Sejak balik dari Indon, banyak sungguh kerja yang perlu dibereskan. Kalau dulu Auntie hanya bertanggung jawab menjawab segala pertanyaan awam, kini bos Auntie dah bagi satu lagi tugas ia itu menyelaras segala kursus, bengkel dan seminar pulak. Tidak le susuah mana pun, tapi alahai benda remeh temeh. Apa-apa pun dah jadi tugas kena lah pikul jugak kan?
Nak cerita ke pasal lawatan ke Indon dulu tuh? Cerita sajalah kot daripada apa cerita pun tarak.
Ok. Auntie ke Indon bersama rakan pejabat. Ada juga yang bawak spouses memasing, ada bawak anak, kakak, abang dan adik. Auntie pergi secara solo. Kang bawak Cik Din sapa pulak nak jaga Jim kan? Flight kami pukul 4.00 ptg. tapi dah ada kat airport pukul 1.00 tgh. Sebelum pergi Auntie dah isi perut dulu, maklumlah tak mampu nak makan kat KLIA tu semua jenis makanan reganya dah naik berkali ganda.
Kami naik Dutch Airline. Memang besar lah pesawatnya...dua tingkat lagi...first time Auntie naik k/terbang besau..... hampir dua jam di angkasaraya, sampai le kami ke Jakarta. First time juga Auntie mencecah kaki ke bumi Indon. Jauh beno bezanya airport dia dengan airport kita...he!...he!...rasanya macam airport KB saja..... :-) tak besar mana!
Dah namanya pun rombongan...bila sampai, ada saja yang lambat untuk ke tempat berhimpun...puas lagi kami menunggu Pak We sorang ni, tah mana sesatnya...hampir satu jam jugak dok tunggu dia...yg heran tu dia ni bukan tak pernah keluar negeri. Oleh kerana insiden ni, lambat le pulak kami berangkat ke Bandung...pukul 9.00 malam baru le dapat bergerak. Perut memasing dah berbunyi, nasib baik le kami gi makan dulu sebelum begerak ke Bandung.
Aduui!...2 jam lagi nak ke Bandung tu. Hari dah malam, maka tak le berapa nak nampak keadaan sekeliling.
Hampir jam 12.00, baru le sampai ke hotel, check-in...solat, terus le tidur. Indon ni time dia lewat sejam dari time M'sia. Pukul 4.30 dah masuk subuh...5.30 dah kira subuh gajah dah...pukul 6.00 pagi dah terang benderang! Satu yang Auntie tak berapa berkenan about this hotel, ialah banyak sangat di pamerkan patung....atas meja patung, kat dinding patung..kat pintu pun ada patung...Ciss!
Hotel Sukajadi, Bandung Antara patung-patung
Esoknya lepas b/fast kami menuju ke Tengkuban Perahu...satu kawasan tinggi dimana terdapat kawah gunung berapi. Sebaik saja kami turun dari bas, kami telah di serbu oleh para penjual yang bersepah menunggu pelancong. Macam-macam yang depa jual. key-chain, baju, buah strawberry, angkelung kecil, rantai dll. Sebelum kami turun bas, agen pelancong dah pun bagi tahu sedikit sebanyak cara-cara nak menawar barang, tawar sehingga separuh harga.
Agen pelancong kami nama Pak Ali...memang kelakar habis dia ni...dia boleh bercakap tanpa henti..dari hotel sampai destinasi ada saja yang dia cakap...di selang seli dengan nyanyian.
Di Tengkuban Perahu ni cuaca nya sejuk...lebih kurang macam Fraser Hill atau Cameron Highland. Nyaman udaranya..dapat lah kami melihat kawah gunung berapi yang masih lagi berasap. Adalah lebih kurang dua jam kot kat situ. Dari situ kami dibawa kesebuah tempat makan untuk lunch. Kat situ juga ada kolam air panas. Selesai makan dan solat, kami pergi pulak merendam kaki di kolam air panas.
Dalam pukul 3.00 lebih kurang kami ka Kantor Pengairan Bandung..ada sikit taklimat, tukar-tukar cenderahati...lepas tu bos-bos ada perlawanan golf...kami anak buah di lepaskan kat kawasan factory outlet untuk shopping sampai petang. Lepas dinner balik hotel semula.
