Tuesday, September 21, 2010

Laksa Pahang.

Salam untuk semua,

Hari ini dah masuk 12 Syawal, bermakna hari raya ke 12. Ada ke hari raya ke 12 ni?? Rasanya cukup-cukuplah kita berhari raya. Tapi, tak tahulah, nampak gayanya sekarang dah menjadi satu trend pulak, lepas beraya sakan di kampung masing-masing, balik Kl sibuk pula dengan rumah terbuka.

Konsep rumah terbuka ni memang le bagus, tetamu datang ke rumah dah sure ada sesuatu yang istimewa dihidangkan oleh tuan rumah. Bagi yang ada ongkos lebih, maka hebatlah jamuannya, siap panggil ketering, berkhemah bebagai. Bagi orang macam Auntie ni, kalau takat mee goreng bihun goreng, bersama air sirap je lah jawabnya. Itu pun dah kira nasib baik dah tu...silap hari, Auntie jamu kerepek dengan teh O saja.

Selain rumah terbuka kat rumah, rumah terbuka kat ofis pun dibuat juga. Semalam Auntie dah pun masuk meeting nak bincang pasal majlis 'rumah terbuka' ofis ni. Kata sepakat telah diambil, majlis akan dibuat pada 30 haribulan ini. Selalunya, big bos akan keluarkan budget, dia tak jemput kami ke rumah, rumah dia kecil katanya. Bos-bos kat ofis Auntie memang jarang (tak pernah pun) buat open house kat rumah. Yang rajin buat staf-staf bawahan saja......(mungkin bos-bos dah habis duit setelah beraya sakan di kampung)

Auntie dok komen orang, Auntie buat tak open house???....he!...he! rumah Auntie sentiasa Auntie open, bila ada tetamu, kalau tidak, bertutup sokmo....(takut penyangak masuk)

Tiap tahun Auntie buat jugak kecil-kecilan, jemput jiran sebelah-sebelah pintu saja, nak jemput ramai tak cukup budget. Tahun ni tak tahu lagi....hujung minggu ni Auntie nak balik kampung Cik Din pulak, nak beraya dengan kaum kerabat dia (mak dia saja tu...)

Actually, tak mudah juga nak organise open house ni, apa lagi kalau budgetnya terhad (macam budget Auntie). Tu satu perkara. Yang peningnya menu yang akan disajikan. Kalau Auntie, balik balik bihun, balik balik mee goreng......sebabnya?????....tu sajalah yang Auntie pandai (tahu sebenarnya) masak.... tetamu datang pun macam frust je bila tengok.....

Eh...tahun lepas Auntie masak laksa apa???...katanya boleh tahan jugak rasanya...(pppsttt...Cik Din kata le....)

Weekend yang lalu, Auntie cuba try masak laksa Pahang, laksa kuah putih tu...Cik Din punya resipi...Auntie mana tahu, kan?...Auntie cari juga dalam internet dan menambah-nambah sendiri apa yang patut....ahh...tak berapa nak percaya dengan resipi Cik Din tu....dia cakap saja, masak apa satu pun dia tak pandai! :-)

Alhamdulillah, menjadi jugak, janji Cik Din kata sedap...










Laksa Pahang (gambar, ikhsan Pak Gogle)

Resipinya.

Untuk buat kuah:-

1. 4 ekor kembong yang gemok-gemok, direbus dan ambil isinya. Air rebusan jangan buang.

2. Tumbuk/blend bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Masukan dalam air rebusan ikan tadi dan masak atas api. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat, kacau supaya tidak berketul-ketul kuahnya. Masukkan sekeping asam gelugur (asam keping le tu) Jangan lupa boh garam, kang tawar le pulak, langsung tak sedap. Masukan juga serbuk lada hitam. Lada hitam ni di tumbuk kasar-kasar saja. Rasa le, masin ke, sedap ke, tidak ke. pepandai le buatkan dia jadi sedap.

Dah siap kuahnya.

Ulamnya:

1. Taugeh mentah...buang le ekornya kang lekat pulak kat kerongkong.

2. Kacang panjang, pilih le yang muda, hiris nipis-nipis.

3. Bawang besar, di hiris bulat-bulat dan nipis-nipis. Kot tebal-tebal tu, nampak beno macam orang malas dan tak berseni.....

4. Daun kesum dan bunga kantan (kalau suka) pun dihiris nipis.

5. Timun, pun di hiris nipis...macam biasa.

Last sekali, buat le sambal belacan. Kalau ikut stail orang Pahang, depa tumbuk cili kering dengan belacan saja (of course boh garam juga). Tapi, Auntie lebih suka buat sambal belacan macam biasa, boh cili padi banyak-banyak kasi pedas...baru kick!

