Monday, November 03, 2008

Belum sedia..

Hari Sabtu baru ni hari jadi Anja yang ke 24...besau dah anak bujang Auntie tuh. Macam biasa, tak de apa-apa celebration pun. Sejak dia orang melangkah alam dewasa, langsung dia orang tak nak sambut b/day-b/day ni. Hanya setakat ucapan "happy birthday" dan makan-makan anak beranak.

Masa dia orang anak-anak dulu, rajin jugak Auntie buat 'party' b/day ni.(kalau boleh di panggil party) Masak-masak kueh atau mee goreng, beli kek, beli belon, panggil kawan anak-anak. Itu semua hanya setakat dia orang darjah 6, lepas tu semua dah tak mau. Malu kata mereka.

Kali ni, kesian pulak Auntie dengan Si Anja ni. Pepagi lagi Auntie bangun dan siap sedia dengan bahan-bahan nak masak nasi dagang. Sehari sebelum tu Auntie dah rancang. Resipi di cilok dari internet. Ikan tongkol dah dibeli.Lebih kurang sejam siap sedia nasi dagang Auntie, percubaan pertama. menjadi jugak rupanya.Yang penting Cik Din kata lulus!

Bila Anja ke meja makan, dia macam terkejut

..."eh? sapa bagi nasi dagang ni?"
" Mak masak daa...untuk b/day kamu.." "eh?..hari ni satu haribulan sebelas ke?...laaa...hari jadi Se rupanya"...kata Anja. Tak tahu le, dia betul tak ingat atau buat-buat tak ingat.

Lepas makan Auntie dan Cik Din ke pasar pulak. Dah beli berbagai barangan dapur, kami masuk pulak komplek PKNS* Auntie nak beli ubat. lepas tu, Cik Din kata elok jugak kita beli KFC untuk celebrate b/day Anja. Auntie ok sajalah. Tak payah nak masak lagi. Best.

Hari Ahad pulak Auntie makan kenduri.Kawan kawinkan anak dia. Auntie terpikirlah jugak...bila gamaknya Anja nak kawin?? Kalau ikutkan usia, muda lagi, tapi dah boleh...Tapi, kalau nak ikutkan persiapan.....oooo...jauh lagi daripada bersedia tu.
Nak dirikan masjidl ah katakan. Semua kena elok dan kukuh. Bukan saja di segi kewangan. Kematangan fikiran. Persedian lahir batin.Hukum hakam semua mesti tahu. Ilmu berumah tangga kena arif. Nak kawin bukan setakat ada duit saja, maklumlah nak jadi ketua keluarga. Besar tanggung jawab tu.

Bila Auntie tanya dia, dia kata belum sedia. Awek pun belum ada. Siannn...tak de sapa ke yang minat dengan anak bujang ku ini??

13 comments:

aNIe said...

Selamat Hari Lahir buat Anja...

Kak...kalau dulu 24 tu suami anie dah dpt anak sorang...tapi sekarang 24 tu rasa macam muda lagik...eloklah kalau dia belum fikir nak kawin lagik...maklumlah mcm kata kak yan...nak bersedia mendirikan masjid bukannya senang...semua kene lengkap...agar masjid itu tegap berdirinya

Madam Tai Tai Again said...

Happy Birthday Anja! I'm sure you are thrilled with the effort your mum and dad have done in celebrating your birthday.

AuntieYan, kids sekarang ni nak experience the world dulu baru nak kahwin. Perhaps it is good that way sebab kes cerai dah meningkat. Biarlah pasangan tu kenal each other betul2 baru kahwin. So insyaAllah perkahwinan tu berkekalan.

Sabar lah Auntie ok... I'm pretty sure you will be welcoming your menantu soon. :)

AuntieYan said...

Salam Anie : Ya, umur 24 tahun tu rasa muda sangat, rasa macam masih belum bersedia.Kalau tengokkan perangai dia pun...alahai!...tapi, ada kawan dia yang sebaya dah pun ada 2 anak.Mungkin, bila dah beranak cepat pulak matangnya.

----------------

Salam Madam : Kes cerai berai pun semakin meningkat, mungkin sebab ramai pasangan yang kurang persediaan. Setakat ada duit tak semestinya sudah sedia...tanggungjawab lebih penting.

Sya said...

