Monday, March 08, 2010

Na-O-Mei.

Salam,

Sabtu dan Ahad yang berlalu begitu lama kami rasakan. Bukan Auntie saja yang rasa, Anja pun kata "sungguh boring, waktu berjalan begitu perlahan". En. Amir dan Jim, tidak sangat terasa kesannya maklumlah dia orang lebih banyak berada ditempat kerja.

Rasa sangat 'kehilangan' dan 'kekosongan'.

Petang ini insyaallah semuanya ok, semua akan macam biasa semula.

Banyak yang kami tertinggal, tak tahu news terbaru, nasib baik hari Ahad, macam biasa Cik Din beli berbagai papaer untuk dibaca.

Apa kesnya??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

.
.
.
.
Decoder Astro terbakar!


Hari Sabtu tu, dalam pukul 10.30 gitu, bekalan letrik terputus. Nasib lah hari siang. Kalau malam tak tahulah, dah le cuaca panas.
Dalam pukul 12.30, api dah ada semula. Elok dia sampai je, kipas-kipas dalam rumah pun mula berpusing. Masa terputus tadi tak pulak di offkan begitu juga TV... TV elok je menyala beberapa saat, kemudian terus padam...check sana-check sini, check sini, rupa-rupa, decodernya tak nyala langsung. Terus hubungi ASTRO...hah!...nasib baik sungguh, cepat dapat respon, kalau tak tuh....disuruhnya tekan no1, tekan no2, tekan no 3.....tah berapa kali tekan dan tunggu baru dapat, alhamdullilah, depa janji nak datang dalam masa 48 jam !! adusss duss, duuus,,,dusssss!

Hari Ahad dalam pukul 3, sampai le techniciannya..sah le dicodernya dah kong. Mula tu dia ganti dengan board (dia kata board) lain, masuk dalam decoder...dah ok...baru nak happy, dah gelap semula, so, dia kena angkut benda alah tu balik dan hari ini akan datang lagi....harap-harap dia datang sebelum 6.30...dapatlah Auntie tengok sambungan Na-O-Mei.... :-)

9 comments:

Anie said...

Kak...peminat Na O Mei jugak ye...anie pun menanti setiap hari sekarang...sebab makin seronok pulak cerita ini berbanding episod2 awalnya dulu...

Kat rumah anie kalau decorder rosak...kalau TV 3 masih boleh tgk lagik kak...terang...sebab kami sambungkan jugak ariel kat TV...

AuntieYan said...

Salam Anie,

Kak Yan pada mulanya ikut gak cerita tu 2,3 siri...pastu berhenti sebab agak boring dan pelakon pun yg. ala-ala je.Tak lama kemudian bila teralih ke 103, ada Elly Mazlin dan Adi Putra pulak...ha, terus ikut semula...cerita dia ok gak kan...cuma, agak lembab sikit...he!...he!...sesambil memasak tu tengok Na O Mei.

TV kat rumah Kak Yan tu ariel nya tah mana hala. Kami tak de ariel kat bumbung..:-(

Sya said...

Kak Yan peminat Na O Mei jugak rupanya

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Yan,
Saya pun ikut cerita Na-O-Mei, sedang climax sekarang.....tapi slow sikit daripada Nur Kaseh

ibundo said...

haha.. seb baik akak tak ikut citer ni. kalau ikut tentu tersangkut gak depan tv.
citer macm ni bagai candu. sekali tertengok, nak tengok sampai habis kehkeh...

AuntieYan said...

Salam Sya,

He!..he!...dah tertengok, jadi terminat lah pulak!

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Betul, cerita ni agak lembab...tak macam Nor Kasih...tapi, dah tertengok tu, nak tahu jugak apa endingnya. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Asalnya, Auntie tak tengok...tapi...terrrrtengok gak. akhirnya terrrrrrikut jugak....kena tengok sampai tamat lah gayanya. :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Asalnya, Auntie tak tengok...tapi...terrrrtengok gak. akhirnya terrrrrrikut jugak....kena tengok sampai tamat lah gayanya. :-)