Thursday, July 10, 2008

Report Card

Dah lama Auntie tak mengamuk. Bukan le mengamuk bawak parang keliling kampung...oh! tidak.

Auntie naik angin sebab anak manja Auntie Si Jim. Dia ni memang hidupnya happy saja maklumlah tiada apa yang nak dipikirkan selain daripada pergi sekolah, balik sekolah setiap hari year in, year out. Nak duit, kita bagi, nak itu ini kita consider lah...kalau mak ada duit, dapat le....ada masa dia bedek ayah dia, maka, kalau ayahnya ada duit, dapatlah apa kehendak hatinya.

Dia memang anak yang baik...(bukan nak puji...insyaallah terus-terusan lah baiknya tu). Sejak kami pindah ke BBB ni dia memang memerap di rumah saja..main video games atau petik gitar atau nonton TV. Sekali sekali dia main futsal dengan kenkawan sekolahnya. Dalam sebulan sekali dia jamming dengan geng dia kat satu studio dekat dengan rumah.

Kan ke bebudak sekolah ni periksa setengah tahun baru-baru ni...(idak le baru sangat kan?).Kat ofis Auntie heboh juga lah mak-mak dan bapak-bapak minta izin bos nak ke sekolah anak, nak ambil report kad. Auntie pun tunggu masa saja bila Jim nak bagi tahu kami untuk ambil report kad dia. Satu hari Sabtu, sekolah kat depan rumah Auntie pun ada hari untuk ambil report kad.
Auntie pun macam heran jugak...apasal Jim tak bagi tahu bila patut kami ambil kad dia. Bila ditanya dia kata " tah...Cikgu tak bagi tahu lagi"...so, Auntie diamkan saja.

Malam tadi..tah macam mana Auntie teringat pulak pasal report kad ni. Auntie tanya dia bertubi-tubi...memula dia kata cikgu tak bagi tahu lagi...Auntie pun cakap dengan dia .."ok, esok mak akan telefon sekolah dan tanya pasal apa sekolah tak panggil ibu bapa ambil report kad"
Berubah muka dia...dia kata " tak payah le...sebenarnya dah kena ambil pada hari Sabtu masa kita balik kampung"! "habis kenapa tak bagi tahu?...boleh ayah pergi ambil sebelum kita gerak ke kampung?" Terkebil-kebil dia tengok muka Auntie sambil senyum-senyum. Dia jarang tengok Auntie marah...jadi mungkin dia ingat biasa saja. " Jim!!! maka marah ni!" kata Auntie sambil mencapai hanger lalu....kelepok! kelepok Auntie tibai betis dia. Barulah dia tersedar dari lamunan dia. Dia beralih ke meja makan..Auntie pot-pet, pot-pet ikut dia.

Gerammmmmmmnya...!!! rasa dah tak dapat nak kontrol marah. Yang Auntie marah tu sebab dia tak bagi tahu...yang cikgu pun satu hal jugak...dah budak tu report kadnya tak bersign kenapa tak inform parent, call dan tanya sebab apa tak datang. No. telefon parent berkali-kali depa mintak...masa macam nilah nak digunakan nombor tu..kan?? Nak kata depa tak perihatan kang marah pulak. Bila jadi macam ni mak bapak pulak dicop tak ambil tahu pasal anak.

Auntie akui yang salah tu anak Auntie. Sambil Auntie pot-pet tu berderai juga air mata...bukan apa kesal dengan sikap anak. Jim kata dia malu sebab ada subjek dia markah rendah. Bagi diri Auntie ni tidak le nak expect anak-anak mesti dapat A berderet-berderet, jadi pelajar terbaik, jadi pelajar contoh...tidak..kalau anak belajar bersunguh-sunguh, tekun, rajin pun Auntie dah cukup bahagia. Nak buat macam mana kan...anak orang pandai-pandai...anak kita ala-ala je. Auntie bersyukur..kalau nak di bandingkan dengan anak d/syndrom, maka anak Auntie adalah berkali ganda baiknya. Syukur!

Auntie rasa kecewa anak buat macam tu...Auntie katakan pada Jim yang dia seolah-olahnya menganggap dia dah tak ada parent....atau dia malu cikgu tengok mak ayahnya yang dah tua!...isyyy...tu yang buat rasa sayu dan sedih ni...

Lepas makan Jim naik tidur. Pagi tadi, bila bangun dia terus mandi, tak macam selalunya dia akan turun dan b.fast dulu bersama kami. Merajuk le tuh. Pergi sekolah pun lebih dulu daripada kami.

Aduhai! anak ku!

15 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Aduhai, anak omak! Jim tentu dah baca isi hati emaknya. Semoga dia faham. Tapi jangan biar dia merajuk lama-lama, ye Auntie Yan.

