Salam untuk semua,
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. (APC). Sesiapa yang bekerja dengan Gomen dah tahu sangat apakebendanya ni.
Meh Auntie cerita sikit. APC ni diberi kepada pegawai/kakitangan yang telah dinilai prestasi mereka oleh bos-bos dan seterus oleh penal APC.
Bagi mendapat anugerah tersebut, adalah garis panduan atau ciri-ciri yang boleh melayakkan sesorang tu untuk dinilai dan dianugerahkan APC tersebut. Antaranya, markah mesti tinggi.....at least 97/100 atau 98/100. Ganjaran bagi yang dapat ialah duit seribu ringgit dan sijil...
Cuti?...tak tahu pulak dapat ke tidak.
Kalau dulu, agak lumayan juga, duit boleh dapat sebulan atau setengah bulan gaji. Gaji pulak naik ke beberapa anak tangga (tangga gaji, bukan tangga yang nak panjat-panjat tu), dapat cuti seminggu (tak sure, seminggu ke tiga hari dah lupa), duit dapat RM300 dalam bentuk barangan elektrik. Rasanya dah beberapa tahun (10 tahun kot) ganjaran sebegini diubah.
Kalau Auntie silap fasal info ni, mahap ye, tolong betulkan sape yang tahu.
Ok, dah faham gamaknya semua yang baca ni.
Semalam adalah hari penganugerahan APC ni. Macam biasalah setiap tahun bila result keluar, maka ramailah yang tak puas hati. Auntie pun join sekaki jugak bab-bab tak puas hati ni.
Untuk bahagian Auntie ni, penerima APC adalah seramai 5 orang.Memang sah le depa ni hebat...rajin buat kerja, dedikasi, bermotivasi, berwawasan (2020).............................................
Tapi,......... ada tapi ok? yang buat ramai tak puas hati, ramai yang dok bising (dari belakang saja) .
Antara 5 orang penerima APC tu, 2 orang saja yang belum pernah dapat APC. Yang 3 ekor lagi tu...baru saja setahun dua dapat. Tu yang membuatkan ramai tak puas hati. Apalah salahnya bagi pada orang lain......depa sajakah yang rajin dan hebat??...ohhh...bos...tak perasan ke??..kalau diikutkan, katanya at least selepas 3 tahun, baru boleh dapat lagi, walaupun prestasi sesorang tu hebat, atau dapat markah 100 ! (ada ke?)..mosykel betul!.....tambah mosykel, yang sorang tu, last year dia berMC hampir 3 bulan punnnnn boleh dapat.
Entahlah, yang dapat tu tak boleh nak disalahkan dah bos rekemen.......terima sajalah.......rejeki depalah, apa lagi nak katakan.
Semalam, majlis penganugerahan di adakan di dewan kebanggaan kami. Pak Menteri dijemput untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Majlis bermula dalam pukul 3.00 ptg lebih kurang. Semua di jemput hadir. Annoucement di buat melalui PA sistem. He!...he!...memula tu kata, semua dijemput hadir...dua tiga kali buat panggilan. Mungkin dewan tak penuh-penuh juga....akhirnya announcement di buat mewajibkan semua untuk hadir...sah le dewan tak berapa nak penuh. Auntie sah le tak pergi, walau pun wajib. (tak buat berdosa) ada banyak lagi kerja nak diselesaikan.
Adaku kisah????...tahun depan dah nak pencen pun!!
Pagi ni Auntie dapat tahu, bukan saja dari bahagian Auntie yang tak puas hati, rupa-rupanya, bahagian lain pun sama juga. Balik-balik muka yang sama dapat anugerah...macam Siti Norhalizalah agaknya, tiap tahun dia saja yang dapat.
Auntie nasihatkan kawan-kawan Auntie, tak pelah, tak dapat anugerah pun, Allah sentiasa melihat apa yang kita buat walaupun mungkin bos tak berapa nak nampak kita. Kerjalah dengan ikhlas dan jujur kerana Allah. Insyaallah, ada banyak masa lagi.
12 comments:
pB tak pernah dpt anugerah pekerja cemerlang
tak kisah punnnnn asal tiap tiap bulan ada gaji
Yan,
Biasalah bila sampai bab APC mesti ada perasaan tidak puas hati. Dah rezki masing-masing tapi...ada tapi...bos-bos mesti lah adil dan saksama. Selamat bertugas, Yan
Salam pB,
Auntie pernah dapat anugerah ni 14 tahun lalu. Masa tu memang Auntie sorang pekerja yang gigih (ehem, ehem)...kini tidak lagi, dah malasssss....kalau boleh rasa nak balik rumah je...
Masa mula-mula diadakan anugerah, pemilihan lebih adil dan telus, tidak macam sekarang yang banyak menimbulkan ketidak puasan hati.
