macam kereta jenazah, malah kereta jenazah pun lagi laju. Ini pun buat orang marah, dia boleh selamba je..terhegeh-hegeh...kenkadang tu bila kita over-take dia, ingatkan pompuan.....laaaa...jantan rupanya! isyyyy!!!! rasa macam nak sekeh je...nak slow pun kena tengok jugak, jangan sampai menyusahkan orang.

Sejak ada H/phone ni, satu lagi masalah timbul..sibuk melayan panggilan.Pakai le handsfree tuh...tak pun berhenti kat tepi...tak pun jangan jawap telefon tu. Jawap je bila keadaan dah selamat. Eleh...dedulu, jaman tak de h/phone...tak de pun emergency.....

Satu lagi kat round about...boleh depa selamba je tak berhenti , main redah je...baik pompuan atau lelaki...isyyy..sekolah memandu mana le yang ajar dia orang tuh!
Kenkadang tu, dia nak masuk kiri, dia boleh dok kat lorong kanan, kita yang nak ke kanan ni dah terpaksa slow down untuk bagi jalan kat dia pulak, signal pun tak pasang!...silap-silap boleh jadi accident pulak. Kalau yang bawak kete tu kete buruk satu hal jugak..ni tidak yang bawak BMW, yang bawak Mercs pun sama jugak...otak tarak pakai!!! selalunya yang bawak kete mewah ni tentulah orang bijak pandai kaya rayakan...agaknya mentaliti orang kita ni sama je bila di jalan raya.

Bab parking pun satu hal gak. Encik-encik , tuan/puan bila parking tu parking le bebetul jangan asal kete masuk lot dia je dahhh...tengok le, jangan sampai termakan ruang sebelah, kang macam mana orang nak parking...pastikan kita tidak menyusahkan orang lain.

Sejak Auntie pindah rumah sendiri ni, setiap kali balik kerja, Auntie kena banyak-banyak bersabar. Rumah Auntie memang betul-betul depan sekolah, pulak tu, rumah kami ni dekat end road, memang ada ample space untuk parking, so, ramai le parents tumpang parking sementara menunggu anak-anak depa keluar sekolah.

Yang jadi masalahnya, ramai main perking asal boleh je, dah tak kira, dekat corner jalan, dekat simpang tiga...yang lagi haru depa boleh parking betul-betul depan gate rumah Auntie...dah beberapa kali berlaku. Auntie nak masuk ke rumah tak boleh...si driver tu boleh bukak tingkap dia dan boleh sound..." eh?...tak nampak ke dah tak boleh masuk"...adui! sabo je lah....Auntie pun turun dari kereta dan terus sound dia.... " encik, tolong sikit ye...ni rumah saya, kalau encik parking macam ni sesuka hati macam mana saya nak masuk ke rumah?"...Baru le dia kelam kabut mereversed kete dia....heran jugak tiap-tiap hari dok ambik anak dia takkan dia tak perasan kete buruk Auntie tuh!.

Baru-baru ni, masih dalam cuti sekolah, sampai je kat depan rumah, satu kancil parking, betul-betul depan gate Auntie...ayooo...terus darah Auntie naik...isssyyy!!! mangkok mana le pulak ni. Space seluas-luas dia boleh parking depan gate kita....rupanya kenalan Cik gu sebelah rumah Auntie tu...Auntie pun panggil dia minta tolong ubah kete dia... dia boleh kata.." ingatkan boleh masuk..."...Auntie sound dia balik "main ingat-ingat pulak...budak tiga tahun pun tahu tak boleh masuk. " Lantak le...memang sah dia salah, memang sah dia tak guna otak!

Buat le apa rules pun kalau sikap kita tak berubah, undang-undang tinggal undang-undang...

Hati Hati Di Jalan Raya!

