Wednesday, April 20, 2011

31 Tahun.

Assalamualaikum untuk semua,

Auntie sibuk memanjang. Rupanya, bila dah ada kat rumah, lebih sibuk dari kat ofis, ada saja yang perlu diambil perhatian, ada saja benda yang nak dibuat. So, sapa kata bila dah pencen boring???? rasanya yang boring tu sebab tak ada apa yang nak dibuat, almaklum bibik boleh settlekan. Bagi Auntie, Auntielah bibik, Auntielah 'MEM'

Member-member kat ofis dah macam bagi hints nak mai makan kat rumah, aduh!...macam mana nak masak untuk kenkawan?...ha! ha! untuk diri sendiri pun Auntie tak masak, apalah lagi duduk sorang-sorang kat rumah, dah pukul empat petang, baru pikir nak masak apa, itu pun kalau Cik Din kata dia nak makan.....kalau dia kata takmo makan, wah!! merdeka Auntie, tak payah masak. Tak kan Auntie tak makan langsung? Makan jugak, makan roti, biskut dan buah....
ada masa Auntie beli saja kueh atau nasi lemak kat makcik yang jual kueh tepi rumah Auntie tuh....

Insyaallah, dah settle kerja kemas mengemas ni, boleh le Auntie masuk dapur...kata dapur dah lawakan?? la ni dok kemas dapur tak habis-habis. Auntie nak juga bubuh gambo, tapi kena sabo dulu, kena tunggu Jim balik bercuti... tak pandai Auntie nak buat macam mana, dah cuba juga, tapi tak berjaya. Harapkan En. Amir, dia langsung malas nak melayan mak dia.

Oh ya, hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Auntie yang ke 31 tahun....he!...he! lama tuuu....:-) Doakan kami terus bahgia hingga ke akhir hayat. TQ

Macam biasalah, kami orang biasa, so tak adalah apa-apa celebration atau bertukar-tukar hadiah atau pergi melancong ke Tokyo ke...tak ada........Tapi, ha! ha! kami sepakat beli satu TV Plasma.....42"...semua satu keluarga happy!!!! yeyeyeyyyy! TV sekarang dah murah...nak beli cincin atau gelang harga mas dah meningkat, tak mampu weh!...lagi pun kalau barang macam tu, Auntie saja yang pakai....TV, semua boleh enjoy, Cik Din bukan main suka sebab lagi semangat dia nak tengok bola.

---------------

16 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Selamat ulangtahun perkahwinan Cik Yan dan En Din, semoga bahagia selalu.

Acik Erna said...

assalam kak yan..selamat ulang tahun perkahwinan.
semoga terus bahagia selamanya,

ibundo said...

yan hepi aniversari. semuga berkekalan sampai akhir hayat.

~adeQ~ said...

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Kak! Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa! =)

AuntieYan said...

Salam Kak Nora,

Terima kasih.

AuntieYan said...

Salam Kak ERna,

Terima Kasih.

==================

Salam Kak Pah,

Terima kasih.

==================

Salam AdeQ,

Terima kasih.

TUN TIJAH said...

Salam dan selamat malam AY,

Alhamdullillah mahligai yang dibina kekal hingga hari ini...setia,seia dan sekata untuk selamanya.
Mudah2an Allah berkati kehidupan AY sekeluarga ...amin.

Sya said...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kak Yan..

psst tumpang tneguk TV baru bleh?

AuntieYan said...

Salam Tun Tijah,

Alhamdulillah!....dah begitu lama kan?...dah faham sangat dengan perangai memasing...:-)

Apa lagi yang kita mahu? semoga terus diberkati. Terima kasih.

AuntieYan said...

Salam Sya,

Terima kasih,

TV baru atau lama sama saja, cuma yang baru ni besau!!! :-)


Tak de masalah nak tumpang tengok, mai le....:-)

Pnut said...

Happy anniversary kak yan... tak sabo nunggu jim balik nak nengok dapor deme....

rindu la kat kak yan...

Zareda Norman said...

kak yan

happy anniversary kak yan dan suami.. semoga terus berbahagia dunia dan akhirat

AuntyN said...

Kak Yan,

Happy 31 years of blissful marraige!!

Ada apa2 petua ke yang boleh di kongsi. For sure it will be an intersting read.

For the TV tu, kami punya plasma 42 inci yang Uncle Z beli 4 tahun lepas, lesap di kebas orang bulan lepas masa kami bermalam di hospital. Ada saja yang nak ambik kesempatan. NANtilah saya cerita lebih lanjut kat blog nanti..

AuntieYan said...

Salam P-Nut,

Ha!...ha!...akhirnya Kak Yan dah tau macam mana nak masuk gambo tu....TETAPI......mak aiii!!!...dok tunggu dekat 15 minit, tak keluar-keluat jugak gambonya....di pendekkan cerita,apa kata P-Nut mai je rumah Kak Yan...habaq je nak mai bila....Kak yan boleh le ready-ready masak ayaq...:-)

AuntieYan said...

Salam Zar,

Terima kasih Zar,

Rasa macam agak lama gak Zar tak melawat kak Yan ni...sibuk kot nooooo...

AuntieYan said...

Salam N,

Commmm dulu!

Alahhhh....macam N jugak lah, kita ni dah veteran...tak de apa-apa petua,cuma, nak kena banyak sabaq je...terima pasangan seadanya, jangan dok banding dia dengan orang lain....:-)