Tuesday, October 26, 2010

Store...

Salam untuk semua,

Hari Isnin baru ni, Auntie bercuti. Ada beberapa perkara yang perlu di settlekan. Cik Din pun cuti jugak.

Ada Cina datang ke rumah nak buat store bawah tangga kat rumah Auntie tu. Dah lama pun plan nak buat, tapi dok kira-kira, budget tak cukup, walau pun tidak le mahal mana. Dengan berdikit-dikit sekian lama, akhirnya, alhamdulillah, angan-angan menjadi kenyataan.

Tangga rumah Auntie ni, steps dia boleh nampak ke ruang belakang. Jadi selama ni, kat bawah tangga tu boleh nampaklah segala 'harta karun' yang tersimpan di situ.































Tangga yang belum ditutup. Kat bawah ni lah berbagai 'harta karun' dihumban, termasuklah 'basikal gunung' (mountain bike) si Jim.

Kerap juga Auntie mengambil masa mengemasnya supaya nampak kemas dan teratur, tapi, sekejap je le kemasnya, lepas seminggu jadi 'huru hara' semula. Kat situlah diletak kasut, topi keledar, tool-box, rim basikal, rim moto dan berbagai-bagai lagi. Bila tetamu datang, Auntie risau je kot mata depa terpandang 'semak-samun' (mesti terpandang punyalah) kat bawah tangga tu.Tak payah Auntie nak sorok pun, dah tangga tu berada di ruang tamu, sungguh menyakitkan mata, menyemakan pandangan, dan sungguh memalukan.
















Kerja-kerja baru nak mula.

Yang pakai baju oren kat hujung kiri tu kira macam mandur lah. Yang duduk tu, pakarnya. Yang berdiri tu dia punya assistant...tukang hulur-hulurkan papan & tools.















Ni dah separuh tangga di tutup.

















Dah hampir siap. Pintu tu, Auntie sorang je yang boleh masuk tanpa menundukkan kepala....he!...he!
Depa yang lain dalam rumah Auntie semuanya tinggi belaka.
Bukan nak puji, orang Cina ni depa buat kerja bukan main tekun. Kerjanya pun kemas. Janji nak datang jam 10.30, 10.15 depa dah sampai. Orang kita/Indon, janji bukan main, sejam kemudian baru sampai, bila kita call, sokmo jawapannya 'on the way' kadang-kadang tu langsung tak sampai-sampai.

Sambil buat kerja, depa dua orang ni bersembang-sembang jugak sambil berbincang pasal kerja diaorang tuh. Depa kerja non-stop, tak de berenti-berenti makan ke, berenti minum ke...sampailah betul-betul complete kerjanya. Lebih kurang pukul 3.30 barulah siap, setelah hampir 5 jam bertungkus lumus.
Auntie tak lepas peluang mengambil gambar. He!..he!..pandai pulak yang sorang tu cakap " kakak, angkat gambar before and after ke?" Lepas tu dia boleh cakap pulak, "jangan taruh dalam blog arrrr...malu wooo, saya tak pakai baju" Ceh! macam dia tahu pulak... :-) Auntie cakap dengan dia, tak pe....nanti saya cover awak punya muka... ha!...ha!
Tak nampak pun muka depa kan?
Maka akhirnya inilah hasil kerja mereka.






















Siap sudah store Auntie. Tak ada lagi momen-momen yang memalukan! (ceh!)
Puas hati dengan kerja diaorang dan rasa berbaloi dengan duit yang dilaburkan. :-)

16 comments:

oren said...

mmg gitulah sekarang..bukan takmo tolong bangsa sendiri, tapi byk sgt cengkadak..dah la duit lebur, keja tak siap..last2 tak ke bertambah kos sbb kena upah org lain tlg siapkan??

baik upah kat org yg professional, yg tahu buat keja sampai siap..

Pnut said...

kak yannnnn lawooooooo cung melecunggggg, mahai dak kak yan? bg no tipon, ada angan-angan nak buat something kat rumah ni

MA said...

Wah Kak Yan - ntah-ntah pekerja tu pun baca blog Kak Yan kot haha...pandai pulak dia ckp pasal blog haha.

