Friday, June 05, 2009

Kenduri lagi

Salam sejahtera semua....

Sah le Auntie semakin malas. Tapi dengan kudrat yang ada..he!...he!...hari ni dikuatkan juga semangat untuk mengupdate blog yang di sayangi ini. (Ceh!)

Alhamdulillah, program diet Auntie berjalan seperti yang di rancang. Malam tak makan nasi atau makan yang berat. Sambil tengok " Matahari" yang bermula jam 6.30 ptg, sambil minum teh cicah biskut kering...lepas maghrib, makan buah mangga (sekarang musim mangga...kan?) minum air kosong & tidur. Dah nak masuk 2 bulan dah macam ni. TAPI.....bila tengok cermin, dok macam tu jugak...dok rendang cam tu jugak. Bila naik penimbang...apasal tak de beza pun..??? Cis!..buang karan!...buang karan! Tak pe...tak pe...jangan putus asa!

----------------------------

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Rumah Auntie penuh lengkap ahli keluarga. Semua anak ada. En. Amir balik bercuti sambil tunggu result. Bila cuti, Auntie lebih letih, lebih banyak benda kena buat. Bangun pagi selain sedia b/fast, nak kena sedia makan t/hari jugak...isyyy!....kalau ada anak pompuan tentu tak payah fikir benda ni. Mungkin bila sampai rumah semua dah beres, kain baju siap berlipat, nasi terhidang di meja. Apa nak di kata...Auntie ada anak bujang saja..(Alhamdulillah...kalau tak de langsung, lagi susah).

Cuti tak ke mana ke??...setakat ni tak kemana pun. Anak-anak dah besar panjang, manalah depa suka nak berjalan ikut kita. Kita pulak tak nak le tinggal depa kat rumah bersendirian....Raya Hindu le depa kalau mak ayah tak de.

Semalam Auntie cuti sehari. Cik Din nak servis kereta. Auntie pulak ada urusan dengan bank.
Lepas selesai servis kereta, kami terus ke bank di Putrajaya, lepas tu singgah ke Alamanda....pusing sana, pusing sini, masuk-keluar kedai, satu apa pun tak beli...last-last pi makan nasi kat satu gerai Pak Cik ni...best pulak makan kat situ...kebetulan pulak Auntie dah beberapa minggu tak makan nasi .....berseleralah pulak. :-)

Sepatutnya Auntie cuti lagi hari ni....tapi asyik dok ingat ada satu lagi tugas belum selesai....Auntie pun cancel cuti dan datang kerja pulak. Cis!...macam rajin je..... sampai ofis, Bos Auntie pulak cuti.....jadi, kerja tu tak dapat dibereskan jugak. :-(

Esok. Yeyyy...nak gi makan kenduri. Kali ni jauh sikit. Adik sepupu Cik Din akan kawin....di Pekan Pahang...jauh le...kan? Dua tahun sudah si kakak yang kawin. Sedap masakan orang sana. Lain lah sikit daripada menu kenduri di KL yang boleh dikatakan sama saja dari kenduri kawin ke satu kenduri kawin . Balik-balik nasi beryani/minyak, dalca, ayam goreng, ayam merah, rendang,acar buah. Boring!!! Negeri Pahang ni dia fames dengan opor danging...betul ke orang Pahang??? (Cik Din kata yes.....psst...dia orang Pahang) Harap-harap kenduri kali ni, tuan rumah panggil tukang masak dulu juga.

Psst....Auntie tak tahu le kat tempat lain...tapi...(syyyy...nak gosip sikit...) Auntie dok perati le kan....
tiap kali ada kenduri kendara kat Pekan ni, selalunya sanak saudara yang datang kenduri, bila lepas makan sibuk dok minta lauk kenduri nak bawak balik...kenduri belum lagi selesai. Ada tu, dengan selamba pergi cedok sendiri lauk-pauk kat tempat orang masak. Entahlah, kata Cik Din selalunya begitulah...sampai kena adakan orang untuk 'guardkan' makanan supaya tak kehabisan sebelum kenduri selesai. Tak tahulah mungkin keluarga lain tak buat kot....Kesian tuan rumah yang pening kepala takut tak cukup lauk. Harap-harap kenduri kali ini, tabiat begitu dah tak ada lagi.

