Sabtu lepas Auntie melapangkan masa balik kampung menjengok mak. Dah agak lama juga tak balik. Last balik hari raya dulu. Lama kan?...kalau ikutkan hati, tiap-tiap minggu nak balik jumpa mak, tapi apakan daya ada berbagai-bagai alasan le pulak.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kalau tak berhenti. Tapi kalau orang lain yang memandu mungkin lebih cepat. Cik Din memang pemandu berhemah, dia betul-betul ikut apa yang tertulis di sign board tepi jalan tu. Kalau kata 110km/hr, maka 110km/hr lah dia bawak. Kalau dia nampak ada kereta dari arah bertentangan bagi 'flash' je...dia pun cepat-cepat slow down...takut ada polis buat sekatan.... :-)
Pagi tu kami bertiga saja. Anja & En. Amir tak ikut. Anja kena ke ofis, En. Amir pulak kata dia ada sikit kerja nak buat. Jim pun kalau ikutkan dia, dia pun takmo ikut jugak. Gitulah anak-anak bila dah besar panjang susah beno nak ikut kita, ada saja alasannya.
Balik kali ni, dapatlah Auntie memenuhi undangan perkahwinan anak sedara sepupu Auntie. (pengantin pompuan) Dua majlis adik beradik dia Auntie tak dapat balik. Macam biasalah perjalanan lebuh raya utara-selatan ni memang meriah dengan kereta apa lagi masa tu cuti sekolah baru bermula. Kami cuma berhenti untuk ketandas saja. Menyimpan ruang perut untuk makan kenduri nanti. Sampai ke rumah pengantin ngam-ngam pukul 1.30 tgh. time kemuncak orang tengah membalun hidangan. Kami pun terus saja masuk barisan untuk ambil makanan.
Kat kampung ni, jauh beno bezanya. Makanannya memang sedap, tak macam kat KL...lebih kurang saja rasanya dari satu kenduri ke satu kenduri. Antara menu yang dihidangkan adalah nasi minyak/nasi putih, kari daging, daging masak hitam, rendang daging, ayam goreng kunyit, daging bakar dan air asam, kerabu perut campur taugeh. Satay pun ada. Perut tengah lapar, apa lagi Auntie terus saja belasah.... he!...he!...
Dah kenyang, barulah Auntie pergi jumpa sedara mara yang begitu ramai yang datang. Tak ketinggalan juga kawan sekolah rendah dulu. Dalam sibuk-sibuk mengenangkan kisah silam zaman sekolah tu, datang le pulak sepasang suami isteri menyapa Auntie...macam pernah ku lihat, tapi dimana ya??? puas Auntie cuba recalled....akhirnya...ya, pernah tengok depa ni kat dalam TV.....laaa...rupa-rupanya si isteri tu memang kelas mate Auntie masa sekolah rendah....tapi, Auntie langsung tak ingat....isy!...buat malu je...Namanya Kalsom...mak si Riz penyanyi AF6. Rumah depa ni sebenarnya dekat beno dengan rumah abang sedara Auntie.....ya lah, dah anak dia femes, barulah tahu kan...... ;-) Lama jugaklah kami bersembang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dulu.
Auntie sampai rumah emak dah hampir pukul 3.30 ptg. Macam biasa, mak Auntie terperanjat, sebab tak diberi tahu yang Auntie nak balik. Berkali-kali jugak dia tanya...sapa ni?...sapa ni??
Dalam usianya yang telah lanjut ni, mak Auntie boleh dikatakan masih ok...banyak perkara dia ingat, dia tak nyanyok, cuma ada masa pendengarannya agak kurang. Kalau tak kerana sakit lutut, haruslah dia masih cergas bergerak ke sana sini. Alhamdulillah!, wajahnya masih ceria, putih bersih! semoga mak terus dilanjutkan usianya. Amin.
Auntie tak lama, cuma tidor semalaman saja. Petangnya Auntie ke rumah adik Auntie (adik lelaki) melawat anak perempuannya yang baru bersalin...so, Auntie dah jadi grandma...ha!...tumpang cucu adik je.... :-) Cicit pertama mak Auntie.
Esoknya Ahad, lepas b/fast, kami kekubur arwah ayah Auntie, kemudian meneruskan perjalanan ke ibukota.