Wednesday, April 30, 2008

Tabung Arnab.

Assalamualaikum,

Sejak Auntie dah mula kerja ni, Auntie agak sibuk.Dah ada tambah tugas. Tak kisah le, ada kerja lagi bagus masa tidak berlalu begitu saja.

Minggu depan, insyaallah Auntie akan ke Bandung...ada lawatan teknikal (sambil makan angin dah perabih duit) .Mulanya Auntie tak nak pergi disebabkan faktor kewangan...tapi dah ramai pulak yang dok membatu api suruh pergi, Auntie pun tukar fikiran. Kena pergi juga, rugi kalau tak pergi, depa kata.

Jadi.....sekarang ni Auntie tengah dok korek-korek tabung arnab. Kata kawan Auntie tak perlu bawak duit banyak....janji sampai dan dapat begambo dah le.... :-)

Kalau ada sapa-sapa yang dah sampai Bandung tu, boleh le bagi sekit tips kat Auntie....

------------------------

7 comments:

Anonymous said...

bestnya jalan2...

AuntieYan said...

Oren: Belum tahu lagi best ke tidak...harap-harap best le. :-)

Anonymous said...

Auntie Yan,
Saya pembaca sengap Blog Auntie Yan and terpanggil nak komen sbb Auntie Yan nak ke Bandung
Pergilah Auntie Yan Best sangat2..,
jgn lupa ke pasar baru macam2 ada.. :) telekung dia murah n sangat cantik
ada baju renang muslimah yg teramat murah..
factory oultet pon best.. paling best rumah mode.

AuntieYan said...

Anon: Terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog ini walau pun sekadar... pembaca senyap..

Terima kasih juga sudi memberi sedikit sebanyak tips tu.... rasa tak sabar dah...duit pun dah tukar ni... :-)

Ren said...

Assalamualaikum..this is my first time visits to blog antie and terasa macam nak komen pasal jalan-jalan ke bandung. Bile baca cerita-cerita orang pergi melancong, saya rasa teruja sebb teringin nak berkongsi pengalaman dengan orang lain mengenai tempat yang dilawati! Percayalah, selagi ada peluang maka gunakanlah ia sepenuhya! Harap Antie dapat bekerja dan berjalan-jalan dengan gembira!

AuntieYan said...

Mr.Janggeltrekking,
Terima kasih sudi melawat blog ini.
Auntie baru dapat peluang ni..insyaallah balik nanti boleh le cerita kat blog.

Aku Bukan Bidadari said...

Auntie.. pi bandung bawa duit kita RM 355 sama gnan Satu Juta Rupiah..kalo auntie gi sorang makan tak habis tuh..

jangan lupa bargain sampai harga tak masuk dek akal tau..

makanan kat sana pun sedap2 + cheap2 jangan lupa beli kerepek ubi pedas kat tepi jalan.. sangat sedap.. huhuuh

enjoy auntie..