AuntieYan said...

Harapnya macam tulah Alang..tetapi budak-budak ni kenkadang tak faham apa isi hati kita ni...

MA said...

Aduhai kasihan akak ku ini...tak apa Kak, nanti KY slow talk la kat dia, kasi psycho kat dia tentang pengharapan KY terhadap dia. Insya Allah mudah2 an dia faham nanti..

AuntieYan said...

Andeh...dia merajuk lagi..sat ni anto SMS dia tak balas...:-)tapi tak pe...nanti dia nak duit belanja sure dia terpaksa angkat benders putih!

Hjh Noralenna Abbas said...

Tak pe, sabau je le, kata orang Melaka. Nak makan mee calong? Rujuk komen saya ye.TQ

Jo Kontan said...

Kak Yan,

Anak kitorang yang 'nam tuu macamana nanti agaknya.. Tiap-tiap hari kitaorng berdoa semoga bbudak tuu semuanya okehhh.

Alhamdullilah, setakat nii okeh..

AuntieYan said...

Alang...alhamdulillah, pagi ni dia sudah mengaku kalah...dah turun b/fast bersama dam minta maaf....he!..he!

p/s: Husband saya orang Pahang...dia kata masa dedulu senang nak dapat mee calong..sekarang dah susah nak jumpa.
Nanti saya baca komen Alang. T.kasih.

AuntieYan said...

Salam Jo,

Insyaallah anak-anak Jo nanti akan jadi anak yang baik...mak pak dok doa siang malam..insyaallah makbul.

Tapikan Joe...Allah tu Maha Adil...Kak Yan anak tak ramai...jadi ada sekor pun macam perangai 6 ekor....sabau je le.... du-ga-an!!!

Salam untuk Maam!

aNIe said...

Kak Yan...ni samalah kesnya dengan Farhan...cikgu dah bagitau bila kene amik...dia tak cakap kita pon...mau tak geram dibuatnya. Nasib baik lady dpt detect dari info2 yang boleh dipercayai...mau tak geram...dia takut nak bagi lady jumpa cikgu...takut cikgu report macam2...tapi takdelah sampai teruk bebenor perangai dia...pelajaran pun okay...

Bebudak memang camtu...kadang takut kat mak ayah tak tentu pasal kan kak? Farhan tu masa suruh belajar tak ingat...nak amik kad baru takut...sakit hati betul

AuntieYan said...

Lady..ha!...ha! bukan Kak Yan sorang rupanya. Sama kes...yang pelik tu boleh dia berdolak dalek...Kak Yan benonya tak lah garang dengan anak-anak, depa pun dah besr panjang takkan nak membantai lagi kan...sikit-sikit tu adalah.Takut tak bertempat depa ni...bagi Kak Yan, kalau dah lemah dalam sesatu subjek tu bagilah tahu kita...boleh le kita ambil tindakan. Betul tak. :-)

Anonymous said...

kak yannnnnnnnnn !!!!!!!!!!!!!! ..ehehehe.. saja menjerit. jgn terkezuts.

TAk per..pukul ngan hanger kat betis tak pe. tak salah. kena bagi pengajaran kat anak.

Dah breakfast belum nih ?

babai...

Lee said...

Hello AuntieYan, my Bahasa is 1950's but I sure enjoyed reading your this post and reading your, "mengamuk", and, "naik angin", made me laugh, ha ha.
I too love to use that, "naik angin"...
Even though I understand about 38% of your posting, I understood what happened, and I love your sense of humour and how you put it to words

AuntieYan, you a real classic, love your style, ha ha.
Bila naik angin lagi bagi saya tau....I bring chiclets, ha ha.
You have a great weekend, Lee.

AuntieYan said...

Adijunnnnnnnnnnnnn
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Letih nak menjawap panggilan Jin sorang ni tau!

B/fast???...tiap-tiap hari b/fast dua kali, sekali kat rumah minum dan makan roti sekeping..(saja temankan Cik Abang), sampai ofis dalam pukui 7.30, b/fast sekali lagi dengan kenkawan...ha...hak ni Akak tibai cukup-cukup...he!!...he!!! tengahari tak payah lunch... :-)

----------------

Dear U.Lee,

At least you can figure out the story...Actually what I wrote ia a bahasa pasar only. Never mind, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!!

Have a nice day Uncle!!!

Anonymous said...

Auntie, anak sekolah kat SM Jln 3 BBB ke? Kalau ye, meaning anak saya pun kelentong saya la ye.......
nasib la....

AuntieYan said...

Anon.....ya! apalah agaknya yang dia kelentong tu...ha, jangan lupa soal siasat...tibai mana yang patut!! :-)