Friday, September 04, 2009

Kueh Raya.

Esok dah masuk 15 Ramadan. Dah 14 hari kita berpuasa barulah ada kesempatan masuk blog sendiri.

Harap yang masuk ke blog ni sihat walafiat dan tekun menjalani ibadah puasa yang hanya setahun sekali.
Hari ni Auntie rasa begitu lapar...uhhhh...sakit rasa ulu hati. Mungkin sebab Auntie telan sebijik pain killer masa bersahur pagi tadi. Selalunya ok saja...puasa ni bukan satu masalah pun.

Tak tahu kenapa puasa kali ni selera makan sungguh berkurangan walau pun rasa macam nak makan banyak, tapi bila masuk air saja dah rasa macam tak selera dah.

----------------

Ramai yang dah mula nak membuat kueh raya. Masa anak-anak masih kecil dulu, boleh dikatakan Auntie ni rajin jugak buat kueh raya. Tidaklah banyak jenis, setakat dua atau 3 macam saja. Memang kalau kita buat sendiri lebih menjimatkan dan rasa pun kita sendiri lah yang tahu.
Kat ofis Auntie ni, belum puasa lagi sample kueh dah sampai untuk di order. Satu pun Auntie tak order. Tak tahu le, setakat ni belum ada cadangan nak buat sendiri. Pssstt...nak buat apakebendenya?????...oven pun tak de!!! Cik Din cadangkan Auntie beli saja oven...isyyy...semuanya nak dibeli masa ni...? Adui!
Rasanya, bila keadaan terdesk nanti, main kueh tunjuk sajalah jawab nya!
Selamat berbuka. :-)

9 comments:

elya said...

ngatkan awk adee jual kueh raya..br nk usha :D

AuntieYan said...

Salam elya...

He!...he!...sekarang ni tak susah, kat mana-mana pun ada orang jual kueh raya. Kalau order tu mahal sikit, cuba tengok kat shopping kompleks, murah-murah..boleh dapat dalam harga kurang drp RM20.

Auntie jual kueh raya???...tengok le, kalau rajin, dah pencen nanti boleh kot?... :-)

Zareda Norman said...

kak yan

zar pun pikir pikir jugak nak buat kuih ni. Bukannya apa, kuih beli ni guna planta rasanya lain sikit sebab tekak ni dah biasa besekut dengan butter.. ehhehhehe

AuntieYan said...

Salam Zar,

Sekut yang di buat bubuh butter memeng sedap..lainn rasa dia.Kek pun cam tu jugak kan? :-)

aNIe said...

Kak Yan...anie tahun ni pun berpuasa tak boleh nak makan banyak...masuk air je dah terasa kenyang perut ni...

Kuih raya pun anie nak buat 2 jenis je...dulu masa anak2 kecik2 & duduk rumah mertua rajin le...sekarang dah malas

AuntieYan said...

salam Anie...

Harap-harap, kita dapat mengurangkan timbangan lemak-lemak kat badan kita...he!...he!..tapi, yang nyampah tu, macam tak gerak je jarum penimbang tuh!

MA said...

Kak Yan :

Sempena hari mulia bulan yang mulia ini, saya nak ucapkan selamat menyambut lebaran kepada Kak Yan, Cik Din dan anak-anak.

Mana-mana ada tersinggung perasaan terkasar perkataan, saya minta maaf yer.


Wassalam.

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Yan. Dah beli kuih 'tunjuk-tunjuk'? harga RM20 dah tak kisah sekarang. nanti malam raya ada lelong lagi.

AuntieYan said...

Salam MA,

Kak Yan pun sama gak...nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin...minta halal gak...Kak Yan ni kerap beno makan belanja MA..he!...he!...

Insyaallah kita sambung lagi aktiviti makan-makan kita lepas raya nanti. :-)

-------------

Salam kak Nora,

Selamat Hari Ray untuk Kak Nora dan keluarga.

Tahun ni, kueh tunjuk2 pun tak banyak dibeli...tak kisah le...kalau tetamu datang nanti, kita goreng cucuq bawang pun ok gak...kan?? :-)