Dah siap. Perlu di ingat, makan laksa Pahang ni, tak perlulah boh kuah dia banyak-banyak macam kita makan laksa asam tu...kuahnya, sekadar kita gaul supaya sebati saja.

Oppsss...laksanya mana????...ya, hampir terlupa. Kalau ikut orang Pahang, laksanya mesti laksa yang dibuat daripada beras....bukan mudah nak dapat tuh...so, Auntie modified sikit, Auntie guna spegeti...ok apa?....janji, Cik Din kata sedap.

p/s: Orang Pahang, kalau tak berapa betul resipi tu maaf le, Auntie orang Perak ok?

Kalau berani, cuba lah. :-)

10 comments:

pB said...

SALAM


Selamat Hari Raya Auntieeee


Pernah sekali pB buat open house. Buat dua jenis laksa. Yang laju , laksa penang. Laksa Kelantan @ Laksa Pahang ni , perlahan sikit jalannya ...


Kenapa sekarang ni , orang hanya akan datang beraya kalau kita buat open house ..??

Kalau tak buat , tak datang. Tak macam dulu dulu.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Raya Cik Yan,
Open house untuk jiran setaman bila balik rumah sendiri.Cik Din beri motivasi pada isteri tu. Tapi laksa pahang memang sedap dengan sambal, makan dengan jari, gaul rata...terima kasih atas resepi, nak cuba juga.

oren said...

masa dok KL dulu, buleh kata every weekend Syawal, mesti ada jemputan open house..tapi sejak balik duk kampung nih, takde dah..tak merasa lah AY...

kawan2 ada gak tnya, tak buat open house ka? saya cakap, hari2 aku bukak pintu umah kalo hangpa mai..tapi mkn takat yg adalah, sbb saya pun bukan reti masak..takat mee goreng bleh la..

aahhh..laksa pun dh lama tak buat..sbb tukang mkn tak ramai..penat lah kalo masak tunggang terbalik, tapi last2 masuk tong sampah..(hahaha..masak tunggang langgang, nmpak sgt mmg tak reti masak..)

thanks for the resepi..nnti saya copy-paste n cuba buat sendiri..hikhikhik..

AuntieYan said...

Salam pB,

Memang betul, orang sebelah sini kurang kenal dengan laksa kuah putih/santan tu. Kalau tengok memang tak menarik...putihhh je. Auntie dulu pun tak makan jugak...tapi, bila Cik Din asyik suruh buat, terpaksa laaa...dah kita masak, tak kan le la tengok saja...jadi, sekarang ni, kiranya boleh le teman Cik Din sama-sama makan ...:-)

AuntieYan said...

Kak Nora,

Salam Raya untuk Akak juga.

Macam saya kata kat atas tadi, memula saya pun tak makan jugak laksa Pahang ni.Tapi, bila saya belajar buat, pelan-pelan saya makan, ok jugak...tapi sambal dia kena pedas, dan kuahnya saya kena panaskan dulu kalau nak makan. :-)
Try le Akak...senang sangat tu...sesambil pejam mata je!!! ha!..ha!

AuntieYan said...

Salam Oren,

Betul, bila sampai Kl dah mula orang tanya..'tak buat open house ke?'....banyak le dia punya open house....nak mai, mai sajalah...bagi salam, masuklah...kerepek ada, biskut makmur ada, baulu ada...air boleh pilih, teh O ke, air sirap....ha!..ha!...boleh gitu???

Zaitun said...

Salam kak Yan...saya baru aje buat laksa penang untuk tetamu,tak pernah buat laksa pahang nanti nak cubalah.

AuntieYan said...

Salam Eton,

Laksa Penang atau laksa asam ni memang digemari ramai, laksa Pahang hanya popular dikalangan orang pantai timur saja.
Cubalah buat, mana tahu selera boleh terima pulak. Bagi yang suka makan laksam, ianya lebih kurang saja dari segi rasa.
Selamar mencuba.

Kaktiny said...

Salam Auntie..

Betul tuh.. bukan setakat rumah, ofis pon berlumba-lumba nk buat open house...

dan minggu depan - Isnin, open house ofis tiny... semua org bawak makanan... pot luck...

dan tiny akan bawak laksa Penang.. pasai tiny orang penang.. kahkahkah... hihihihi....

AuntieYan said...

Salam Tiny,

'Open house' ofis Auntie akan dibuat minggu depan. Makanan semua kami order saja, tapi, sapa nak bawak apa-apa boleh gak.

Auntie tak tahu le nak bawak apa....rasanya bawak buah yang lekat kat badan saja le kot...:p