16 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum AY,
Awat yang meraban panjang tentang memandu dan pemandu nih..Saya rasa kalau kebanyakan kita tahu bila nak 'angkat' minyak dan tekan brek, peratus kemalangan boleh turun.Depan gate rumah AY tu, letak sign board' tolong jangan parking di depan pintu ini 'mungkin dapat membantu..atau..'Adik jiran saya selalu parking kereta kat depan gate rumah kakak dia yang juga agak bertentangan dengan gate saya, tiap kali saya nak reverse kereta keluar gate mesti kena panggil dia ubah kereta nya..memang dia marah..satu hari tu dia tak mau ubah..saya hantuk ler sikit bumper dia..nak hantuk pintu wira dengan bumper s class tu ..terasa zalim pulak..sampai hari ni dah lebih 7 tahun dia tak parking kat depan gate lagi..kawasan luas ..cuma dia memang suka parking depan pintu..!

Anonymous said...

wah garang gak yea auntie.... tapi padanla ngan muka org tu, tak reti bahse lak parking depan umah orang...

nonie dulu sebelum kawin rasanya pemandu yg terhegeh2 gak.. tapi lepas kawin macam terinfluence plak ngan cara hubby drive... ala2 ganas la gak huhu... tapi tengok tempat & keadaan la... stakat ni, takdela melanggar undang2 besar lagi.. stakat langgar speed limit sekali sekala tu ada la..

Jo Kontan said...

Jo perasan Jo ni pemandu yang berhemah.

Kancil GJ punya top speed pun 80 ajer. Lebih pada tuu,. sempuuut.

Cuma satu mender tokleh tahan bila drive nii. Ajim ngan Arip tokleh dok diam kat belakang tuu..


Bedebak bedebup bedebak bededup...

AuntieYan said...

En.Ari, apa kabo??...lama tak nampak kelibat...
Sekarang sekolah dah buka...tiap petang depan rumah saya kete dah mula penuh...nanti le saya nak tempah apa ke bendanya tuh..papan yang tulis NO PARKING nak letak kat depan rumah saya...baru depa nak faham kot??
--------------

Nonie, AY ni, gamaknya lah...kalau drive setiap hari mau jugak jadi pemandu yang brutal...
---------------

Jo...kena siapkan rotan panjang....bila dengo je bedebuk bedebab kat belakang tuh...ha, libas je rotan tuh!...:-)
----------------

Lee said...

Hello auntie Yan, just dropped by say 'hello'. Hope you had a good 'Hari Merdeka'.
I was at stadium Merdeka 50 years ago, a very young boy, one of the thousands of students who took part in Malaysia's first student mass drill.
I was among the thousands of people at the stadium watching the Malaysian flag slowly rising up, and the British Union Jack coming down. And it was very emotional hearing Malaysia's first National anthem being played.
I knew the tune well because it was from the song 'terang bulan'.
Then I joined in with the crowd when we shouted together with Tunku Abdul Rahman 7 times, "MERDEKA".
I will never forget that memorable day, because I was there. 50 years ago. Am I that old already, ha ha.
Thus every August 31st, my memories return to that morning when I and thousands of others witnessed Merdeka.
Here's hoping you in the best of health, have a nice day, auntie Yan. UL.

AuntieYan said...

Uncle Lee.

Indeed you are one lucky man to witness such a memorable day. I was only 2 yrs old then. My late ayah was there...with you and with thousands of others.He was very proud he said to us. Every 31st August, he would "play" the same old story....:-)

Happy Merdeka Day to you!!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!

Anonymous said...

Kalau bab driver attitude in Malaysia ni, memang sampai bila pun tak habis cerita! Bak kata my brother masa I dapat lesen memandu berbelas2 tahun dulu (heheheh..) - it's either you hit someone, or someone hits you.

Kalau bab parking, lagi la. Kekadang memang dorang tak pakai otak atau dorang ni ada otak tapi letak kat lutut (ye la lutut tu yang gerakkan kaki tekan clutch ke, brake ke, minyak ke..).. so selfish and self-centered. Kalau saya la terkena macam tu, lagi laser saya sound..

