Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk bulan April. Dah satu April. Rasanya populariti "April Fool" dah semakin kurang, malah boleh dikatakan ramai yang dah lupa pun pasal April Fool, apa lagi jenerasi sekarang. Elok lah tu...benda tu semua bukan budaya kita. Auntie memang tak suka sangat dengan April Fool ni. Bagi Auntie ianya lebih kepada nak mengena dan menjatuhkan air muka orang..apa tidaknya, macam-macam cara dilakukan untuk memeriahkan April Fool ni...koonnyalah!...aaaahhhh..lupakan saja. :-)
----------------------------
Dua tiga minggu kebelakangan ni, tah apa silapnya, sakit lutut Auntie datang semula. Lutut kiri. Lutut kanan yang dah dimasukan besi tu, alhamdulillah tak de masalah. Hmmmm...risau gak ni, takut kena operate pulak nanti. Last appointment, doktor dah tanya., tapi Auntie kata nanti dulu..harap-harap tak payah lah nak operate, tak sanggup rasanya mengharung masa terlentang atas meja operation selama 6 jam dan mendengar segala bunyi drill, ketuk bebagai. Yang tak tahan tu bila dengar doktor kata " pass me the blade...the saw..." ngeri tau.
----------------------------
En. Amir dan Jim masih lagi tekun bekerja di 7-11. Tak sangka,rajin pulak depa. Kalau masuk kerja pukul 11, pukul 10 dah nak pergi. Semalam hari gaji. Sian Jim, pagi lagi dia ke bank, penat beratur, duit belum masuk. Dah petang barulah on.
En. Amir pulak bukan kepalang excitednya menerima gajinya...dia terkejut badak/berok. Dia dok agak gaji dia hanya masuk sebanyak RM700, sekali dia tengok, ada RM1700....senyum dia sampai ke telinga. Gitulah, orang tak pernah dapat duit sebanyak tu dan duit titik peluh sendiri.
Masa Auntie nak masuk tido, Auntie tengok bilik dia masih terang.."kenapa tak tido lagi?" Auntie tanya. " Ha....excited lah mak....otak tengah pikir ni...nak buat apa dengan duit ni"...Adui anak ku!....ha!...ha!
Dua hari lepas Jim pulak ambil ujian undang-undang jalan raya untuk lesen moto. Alhamdulillah dah clear setelah dua kali ambil. Kali pertama dia dapatmarkah 39, 3 mata saja lagi untuk lulus. Kali kedua dia dapat 44 markah. Melayanglah juga RM50. Tak tahu apasal mesti bayar. Bagi Auntie yang penting semasa kita memandu atau bawak moto undang-undang mesti dipatuhi. Rasanyalah, yang dok kena saman dan melanggar undang-undang bebagai tu pun semuanya lulus ujian undang-undang. Betul tak?
Sekarang Jim berangan nak beli moto....(biarlah dia pasang angan-angan dulu)
14 comments:
untuk mak dia ada bahagian tak?
kak Yan agaknya masa buat operation tu ckp ngan doktor boleh tak pakai head phone.. dengar org mengaji ke apa ke..
Salam Yan,
Akak dah ingatkan cucu saudara, kalau ada sesiapa di sekolah buat "April Fool' hari ni,jangan naik ingin. Budak-budak, tahun dua, lelaki pulak tu...tau-taulah.
biasanya gaji pertama tak tahu nak belanja.. kalau boleh belajarlah simpan sikit sikit 10- 20% . Bila dah lama lama banyaklah.
Salam adeq,
Untuk mak, depa belanjan makan...sesuailah kan...mak suka makan. :-)
errrr..mana hilangnya blog????
Salam Sya,
Ye...sekali lagi kalau buat operation kena mintalah depa pasang cd baca quran. Dulu depa bantai pasang cd MJ. :-)
Salam Kak Nora,
Anak saya dah tak tahu apa itu April Fool.
Ya, kalau bebudak lelaki ni, gurauan diaorang lagi kasar kan?
En. Endiem,
Gaji pertama, Si Jim belanja pizza dari Pizza Hut.
En. Amir ni, tak tahu lah apa dia nak buat, terlalu banyak list dalam pala dia. Anyway saya dah bagitau, belanja, belanja juga, tapi, mesti ada sedikit potion untuk disimpan. :-)
Tahniah untuk JIM.. Seronok baca tentang semangatnya..
Tumpang bangga juga dengan Kak YAN... Anak2 begitu bijak memanfaatkan masa..
Anak saya yg tunggu result SPM tu keja 2 bulan saja. Sekarang lebih selesa dok rumah jaga adik2.. (pompuan) Tapi belajar masak tak juga belajar lagi...
anak kakpah baru dapat gaji pertama. Hasil titik peluh sendiri. Baru dorang tahu susah senangnya cari duit. kalau tak masing2 ingat duit tumbuh kat pokok haha..
Weekend ni dia nak belanja makan tapi awal2 dah warning... tak lebih 200 ar.. haha..
Hello Auntie Yan, saya ta'jadi pergi....ke Tahiti, ha ha.
There's a lady want to kill me there, ha ha, best regards, Lee.
Salam Azie,
Yang semangat sangat nak kerja adalah Jim. En. Amir pulak mula berminat setelah melihat Jim dapat gaji. Eloklah depa kerja, budak lelaki, kalau dok kat rumah, mengabiskan boreh je, bukan tak latih bantu buat kerja rumah...hempehhhh...sekali suruh, sekali buat. Kerja depa tolong buat sampah, cuci bilik air dan angkat kain saja...yang lebih, tido, main game, makan.Dah kerja ni, ilmu dapat, masa tak terbuang...duit pun masuk..:-)
Salam Kak Pah,
Melihatkan riak muka diaorang dapat gaji membuatkan kita pun turut rasa teruja. Untuk kita dapat depa belanja makan pun kira ok dah....yang pnting, depa dah tak minta dengan kita...dah cukup baik.
Helooo Uncle Lee...
He!...he! mana bole tipu sama ini makcik.:-)
Even if it is for real, I don't think you will close down the blog....you fans will miss you a lot maaaa....
Have a nice day!
Post a Comment