Kepada pembaca blog ini yang telah meninggalkan komen pada entry sebelum ini Auntie ucapkan ribuan terima kasih. Insyaallah, blog ini akan di aktifkan semula minggu depan.Auntie akan mula bertugas pada hari Isnin 31/1/2007
Alhamdulillah! hari ini Auntie ada appointment dengan pakar bedah O & G.
Dari semalam rasa excited nak jumpa dia dan excited dapat keluar rumah setelah sekian lama bertapa.
Memang Auntie tak keluar rumah, kalau keluar pun hanya setakat gate saja.....dah tak larat nak berjalan. Dulu, dalam sakit-sakit pun sekali sekali Auntie gagahkan jugak berwindow shopping kalau dah boring sangat kat rumah. Nak kata tak boleh berjalan tu, tidak le jugak, masih boleh berjalan, tapi terpaksa tanggung kesakitan, jalan dua tiga tapak nak kena cari tempat landing, tu yang buat Auntie tak terdaya nak kemana-mana.
Hari ni dapat keluar ke hospital. Ada wheel chair, so, tak de masalah. Setelah letih menunggu pukul 11.35 barulah dapat jumpa doktor. Terkejut dia tengok Auntie atas wheel chair tu...."eeee...what happen to you?" terbeliak biji mata dia tengok Auntie...dengan muka sedih, Auntie kata "I can't walk after the operation" ...terlopong mulut dia!!! he!..he!..takutt!!
Sian pulak tengok dia macam percaya pulak..."tak le dokter...I sakit lutut la....operation dulu tu dah ok..." " You really make me shocked! " kata dia ...he!...he!.. Sempat le dia checked semula tempat yang di bedah...semua ok...fibroid yang dibuang pun tak de apa-apa...alhamdulillah....so, kena jumpa dia the next 6 months time.
Auntie ada 5 hari lagi untuk berehat di rumah sebelum mula bertugas minggu depan. Nak kata rindu dengan ofis tu rasanya tidak le...dok kat rumah pun best juga...memanjang berehat...
So, insyaallah blog ini akan aktif semula.
12 comments:
Kak yan...lady ni macam ada telepathy ngan kak yan...bila kak yan update aje lady mesti masuk...heheheh
Alhamdulillah semua dah ok...jadi 31 nanti dah mula kerja ye...lama2 dok umah pun boring kan kak...takpelah nanti kalau lutut dah okay...boleh jalan jauh2 tau...
Take care kak yan...
Alhamdulillah, kak yan dah beransur pulih... err kak yan sakit lutut coz kurang greasenya ker ... alamak macam teman jugak ler... untuk bantu tambah grease lutut tu, teman syorkan kak yan ambil tablet glucosamine 500mg... tapi idakler baik dan2 tu, ambil masa la... kak yan, mula kerja 31/12/2007 kot hehehe agaknya kak yan terlalu rindu kat opis sampai tertulis 31/1/2007 lak ... takpa2 hehehe
Assalamu`alaikum kak yan,
Lama dah tak jenguk blog orang, hari ini bila jenguk blog kak yan, terkejut pula baca kak yang baru lepas operation. Semoga cepat sembuh.
semoga AY cepat sembuh...aminn..
yayyy...auntieyan dah nak aktif semula. puas-puas rehat saki-baki cuti tu and selamat tahun baru :)
Semoga Kak Yan cepat sembuh !
Dah ready nak tukar spare part on the 11 Jan ?
Mahap Kak Yan, kalau bunyinya macam takdork insurance ajer jari jemari nii taip.
Semoga semuanya selamat.
auntieyan..
semoga sihat cepat2..Insyallah..selamat tahun baru
jenguk2 lah yerr > www.mayakarin-fc.blogspot.com
Kanda..wahh..tahun depan makin sakan ler meronda kat Mydin..lutut dah kuat balik..WOW.. hehehe.. Selamat Tahun Baru kanda...
Assalamualaikum..
Very happy to know that your operation had gone smoothly and you are recuperating fast! Welcome back to blog world. Do really missed you AY.
Lady:...Alhamdulillah !!...berangan nak masuk kerja pada 31/12...he!...he!...apa kes ya?? baik le cuti je...1 Januari Tahun baru..
Hari ni, 2/1/2008 baru le kerja. :-)
Banyak betul topik kita hri tu...
--------------
u.n.c.le : Terima kasih. Rasanya uncle ni muda lagi, elok jaga baik-baik lutut tu.Pengambilan Glocosomone Sulphate memang baik untuk sakit lutut yg. kekeuranga synovial fluid.Bagi Akak, sakiknya telah sampai ke stage 4 yang memerlukan pembedahan. Akak dah ambil Glocosomine Sulphate tu dah hampir 5 tahun....sehingga tidak tak de apa-apa kesan lagi.
Memang rindu jugak dengan ofis :-)
-----------------
Mak Aji : Waalaikum salam...alhamdulillah, AY recover daripada pembedahn dulu tu.
-----------------
Oren: Terima kasih & take care.
-----------------
Mama rock: tak tahu le takat mana aktifnya Auntie ni..dah berehat lama rasa macam dah kebas badan...:-)
------------------
Jokontan & Maam :...ya, Kak Yan sekarang tengah bersemangat berkobar-kobar nak buat the next operation...harap semuanya ok..Salam Kak Yan pada Maam yang banyak memberi nasihat dan panduan.
-----------------
Sue : Terima kasih dan selamat tahun baru.
------------------
Mellon : insyaallah Auntie akan buat lawatan nanti.
------------------
Adiejin :.........Dindaaaaaaaa!!!!
Kiranya dikau masih ingat dengan kanda mu ini....sedih tau lama tak dengar berita... :-(
--------------------
En.Ari : Thanks....Happy New Year to you!
Kak yan... emmuuaahhh seronok dpt jumpa ari tu.
Post a Comment