Salam semua,
Minggu pertama tahun baru ni agak meletihkan juga. Dari hal-hal rumah tangga ke hal-hal di pejabat.
Macam biasa bila hari bekerja, setiap pagi Auntie sibuk sangat, terutamanya waktu pagi. Masa berlalu begitu pantas, sedar-sedar dah hampir time untuk keluar rumah menuju pejabat.
Sejak Jim habis sekolah, En. Amir pulak dalam fasa mencari pekerjaan, tiap pagi Auntie kena memasak untuk breakfast dan makan tengahari untuk depa berdua ni. Sekali sekala, jika terlewat, Auntie tinggalkan saja duit belanja dan pepandailah depa cari makan.
Jika tinggalkan duit, faham-faham sajalah...breakfast saja untuk dua orang boleh cecah 7 atau 8 RM, begitu jugak dengan lunch. Kalau masak tu adalah jimat sikit dan depa boleh makan bertambah dan berulang mentara tunggu Auntie balik pejabat. Nak tak nak, Auntie pastikan juga memasak makanan sendiri.
Ada masa Auntie masak siap-siap malamnya. Kadang-kadang, kita dah masak malam, bila bangun pagi, lauknya dah habis, jadi terpaksa juga memasak subuh-subuh tu.
Memang setiap pagi Auntie macam lipas kudung...dah siap masak baru mandi dan solat...kerapnya tak sempat pun nak calit bedak ke muka...dah pakai baju, capai tudung, capai hand beg, masuk kereta...ada sekali tu, kasut pun terpakai sebelah lain, sebelah lain! nasib baik ada spare sandal dalam kereta.
Ada masa tu nak 'melabur' pun terpaksa tahan.... :-)
Dalam perjalanan ke pejabat, barulah boleh tarik nafas lega, relax lah dalam 15-20 minit mentara nak sampai....sesambil pulak calit-calit bedak, calit-calit lip stick & pakai tudung.
Adakalanya, sampai pejabat, dalam lift, bila terpandang cermin, baru terperasan, tudung pun dipakai terbalik!!!
Nasib baik juga Auntie ada supir......yang setia di sebelah ...... :-)
Selalunya Auntielah orang yang paling awal sampai....nombor satu sokmo!...pejabat senyap sunyi. Memula dulu takut juga...pepagi rasa meremang bulu tengkok..berbagai cerita Auntie dengar, kenkadang terdengar jugak orang berdehem-dehem...tapi orangnya tak ada..he!...he!..dalam rasa seram tu, Auntie buat derk saja. Ambil Quran dan baca. La ni, insyaallah dah tak ada rasa apa-apa lagi. Alhamdulillah!..
Kerja memang banyak. Letih rasanya. Tak habis-habis.
Dalam pada tu.....sebelum kerja bermula...sempat lagi buat entry!
Oh ya, Jim dah seminggu lebih bekerja. Alhamdulillah nampak gayanya dia ok saja. Beberapa hari ni dia kerja malam. Masuk pukul 11, habis pukul 7 pagi esoknya. Sebagai mak, Auntie rasa kesian le pulak....tapi buat selamba saja, biar dia tahu susah, biar dia belajar erti kehidupan.
He!...he!...gaji belum dapat lagi, dia dah pasang angan-angan!! macam-macam nak dibuat dengan duit gajinya nanti. Suka hati dialah.
10 comments:
Yan,
Kalau masak, ada orang makan, kita suka. Lebih-lebih lagi masak untuk yang kita sayang. Saya juga suka sampai di pejabat awal (dululah). Bayangkan bos buka pintu pejabat!
Kak Yan : Apa kata masa weekend tu, masak siap-siap lauk untuk seminggu pastu bekukan masuk dalam deep freeze. Bebila diorang nak makan tu, hangatkan dalam oven atau atas dapor....
Ataupun, ajarkan diorang masak yang simple-simple, ala perencah nasi goreng pelbagai rasa banyak kat kedai...hehe.
Saya gunakan pendekatan Confucius dalam bab2 ini :
" Give a man a fish, you will feed him for a day; TEACH him how to fish, you will feed him for a lifetime..."
Dengan kata lain, cook for your child each day will feed them only for each day. Teach them how to cook, they will be able to feed themselves forever...hehe.
saya pun letih sgt2 awal tahun ini..sbb mira dh mula drjah 1..terkejar2 nk ngantar dan amik dia..lauk mmg beli kat kantin..nak masak mmg tak sempat (lagipun tak pandai masak..muahaha..)
sementara nk adapt ngan rutin baru nih, mmg kelam kabutlah..tera nak biasa kan..
Kak Yan.. samalah kita, kalau dulu sya boleh skip masak makan tengahari kalau tak sempat sbb anak2 sekolah pagi and balik dia orang boleh masak simple utk makan. Skrg ni Arif sekolah ptg jadi kena masak utk dia makan tengahari.
Cuma yg bezanya sya selalu dtg lewat banding ngan kak yan
Salam Kak Nora,
Memasak ni memang seronok, apa lagi bila tengok yang makan tu berselera.Tapi, kalau dalam keadaan yang tergesa-gesa mengejar masa memang tension dibuatnya!...
Sampai ofis awal memang best, banyak benda kita boleh buat sebelum memulakan tugas.
------------
Salam MA,
He!..he!...cadangan tu bagus jugak...tapi tulah, tak larat pulak nak memasak secara marathon masa weekend tu.
Budak-budak tu takat goreng telur, masak burger boleh le....tapi yang boring tu, lepas memasak, dapur dah macam kapal karam!
Satu lagi tak berapa nak harap...depa lupa tutup gas la, botol munyak tak bertutup lepas guna la...bebagailah...susah betul nak displinkan :-(
Salam Oren,
Keletihan Oren tu mengingatkan Auntie semasa anak-anak masih kecil...tiap pagi macam bersilat saja..sabo je lah...
Salam Sya,
Kenkadang terfikir jugak, bila gamaknya kita takpayah buat semua ni..... :-)
Alah bisa tegal biasa... kalu dah rutin, dah tak jadi hal lagi dah, kan?
UNTIE, JIM tu keja cawangan 7-E mana? nak pi skodeng.. hehehehe
Salam Azie,
Ya...semua tu rutin....dari muda sampai tua... :-)
Jim kerja kat 7-11 Seksyen 3..
Post a Comment