Macam-macam tabiat manusia ni.

8 comments:

~adeQ~ said...

kalau nak diet jgn makan buah yg kalori tinggi mcm mangga tu....so, nak senang, makan epal hijau atau merah....mmm...yummy...sy diet gak nih...heheheh....

Hjh Noralenna Abbas said...

Yan,
Pahang memang terkenal dengan opornya, esp. Pekan.Kesihan ye tuan rumah kalau lauk habis sebelum jemputan datang. Kalau ye pun, tunggulah atau pun tuan rumah buat nasi berkat, masak lebih sikit untuk jemputan bawa balik.

oren said...

selalunyalah kan, kalo kat belah2 sini (utara:keluarga sendiri), kami mmg tunggu smpai habis acara dan bila dh disemawa oleh tuan rumah utk bungkus lauk, baru bungkus..kalo tak, tak yah le sbb paham..tuan umah pun risau gak kalo tetamu masih dtg tapi lauk takde, kan?

tapi kat penang pun, lauknya lebih kurang samaaa jek..dalca, ayam merah, kari, daging..kalo nak rasa lain skit, kena p kenduri yg belah kampung punya..haa..kat situ bleh la jumpa ayaq asam (buat penambah selera), ikan kering dll...

yg best bila kenduri, tak yah susah2 nak masak lauk kat umah..tapi mcm saya nih, dgn anak kecik2, tetapla jugak masak, sbb takut depa tak lalu makan lauk kenduri, esp kalo yg pedas2..

Jo Kontan said...

Kak Yan !,

Opor daging.

Jo boleh rasa ajer,

Makan tokleh, kang tak tentu pasal tak jalan kang..

Happy Holiday.

AuntieYan said...

Salam Adeq,

He!...he!...kalau makan mangga saja tak pe kot?...
------------

Salam kak Nora,

Memang ada daging opor masa kenduri tu...yang bestnya di orang masak stail kampung. Nasi putih, sambal kuini, sambal belacan, ulam-ulam..ikan masin pun ada..yummi, yummi....dibawah kemah, walau pun cuaca panas tak terasa!

p/s :Nasi berkat tu rasanya orang Jawa saja yang amalkan.
------------

Salam Oren,

Auntie ni kalau gi kenduri, memang kena masak untuk anak-anak dulu. Depa memang tak dibawa bersama.
Kalau kat kampung Auntie, lauk kenduri ni akan di agih-agihkan pada sedara mara lepas kenduri selesai...tu pun kalau ada lebih le...
Alhamdulillah, kenduri kali ni nampaknya tak le ketara sangat orang minta lauk ni...mungkin dah diberi amaran gamaknya... :-)
------------

Salam Jo,

Looo...sian Jo dok tengok saja lauk opor tu....tak pe lah pantang sikit, kang sakit, sapa yang tanggungkan?....

--------

Unknown said...

Opor daging Pekan mmg famous!

Hope U enjoyed it. Tak beli ker rempah opr bawak balik, masak kat umah?

AuntieYan said...

Salam Anggerik,

Orang Pekan ke??...ya, sejak Auntie kawin dengan orang Pekan, barulah tahu yang opor ni femes...tiap kali ada kenduri, opor memang wajib ada ...
Oooo...ada rempah dia ke??...ingatkan main campur segala rempah ratus...kalau macam tu senang lah...lain kali boleh cari bawak balik...Thanks, :-)

Ida said...

Kak Yan,

Untuk lebih effective, jangan makan nasi putih langsung dan gantikan dengan roti wholemeal.