AuntieYan said...

Audra, tersangatlah betulnya apa yang brother you cakap tuh..Walau macam, mana berhemah pun kita memandu, ada masa kena hantam dengan orang pulak...tu sebab (gamaknyalah!) semua pemandu jadi brutal on the road! :-)

aNIe said...

Salam Kak Yan...lamanya tak dpt masuk sini...sibuk lah kak...akak apa khabar...harap2 sentiasa sihat...

Kalau cakap pasal memandu ni...lady kalau memandu memang ikut peraturan...selalu bengang dengan org2 yang memandu ikut suka...nak kekiri ke kanan pun tak signal...memandu di tengah lorong tak tau pulak diorang nak ke kanan ke atau kiri...melanggar lampu isyarat...geram betul...

Sebab tu kalau naik kereta dengan hubby bila dia nak cepat...lady selalu sakit jiwa...hahahaha

Betul kata kak yan...buatlah berapa banyak peraturan pun...tapi yang penting pengguna kenelah ade inisiatif untuk mengubah sikap..

Mama Rock said...

auniteyan...lama dah mama tak mai sini, bz memnajang. ha'ah...bila tang driving, paling-paling menyampah orang yang tak reti pakai roundabout or orang tak reti give way turn by turn tu :)

Eddie Putera said...

hahahaha...kalau saya, saya dah pancitkan tayar kereta kancil tuh..biar sesama padan muka. Satu tak leh masuk rumah, satu tak leh jalan sebab tayar pancit..

Kopi Suam said...

aunty saya juga pemandu yang berhemah pada peraturan lalu lintas tapi bab2 speeding ni saya kira masih lagi kategori mak rempit. Iyelah lagi2 sekarang ni sibuk outstation merata kalau bawak kete lamabat mcm simput kul berapa le saya nak sampai Penang or JB or trengganu kan auntykan.

For me speeding is ok as long as tahu what to do bila nak kena make fast decision cthnya mcm tetiba ada acc kat depan kete kita dan sdbnya...bab2 tu yang nak kena belajar juga tapi sekolah memandu memng tak ajar benda tu semuakan

AuntieYan said...

Lady, Kak Yan pun sejak kebelakangan ni busy yang amat, nasib baik bila balik rumah boleh relax tak banyak benda yang nak di buat. Blog pun tak tak terupdate dah...:-)

Pasal memandu tu, nasib baik le kak Yan ni jadi pemandu bila emergency saja. Kalau Kak Yan memandu setiap hari, rasanya Kak Yan jugak turut jadi tension..
-----------------------

Mama...apa nak buat kita kerja dengan orang macam tu lah...kalau kerja sendiri atau ofis kita punya sendiri, tentu kena kerja lebih lagi kott...kalau tidak missss sorruuuuu.......:-)
------------------------

Jin...betullllaaaa..sesekali kita pancitkan kete depa baru tau eh??

------------------------

Kopi suam...lama tak masuk sini noooo...
Ya Allah!..penatnya pi out station dengan memandu..kami kerja gomen ni, kalau pi jauh sikit je bos tak kasi bawak kete...kena naik flight.
AY kalau memandu jauh agaknya terus lunyai!!!...alangkan dari ofis kerumah pun sesekali memandu, rasa jauuuuhh benau!!!
---------------

Queen Of The House said...

Rasa macam nak jerit saja kat orang-orang yang macam tak pakai otak ni, kan?

Tapi, buat penat aje berkelahi dgn orang mcm tu ....

Just want to wish you Selamat menyambut bulam Ramadan yang mulia ini.

Leyla Shuri said...

salam k yan,

buatlah entri baru, nie nak buat ucapan ramadhan, tapi tunggu entri baru dulu...cepat....

AuntieYan said...

Queen...dah masuk Ramdhan ni kena banyak sabau!..:-)
-------------

Jahrera!...

Ha...sengaja tunggu Ramadan...ambil berkat!