Kak yan.. muda lagik 24 tahun tu esp utk lelaki, sya ckp ngan anak2 kawin lewat sebab mak tak nak dipanggil nenek .. he he he

Anonymous said...

anak saya pun 24, dah kawin pun dan ada anak sorang. pada saya tak kisah dia nak kawin awal ke lambat ke.. bila dah kawin dia lagi matang. yg kawin lambat pun ada yg cerai berai. saya pun dulu kawin awal, alhamdulillah dah 25 thn masih bersama.. apa2 pun doa sgt penting

Unknown said...

anak sulung saya sambut ulang tahun harilahir yg 24 juga...pada 3 november!
LiL masak pulut kuning rendang ayam ...bungkus bagi dia bawak pergi opis hehehe.....di dubai ni kira okeylah lah kan dapat makan pulut dan rendang tu!

Pnut said...

nak berbesan dengan kak yan pun anak dara baru 5 bulan..eheheheheh

yg hari tu kata anja dah ada aweks...dah break ka??

Anonymous said...

hoho..dah kena pikir nak bermenantu plak..hihihihi..

anak saya pun, baru 5 tahun..tak cukup umo lagik..hiks..

AuntieYan said...

Salam pp,

Wah! dah ada anak beso jugak ye??...bestnya orang Dubai dapat rasa pulut kuning dan rendang... :-). Anak-anak saya memang sempoi bab b/day ni...kalau dia orang mahu, memang saya tak keberatan menyediakan apa-apa juadah...tapi, tulah....depa kata takmo susah-susahkan mak... :-) (ke, depa tahu mak depa pun malas jugak???)
Anyway, selamat ualang tahun untuk anak tu, semoga sentiasa di rahmati Allah.
----------

Salam P-Nut,

He!...he!...sudi ke berbesan dengan Kak Yan ni??..orang tak berharta??...:-(..anyway...alahai!...halus lagi si baby Q tuh!

psssttt...memang dulu macam dah ada awek...la ni kalau tanya, dia kata "jangan di tanya...dah tak de pe pe lagi"!

siannn...awek sudah lari daaaa!

------------------

Salam Oren,

Sekarang memang tengah dok mencongak-congak juga bab-bab kenduri kawin ni...seriau tengok laaa...!!!

Oren...baru 5 tahun?....anak Auntie paling muda baru 16 tahun,...errr...masih boleh tu!....:-)

Zareda Norman said...

anak sedara zar pun ada juga.. manis orangnya, dah kerja dan pandai masak sebab amik sains rumahtangga kat sekolah teknik.. hahahhaha

apa apapun bagiler anak bujang tu puas puas enjoy.. nanti dia tak terkilan kalau kaki dah kena ikat

MrsNordin said...

Auntie,

Bila sampai masa nya nanti, dia akan beritau, "Mak, Anja nak kawin." Buat masa ni, relek lah dulu.. Mum!

MA said...

Amboi Kak Yan...tak sabar menimang menantu ke? Haha...tapi okay gak ek, dah biasa semua anak lelaki, sekali dapat geng pompuan tentu seronok.

Tapi kasi chan la kat Anja tu..tak sedia lagi. Biar sampai dia sedia jiwa dan raga. Hehe...mana tahu kot2 dia dah ready, hah semua dok nak kawin serentak...

AuntieYan said...

Salam Zar,

Wah! ada anak sedara yang manis??...itu sudah bagus.. :-)
pandai pulak urusan r/tangga. Tentu akan jadi isteri yang baik insyaallah.He..he...tak berani pulak nak pinang anak gadis orang baik-baik ni...kena ukur jugak dengan bujang kat rumah tu..nak kena disiplen kan dulu, kena ajar sedikit sebanyak ilmu jadi suami...betul tak?...takkan isteri je nak yang baik-baik pandai serba serbi, suami pun kena belajar jugak...at least pandai jaga anak ke... :-)

Bagi Kak Yan, tak kisah, apa yang anak suka, itulah yang akan Kak Yan setuju...tak kan depa nak pilih hak tak elok nak buat isteri kan? Buat masa sekarang, memang Kak Yan tak harap le Anja akan kawin dalam masa terdekat..diri sendiri pun masih tak terurus.
--------------------

Salam Mrs. N,

Betoi tu....la ni kasi dia relax dulu. macam Kak Yan cakap la..diri sendiri pun masih belum terurus...yang penting kena simpan duit dulu, sekarang nak pinang anak orang kalau tak de puluh ribu, jangan mimpa la kan?... :-)
--------------------

Salam Andeh,

Kak Yan selalu gak berangan, bagaimana le gamaknya bila ada pompuan lain dalam kelurga Kak Yan...mesti best punya...at least, ratai, gelang Kak Yan yang ada kat badan ni boleh pass kat depa nanti... :-)