Tuesday, May 11, 2010

40 tahun....

Salam untuk semua,

Dah beberapa hari tak buka blog ni. Risau hati sebab lama tak buat entry. Entah apasal nak risau, sendiri jugak tidak tahu.
Rasa amat malas, rasa macam nak tutup saja blog ni. Tapi, rasa sayang le pulak. Lantak lah kalau lama tak up-date pun.Malas up-date, tapi rajin pulak meneroka blog-blog....dah banyak pulak yang Auntie jumpa blog-blog yang patut dibaca. Ada yang berunsur ilmiah, ada yang unsur politik....dan banyak yang sungguh santai yang dapat menenangkan jiwa.

Terbaru Auntie terjumpa satu blog yang tuan punyanya adalah senior Auntie masa kat sekolah dulu....melihatkan gambar-gambar dia diblognya, membuatkan Auntie teringat balik akan wajah seorang gadis yang Auntie selalu curi pandang setiap kali kami makan di dining hall sekolah. Meja dia tak jauh dari meja Auntie.Dia tinggi lampai,memakai mini skirt (feshion kegilaan ramai)almost setiap hari, bercerminmata besar (fashion terkini masa tu)...dalam hati, Auntie selalu berkata..."isyyy...cantik betul kakak senior ni"...kebetulan dia baru join sekolah kami, masuk lower six. Kalau tak silap Auntie, batch dia adalah batch pertama lower six, sebelum tu sekolah hanya ada setakat form five saja. That was 40 years ago!....

Dalam kunjungan Auntie ke blog dia, dia terperanjat yang Auntie masih kenal dan ingat wajah dia lagi. Kak..tak payahlah Kak nak pecah kepala cuba ingatkan saya....sah-sah Kak tak ingat langsung...sebabnya, saya langsung tak femes masa kat sekolah dulu....hanya femes kat kelas saya saja....ke...ke....ke...!

Kak Siti Roffini, kalau tak silap saya, antara yang sama-sama masuk lower six adalah, Ainon Mohamad, Maria (yang pandai nyanyi sambil main gitar tu)dan...ingat tak ada sorang tu nama dia Asmara....:-)

Itu kisah 40 tahun yang lalu.

----------------------------------------

p/s : Melihatkan ada "followers" kat sebelah tu semangat untuk berblog naik semula...terima kasih sudi jadi follower Auntie.... :-)

8 comments:

Zareda Norman said...

zar suka skin blog kak yan.. kat mana nak nak tengok skin lain tu ya

pB said...

Kak Yan ,


jangan lar senyap lama lama sangat ....

rindu pB

AuntieYan said...

Salam Zar,

Kak Yan dapat daripada http://draft.blogspot.com....he..he...ini saja yang Kak yan pandai...nak boh banner, tak jadi-jadi. :-)

AuntieYan said...

Salam pB....

EEEEEEEEEEEEeeeeeeeeeeeeee!
sukaaaanyaaaa IIIIIIIIIIIII ada orang rindu.

pssst....kan ke Kak Yan selalu melawat pB???

tini said...

plzz dont stop.. saya baca blog untie 4yrs ago masa saya mula2 smpai jepun (skrg dh blk sini). blog untie antara yg terawal saya baca/jumpa masa masa mula berjinak3 nk baca blog(b4 tak pernah pun baca blog org).saya silent reader blog untie,k.sya,k.anie, ude & k.pnut.. tp kali nie komen sbb risau bila baca untie kat ank stop.. owhh plzzz

AuntieYan said...

Sala Tini,

He...!he!...stop writting tu mungkin tidaklah lagi dalam masa terdekat ni...tapi, nak buat enrty setiap hari tu...ya ampunnnn!.
Anyway, terima kasihlah menjadi pembaca setia Auntie... :-)

ibundo said...

yan, kakpah pun kadang2 datang juga rasa malas nak berblog tapi dalam malas2 tu buat jugak entry baru hehe..
kenangan masa sekolah memang selalu bermain kat kepala. tambah2 lagi kalau sekolah berasrama..

erk.. pandang follower sebelah tu, gambar kakpah takde la pulak. Nanti kpah tempel hehe..

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Walaupun kita dah tinggalkan alam persekolahan hampir 40 tahun...kenangannya susah untuk terpadam. Adakalanya masih lagi bermimpi hal-hal sekolah ni. :-)

p/s: sangat dialu-alukan untuk menempelkan gambar Kakpah kat follower tu...errr...kasi semangat sikit nak terus berblog. :-)