Pagi semalam Auntie bertemu doktor pakar. Akhirnya terjawap semua persoalan yang menghantui fikiran selama hampir 3 minggu...tidur tak lena mandi tak basah..
Malam sebelum tu, hati rasa tak keruan, risau yang amat sangat, Allah saja yang tahu. Di depan suami dan anak-anak, Auntie maintain cool. Bila di atas sejadah, Auntie menangis bersungguh-sungguh, mohon diampunkan dosa, mohon dipanjangkan usia, mohon dilindungi Allah dari berbagai kerisauan dan gundah gulana dihati.
Berkat bulan Ramadan yang penuh dengan barakah dan rahsia, berkat doa kawan-kawan dan berkat solat hajat, Alhamdulillah!...semua ok.
Pagi semalam, Auntie bangun seawal 4.00 pagi...terus buat sembahyang Tahajud, sembahyang Taubat dan sembahyang hajat. Kemudian bergegas pulak menyediakan sahur untuk anak dan suami. Lepas sembahyang subuh, baca pulak surah Yasin seround. Pukul 7.00 keluar rumah. Singgah ofis Cik Din dulu. Auntie tunggu dia dalam kereta...sempat baca Yasin seround lagi, mohon pada Allah...barang dijauhkan Auntie daripada penyakit yang sangat ditakuti itu.
Pukul 8.00 pagi terus je ke hospital. Appointment pukul 9.00 pagi...sambil tunggu turn tu sempat lagi baca Yasin seround. Dalam pukul 9.30 nombor Auntie naik...dengan langkah yang longlai (..dan terhegeh-hegeh...sakit lutut)
Auntie menuju bilik 34, bilik doktor pakar bedah sakit puan.
Selain doktor pakar, ada 2 misi dan seorang doktor pembantu. Dengan senyuman, doktor pembantu tu mengatur patah perkataan menerangkan pada Auntie hasil daripada ujian yang dijalankan pada 19/9 dan juga 1/10 lalu.
Alhamdulillah!!!! syukur pada Allah....bukan CA yang amat ditakuti itu. Saat dia cakap bukan je....air mata Auntie berderai juga walau pun Auntie sudah pun bertawakkal pada Allah....Syukur!...Syukur!....Syukur!
Allah telah mendengar rintihan Auntie, Allah telah mengalbulkan permohonan Auntie.
Ya Allah!...Aku bersyukur pada mu....Engkau tuhan yang Maha Mendengar, Maha Belas kasihan....dengan rahmatMU...aku berlindung..
Memang masa tu rasa tersangat emosional...sampai doktor tu menepuk-nepuk bahu Auntie.
Hasil daripada ujian darah...semua ok. Pap smear ok. VE ok...
Hasil daripada CT scan...barulah nampak apa yang ada dalam perut. Pada ujian asal, doktor kata ovarian cysts...(doktor kat kelinik)...bila sampai hospital doktor kata tumor...yg. mungkin CA ( ketaq lutut Auntie dah masa tuh)
So, doktor kata ianya adalah fibroid yang tumbuh dirahim....memang dah beso...dah hampir 12.5 cm...dia seolah-olah floating...moveable....dan ada tangkai macam buah...Doktor memutuskan untuk membuang kedua-dua ovari dan juga rahim Auntie....tak pelah....Auntie akur saja dengan saranan doktor tu she knows best.
Kami bincanglah pulak cara mana nak bedah tu...horizontal ke vertical ke....Akhirnya doktor kata dia akan bedah secara vertical memandangkan fibroid tu dah besar...Insyaallah sehari sebelum pembedahan, Auntie dah kena masuk ward untuk persediaan dengan pakar bius pulak.
So, 1 Nov. masuk ward, 2 Nov pembedahan. Harap-harap semua berjalan lancar bagai yang di rancang. Sekarang Auntie kena jaga kesihatan le pulak.
Mungkin kerana risau yang amat sangat, BP Auntie yang selalunya ok saja boleh naik ke tahap border line....dah kena ambil BP selang sehari pulak sehingga 3 minggu.Hemmm...nampaknya kena jaga diet le...tak boleh le nak membantai sembarangan raya ni...
Walau pun kerisauan telah berlalu...Auntie tetap berdoa semoga semuanya baik belaka...jangan ada penyakit lain pulak lepas ni.
Auntie ingin mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada sesiapa saja yang turut mendoakan kesihatan Auntie...Allah juga lah yang akan membalasnya.
Akhir kata, Auntie dan keluarga mengucapkan
"SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN"
insyaallah kita jumpa lagi. :-)
12 comments:
Alhamdulillah, hope pembedahan nanti berjalan lancar..
Kak Yan,
Syukur pada Allah Yang Maha Esa, di beri berita gembira di bulan yang penoh barokah...
All the best untuk operation nanti ya and take good care of yourself..selamat menyambut syawal!
salam satu syawal kak yan,
saya tulis ini sambil mendengar takbir raya, kak yan orang pertama saya sampaikan ucap salam kemafaan pada raya fitri ini.
Don't worry, kak yan. Sakit tu sekejap aje, kena tahan. Saya dah buat 4 rounds, potong tempat yang sama.
Semoga semua selamat.
semoga selamat semuanya!!!!
jaga diri kak yan ye...
kita sama2 doa agar segalanya berjalan lancar..
ameen
semoga operation kak yan berjalan lancar
makcik saya pun operate buang fibroid...dont worry kak yan everything will be ok
pas operation kena berpantang le nampaknya
org kata kalau lepas operation cyst or fobroid, jgn mkn gamat, coz ia akan mengaktifkan semula..wallahualam
Alhamdullilah kak yan.. Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah s.w.t. Sya doa supaya pembedahan berjalan lancar and Kak Yan sihat.
Take care kak yan and Selamat Hari Raya
Alhamdulillah :)
alhamdulillah..semoga operation auntieyan berjalan dgn baik..don't worry :-)
Elf : Terima kasih. :-)
-----------
Onde-onde : Terima kasih. :-)
-------------
Jahrera : Salam 1 Shawal....ha! ha!...dah berlalu pun. Hari ni baru dapat nak menjemgok blog dan balas komen. Salam hari raya dari K.Yan untuk Lela dan maaf zahir batin. Terima kasih lah...semoga berkat doa kawan-kawan, insyaallah selamat.
-------------
ays_as : Terima kasih . :-)
-------------
~ina~ : Terima kasih. :-)...ya, rasanya masalah cyst dan fibroid ni macam dah biasa sangat...ramai betul yang dah jalani operation...insyaalah, AY harap pun semuanya akan selamat.
Tak boleh ambil gamat?...first time Auntie dengar ni....tak pe...kalau gitu Auntie ambil pati ikan haruan...ok kot???...boleh le you all tolong dermakan... ;-)
-------------------
Sya : terima kasih....:-)
-------------------
tj: Terima kasih...:-)
-------------------
Sue : terima kasih....:-)
Alhamdulillah, apa yang AY takuti telah Allah jauhkan. Kami semua doakan agar AY selamat menjalani pembedahan tu nanti. Setiap kesakitan yang dihidapi dengan sabar, berguguran dosa jatuh tanpa kita sedari...
u.n.c.l.e : Auntie bersyukur tak terkira...dijauhi Allah dari penyakit bahaya tu. Insyaallah apa yang kita harap di makbulkan Allah.
Terima kasih.
didoakan agar semuanya berjalan lancar
Post a Comment