Dua malam di Bandung.
Esoknya lepas b/fast, kami mula mengangkut beg-beg kebawah untuk check-out. Selesai urusan check-out, kami dibawa ke Pasar Pagi....ingatkan pasar pagi tu macam pasar malam kat tempat kita lah...rupa-rupanya ia adalah tempat membeli belah yang bertingkat-tingkat...macam Pasar Payang kat KT tu lebih kurang tapi tersangatlah ramainya orang. Maka bermula lah acara shopping menyoping... macam-macam ada, dan murah-murah... Auntie ada le membeli sesikit...jeans, jaket, kain, blouse dll.
Selesai kat situ (4 jam shopping) kami bergerak ke Jakarta pulak. Lepas dinner barulah kami check-in hotel Ibis, Mangga Dua. Malamnya kami sibuk pula packed barang, dari satu beg dah jadi 2, 3 beg pula. Esoknya lepas b/fast kami di beri sedikit lagi masa bershopping sebelum berangkat ke airport pada pukul 2.00 ptg. Kami tak melepaskan peluang...di seberang jalan memang dah ada satu komplek untk membeli belah...Auntie pun pergi sama untuk menghabiskan beberapa ribu Rupiah lagi yang tinggal. Beli itu, beli ini...masih ada lagi duit Rupiah ni...
Jam 2.00, kami check-out, terus menuju ke rumah makan dan langsung ke airport. Kami berlepas meninggalkan Jakarta pada jam 6.00 ptg.
Lebih kurang jam 8.00 malam sampai le ke KLIA .
Hotel Ibis Mangga Dua.
Setelahberada di Indon selama 4 hari, Auntie dapat membuat kesimpulan seperti ini :
HUJAN BATU DI INDON,HUJAN INTAN BERLIAN DI M'SIA.... (lu pikir le sendiri)
Patut le ramai PATI kat M'sia ni.



7 comments:
Autieyan,
Menunggu orang yang lewat membuat saya benci pergi dengan pakej ramai ramai. Saya rasa selesa pergi dengan kumpulan kecil atau sendirian saja.
Semasa di Bandung taksinggah ke di Mesjid Bandung? Cantik juga you.
Kak Yan
Amboiiii sakan shopping ya. Tu dia hikmah buat surgeri lutut, dapat jalan jauh sikit.
I agree dgn komen Pak Zawi tu - cukup hot kalau dalam ramai-ramai,ada yang buat slack dan melambatkan semua orang.
Ada belen rupiah tu - lepas ni jalan2 ke Bali la pulak.
salam ANtie
sonok nyer dpt jenjalan , kenal negara orang ....
angan angan dah pasang ,
tapi masih lum nak jadi kenyataan ...
bestnya...
opis kami nak buat meeting bulan depan kat bali. mengada tak? meeting pon saja nak buat sana. Kalau 5/6 bulan lepas, sure teruja jugak, tapi dah beranak kecik menyusu badan ni... tak nak ikut lah gamaknya.
tapi dengar cerita auntie yan jadi jutawan di seberang... best nya..
Pak Zawi, insyaallah, kalau ada rezeki lagi saya akan melancong bersama keluarga pulak. (hemmm...tah bila lah tuh)
Memang bosan menunggu kenkawan yang lambat ni, tapi nak buat macam mana, kan? :-(
--------------
Andeh: memang masih ada lagi belen Rupiah tu...tengok le mungkin akan di sedekahkan pada sesapa yang nak ke Indon nanti. :-)
--------------
Pb : angan-angan tak pe, bukan kena bayar duit pun. Insyaallah akan sampai jugak Pb ke negara orang. Seronok, memang le...tapi bila balik ke sini...jadi orang semekin semula... :-)
-----------------
Odd: Ofis AY pun kenkononnya pi bermeeting le tu...he!..he!..meetingnya adalah dalam 2 jam...yg lain tu faham0faham sajalah.
Orang dok cerita Bali tu best...entah le, bila pulak Auntie nak sampai sana tuh....
Kak Yan.
Kena dok extra baggage nyopping lebih nii ?
Salam Jo, lama tak masuk rumah Kak Yan ni...
he!..he!...memang KY dah bawa extra bag.Beg yang dibawa tu pun sebenarnya tak beso mana. :-)
Post a Comment