Friday, February 18, 2011

Sila jawab

31 hari saja lagi.......ahhh...!


Salam untuk semua,

Sambil berkemas, sambil sudahkan kerja dan sambil memblog. Terer kan makcik ni. :-)

Kali ni nak buat entry lain sikit, asyik-asyik cerita pasal kisah-kisah yang memboringkan sebab tu tak ada respon. Oleh itu, kalau sesapa yang dah masuk sini, silalah beri jawapan kepada beberapa soalan berikut:-

1) Apakah perasaan anda, apabila anda sedang rancak bercerita/berbual/memberi penerangan, tiba-tiba pendengar anda, selamba je tukar topik atau buat soalan yang tiada kaitan.

Auntie:.....memang rasa macam nak cakap je kat dia " kurang sopan betul awak ni, penat saya bercerita, topik lain awak buka"

2) Anda masih anak gadis, belum bernikah, tetiba ada orang tanya " anak sulong awak dah darjah berapa?"

Auntie :......isy! dia ni nak kena lepuk gamaknya, tua sangat ke aku ni...aku belum kawin laaa....

3) Anda hanya lulus SPM, tapi ada orang tanya, awak dulu U mana??

Auntie :...alahai!....aku ni tak sampai pun ke situ...

4) Dalam satu majlis, kawan-kawan sekolah anda yang semuanya mempunyai kerjaya hebat rancak berbual pasal seminar dan conference yang mereka hadiri di luar negara, anda pulak, meeting pun jarang masuk..

Auntie : ...ah!!!..nyesal aku datang, bukan majlis aku ni... :-(

5) Dalam majlis yang sama, kawan-kawan sekolah anda sibuk bercerita tentang kenaikkan pangkat dan gred jawatan masing-masing...sedangkan anda dah tak ada kenaikan lagi.

Perasaan Auntie : ...dia orang ni patutnya bincanglah pasal lain.. tu yang aku malas nak join ni.

Sila beri jawapan.


14 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

um nak jawab soalan hehe

1. ummm ( sedihnya dalam hati aje la... tak berminat nak dengar la tu )

2. haha nak test a k a jerangkap samar la tuh status kita apa kan

3. kalau kita selalu jawab : 'erk... kita sekolah tak tinggi pon' hehe

4. pelan2 undurkan diri... silap haribulan balik terus keekkeeke

5. buat2 sibuk mkn... kita tak gila pangkat oiii (sumenya dalam hati aje la) ~

Kakzakie Purvit said...

Alahai aunite apa pun juga lebih baik buat low profile tak kemana tinggi pangkat dan education kerana macamana tinggi pun mesti ada yg lebih baik dari kita. Ikut resam padi semakin tunduk semakin berisi. Mana yg kita rasa boleh ikut kita ikut, kalau tak boleh membisu and sengih ajelah. Hehehe...

oren said...

ha'ah..apa lah nak kisah..kalo depa sembang 'tinggi' sgt, saya diam jek..paling2, kuar dr grup tu..

yg penting, setiap org ada kelebihan tertentu, yg kadang kita nmpak biasa2 jer..contoh, AY ada digital Quran, saya takde..huhuhu..

MA said...

Kak Yan :

Meh saya jawap..hehe

Q1 : Saya tanya dia balik - ko pergi mana tadi?

Q2 : Saya akan jawap : baru nak masuk tadika...(moral of the story : give them what they want to hear..hehe)

Q3 : Saya jawap...saya sekolah sampai Drj 6. Tapi sekolah agama sampai Kelas Khas.


Q4: Yang ini saya cukup tak faham apsal bila majlis sesama kawan-kawan kena cerita pasal kerja? Yang ini saya akan jawap : Eh you all - kita jangan cerita pasal kerja kat sini boleh tak? I ada kawan sorang yang poyo mcm ni, tapi dia sorang la yang poyo so bila majlis sesama kengkawan, tak ada sapa nak layan dia wpun yang lain 2-3 kali lebih hebat dari dia...So bila dia bukak cerita kami panggil dia "peghak" haha...


Q5. (sama jawapan seperti di atas) - nasib baik kawan2 saya semua down to earth walaupun kerja/kehidupan hebat2 belaka

Hjh Noralenna Abbas said...

Cik Yan,
Saya jawab
1. Excuse me?
2. Dah kerja dah!
3. I NO GO University
4 + 5 ..Eh dengan kawan-kawan seangkatan, bila berjumpa tak kan nak cerita pasal kerja, naik gaji dan pangkat!

AuntieYan said...

Salam manje,

Terima kasih kerana tolong jawab. Lain orang lain cara menjawab he! he!

AuntieYan said...

Salam Kakzakie,

Betul...ada orang selalu perasan dia lebih bagus.Setiap orang ada lebih dan ada kurangnya.
Bersikap low profile adalah lebih baik.

AuntieYan said...

Salam Oren,

Auntie selalunya diam saja, buat bodo je....Orang ni macam-macam kan?
Ada yang berpendidikan tinggi, tapi akal kureng, kematangan pun elek.
Ada yang hanya tahu sikit sikit, tapi lagaknya macam semua benda dia terrer.

Laaa....ada digital quraan pong tak hebat mana. Tapi, kenkawan kat ofis Auntie, bila kata reganya RM500, depa terlopong je.....isyyy...awat nak heran...depa punya h/phone BB lagi mahai...betul tak ? ha!..ha!

Oren pong ada kelebihan....ada 4 anak...urus sorang2 Bravo!!!!!

AuntieYan said...

Salam MA,

Ha, jawapan MA memang sempoi!...kena simpan ni. Kalau ada situasi macam tu shoot je! :-)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Ha, jawapan bekas pendidik memang bernas!!!:-)

pB said...

tu yang malas nak join reunion reunion nie....

Zareda Norman said...

macam MA jugaklah.. answer what they what to hear.. ehhehlagi poyo soklan lagio poyo zar menjawab.. hahaha

AuntieYan said...

Salam pB,

Kak Yan pong samalah...tak pernah pergi ...:-)

AuntieYan said...

Salam Zar...

memang betul, kalau soalan poyo, kena bagi jawapan poyo jugak...baru ngam. :-)