Auntie baru terima kad undangan majlis perkahwinan. Kawan Auntie nak kawinkan anaknya.
Zaman sekarang, kad undangan ni canggeh manggeh, lawa-lawa semua designnya. Tentu sekali harganya juga mahal. Macam-macam rupa dan bentuk. Ada photo pengantin. Ada jugak yang bubuh photo pengantin semasa kanak-kanak. Ada satu yang Auntie terima, bukan saja photo pengantin, photo mak bapak pengantin pun ada jugak(tumpang glamer gayanya).
Yang Auntie terima baru ni ialah daripada pasangan pengantin yang berjawatan doktor. Mana Auntie tahu???...eh?...apa pulak tak tahunya sebab kat nama pengantin di nyatakan :
.........ke Majlis Perkahwinan putera kami yang di kasehi
Dr. polan bin polan
dengan
Dr. polan bt polan
...errr....perlu ke dinyatakan jawatan pengantin tu???
9 comments:
kak Yan...
bior le kak yan..bila lagi nak menayang kat orang yang anak menantu dia doktor...
yang penting..makan mesti sedap..betul tak kak yan...
Kak yan sihat ker..udah rajin pulak mengupdate kan blog sekarang ni....
Yang selalu tayang jawatan anak and menantu dalam kad kawin selalunya mamak or orang India. Siap tulis BA (Hons) ke, atau apa saja qualifications yang they all ada.
Kad2 kawin ni banyaknya sekarang they all tempah dari Indonesia. Kat sana teramatlah murah,dalam RM2 satu (yang tebal macam buku tu!). Kalau sini, mahu harganya dekat RM20 satu!
Yan,
Kenapalah letak gambar bagai, bayangkan apa jadi kalau lepas majlis, kad-kad tu dibuang sebab kalau simpan menyemak je. Sayangnya dan kesihan pada emnpunya gambar esp kalau gambar kanak-kanak.
assalamu'alaikum KYan.....
lama x sembang. KYan mai lah sembang kat tag joe.....we missed U....
Mak Ety
Salam Ezza,
He!...he!..nak tayang tu memang hak memasing,..tapi cam ne kalau anak tu kerja biasa-biasa cam Akak ni....contoh :
" Pembancuh Minuman Auntie Yan Bt Uncle Yoep"
...ada berani nak tulis gitu??...
Makan sedap, layanan mesra>>>> lebih penting... :-)
Alhamdulillah Akak sihat.
Rajin up-date??...Mood sudah mariii!
----------------
Salam Mrs. N,
Ya tak ya jugak lah.....baru AY perasan, kaum India memang suka letak cam tuh...sampai tu apa iklan kematian apa ke orang sebut tu...obitury... (betul ke)pun mesti letak...contoh:...."ex-KTM"..."ex-TNB"...." ha!...ha!
pssstt...jangan sampai letak tangga gaji sudah le!
---------------
Salam Kak Nora,
Saya pulak, kad-kad ni saya simpan. Sayang nak buang, apa lagi yang cantik-cantik tu.Betul,...dah boh gambar bebagai, sekali orang baca terus humban dalam tong sampah...sayangkan.
-----------------
Salam Mak Ety,(com sikit!)
Memang dah agak jarang masuk Tag Joe tuh..kenkadang masuk kejap tengok sapa yang ada..kalau ada geng seangkatan baru chat, kalau tidak, skodeng sajalah...ME pun lama tak muncul.
Psstt...kenkadang bila masuk tu macam semuanya diam je...he!..he!
Kak Yan : Itu okay lagi ~ kawan saya cerita dia pernah attend kenduri kawen kat mana ntah (kenduri kat rumah - bukan kat dewan) and masa nikah pakai microphone and siap announce pengantin lelaki dan pompuan lulusan universiti sekian-sekian kat luarnegeri...Nasib baik la hai makpak pengantin pompuan tak mintak frame ijazah kat dulang hantaran...
I mean, it is one thing to be proud of our children's achievements, tapi kalau terlebih riak, tatau la apa nak kata... Buat gelak dek orang saja kot :P
Salam MA,
Ooo...agaknya itu trend baru masa kini.Takpelah kalau si pengantin tu ada kelulusan yang hebat-hebat...yg. jadi masalah bila, lain anak jadi pengantin dan tak ada kelulusan hebat, tak ada annoucement tentang kelulusan, kan ke para hadirin tertanya-tanya...Bagi kak yan lah, tak salah pun...cuma biarlah berpada jangan sampai nampak macam riak.
Tak ada ibu bapa yang tak rasa bahgia dengan kejayaan anak...kan?
------------------
Saya pernah dpt kad undangn yg pengantin lelaki dia tertulis Haji bla bla..ingt dia kawin ngn org tua la..rupanya haji muda.
Salam Fazemy,
Haji muda?...ya, sekarang memang banyak haji muda ni, maklum mak bapak dah senang, sekali nak buat haji, boleh angkut satu famili.
pssst....Auntie belum gi buat haji lagi...tengah himpun duit ni.... :-)
Post a Comment