W/bagaimana pun, bak kata pB....yang penting gaji masuk tiap bulan. :-)
Salam Kak Nora,
Memang...rezeki dah tertulis.
Pandai-pandailah bawak diri... ;-)
samalah mcm kat tmpt saya nih..
selalu depa bagi utk yg senior2..dan mmg rotatelah..ada seklai, depa bagi kat sorang senior nih (mmg dh nk pencen)..tapi lps tu mmg byk lah komplen yg didengar..dpt anugerah, pdhal tak padan pun..sbb asik ngular, keja tak dpt output, blaa..blaa..
hmm..bagi saya lah kan, APC mmg utk org cemerlang..tak kiralah senior atau junior..tapi depa nak suh rotate gak..jadinya, kualiti keja tak kemana sbb dlm kepala dh tau, keja cincai pun, lmbt laun akan dpt APC jugak..takkah itu dakyah yang tak baik? sbb tu la ramai org komplen mutu perkhidmatan awam tak berubah..dok mcm tu gak..saya rasa kena tgk faktor nih la..
satu lagi penyumbang kepada sistem APC nih sebab setiap jabatan kena bagi jugak 2 nama staf utk menerima anugerah tersebut..patutnya kalo takde staf yg layak utk jabatan tuh, tak yah la paksa suh bagi nama gak..duit pun jimat..dan ini akan lebih membuatkan penjawat awam berlumba2 bekerja utk meningkatkan diri sendiri..
just my 2 cents..
Saya pun keja gomen gak...
bercakap pasal APC nih..hmmm...
Kat ofis nih, kalau yang senior 2, tak payah le nak berangan dapat APC sebab bosnyer semua orang lama. Faham2 sudah lah.
Tapi apapun TT dah pernah dapat Melintang, APC dan pingat...syukur.
(ofis kita bersebelahan je..hi...hi...)
Salam Oren,
Ha, kalau Auntie kerja kat ofis Oren dah tentu Auntie dapat APC tahun ni, sebab, tahun depan dah nak pencen :-)Dari dulu Auntie memang tak setuju nak bagi kat senior dulu ke atau junior dulu...bagi sajalah pada yang berhak yang memang menepatu kritiria, tapi, bukan lah setiap tahun orang yang sama. Nak rotate pun ok jugak, tapi jangan le main hantam saja yang kaki ponteng pun dapat..tak adillah kan?...
Betul kata Oren, dah kalau tak de yang layak, tak payah le calon...bos pun kenkadang ba******g jugak *&%#@*
Salam Tun Tijah,
Selamat datang ke blog Auntie.
Auntie dah tak de apa nak harap dengan APC pun...cuma terkenangkan kawan-kawan yang patut dapat tapi,tinggal harapan saja..... nak kena suruh depa ni, tayang-tayang sikit kat bos yang depa pun buat kerja jugak.
kat opis zar ni pun asik asik muka yang sama.. bagi zar tak salah kalau rotate at elast kita bagi semangat pada yg tak berapa perform dah dapat apc kenalah kerja lebih tekun.
Amoii cuti sakit 3 bulan tu macam zar kenal aje orangnya. Dia dapat lagi ke kak yan..? murah betul rezeki dia ek.. org cantik ramailah yang sayang kots hehehhe
Salam Zar...
Betul tu Zar...asik-asik muka tu, sian orang yang kerja keras tapi bos tak nampak (bukan Kak Yan)
Memang rejeki orang...tuah badan, ada rupa, ada gaya...butalah bos kalau tak nampak. :-)
Auntie Yan..
Setiap tahun ada jer tak puas hati pada APC ni kan...bagi asya APC da unsur2 sapa yg suka melapor kerja dia, rapat dengan boss mmg senang dapat..tapi kalau jenis low profile tak reti nak report tiap kerja yg dia buat mmg payahlah..dapat2 kerja pulak semua sama....
Boss pun menilai ikut emosi gak...ikut pandangan personal...tu yg tak aci tu...saya malas nak kejar APC ni baik saya buat PTK betul2 sampai dapat aras 4..naik gaji lagi best!
Hehehee...ni nada org kuciwa ni! 10 tahun kerja asyik jadik penilai ke2, tapi sendiri tak pernah dapat!
Makcik pernah dinilai dan menilai.Bila menilai mak cik banding,makcik telek ,antara staff mesti ada yg boleh dibuat benchmark.Ada checklist.tu pun ada yg tak puas hati.Meja pun boleh terbungkang.
Bila sendiri dapat melintang-ada yg mata naik buntang .lebih lagi, setahun naik pangkat,dah dapat APC,bila nak pencen ,pingat pula diberi.
Syukur.Alhamdullilah.itu rezeki.
Post a Comment