Hjh Noralenna Abbas said...

Kemas dan cantik 'The Store' Cik Yan. Saya kalau masuk 'The store' bawah tangga di rumah Kuantan tak payah tunduk juga.Selamat berkemas Cik Yan.

AuntieYan said...

Salam Oren,

Betui sangat kata Oren tu. Memula tu nak save cost jugak, nak suruh bangsa kita....tapi, ceritanya bukan main, kayu cengal le, nyatuh le.....AY tak confident langsung.

Kita nak macam ni, dia kata macam tu...last-last tak jadi.Berangan je lah...alhamdulillah, berkat menabung dapatlah jugak idaman dihati. :-)

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

Kalau untuk orang macam Kak Yan ni rasa macam mahai jugak le (kalau macam Yop Meor tu, dia pejam mata saje, no hal punya)...tapi bila tengok dah siap tu rasa berbaloi sesangat!

Tak pe, nanti boleh calling2 ye...show room dia kat Seksyen 9 BBB, sebaris dengan MayBank.

AuntieYan said...

Salam MA,

He!...he!...yang mandur tu dia kata dia ada gak baca blog...tapi.."susah mau cari time maa...hali-hali busy" kata dia.:-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Dari pandangan luar memang cantik molek sangat dah....kat dalam tu belum betul-betul kemas lagi....mau ambik masa nak susun semula tu.

aNIe said...

Kak Yan...cik abang anie suka meminta tolong buatkan kerja2 kat rumah ni dgn sorang kontraktor Indon... okaylah dia buat tapi..orang kata kerja tak semenggah... lepas habis kerja...brg2 dia bersepah2... tak dikemasnya betul2...tinggal gitu je...geram...

Kak...cantik buatan diorang ye...kemas aje nampaknya... macam2 tau je kitorang nak dtg nanti...heheheh

AuntieYan said...

Salam aNie,

Cik Din pun gitu jugak dulu, sikit=sikit nak panggil kawan dia kontraktor Melayu...bila repair sikit je sepahnya banyak segala harta kita dia pinjam....penyapu le....ada ke sekali tu dibancuhnya cat dalam baldi yang Kak Yan guna kat bilik air...gerammmmm betul.
Cina ni, peralatan dia semua lengkap. Siap habis kerja semua dikemas ,disapu. Sampah siap kutip boh dalam plastik lagi.

p/s: nak datang nanti call tau....Kak Yan ni tiap hujung minggu ada saja jemputan ni....kan ke musim kawin... :-)

ibundo said...

yan, wah.. idea lah.

H'a.... dah tau dah yan duduk rumah jenis apa. Tapi jalan mana ek.. kat depan sekolah jalan 4 ke.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

He!...he!...Kak Yan duduk rumah lama je...rumah pun kecik cukup untuk berlindung daripada panas dan hujan, alhamdulillah....

Kalau Kak Pah lalu-lalang kat situ, mudah je nak teka hak mana satu.....cluenya>>>>>>>>>> rumah yang nampak usang tak de apa-apa renovation, pagar buruk yang dah berusia lebih 20 tahun. Ada kereta sebijik, moto kapcai sebijik.Rumah jiran-jiran, kereta depa bersepah! :-) :-) :-)

Zareda Norman said...

kak yan

kemas kerja dia ... bagilah no phone.. zar pun tgh projek mega ni

AuntieYan said...

Salam Zar,

Boleh...nanti Kak Yan bagi ye.... dasat tu...projek mega!...gitulah kalau ada budget mega... :-)

Pnut said...

kak yannnnn yop meor mmg la kojer bank.. tp dlm bank tu duit org je banyak, duit dia sendiri cukup makan sajork, betoiii niiii.. cuma sesekali dia dapat bonus, baru leh ngendeng..ehehehe

Anonymous said...

salam yan..kunjungan balas..kakyam link ya..cantik dan kemas buatannya ..besar tu banyak barang boleh simpan..betul yan orang cina pandai mengambil hati pelanggan,tak macam bangsa kita..kadang2 tawar hati berurusan dgn mereka.