Thursday, July 07, 2011

Jangan tak up date....


Assalamualaikum untuk semua,

Semakin lama semakin malas nak mengupdate blog. Dah macam tak tahu apa nak cerita , rasa macam dah cerita segala benda dah.

Sekarang orang sibuk dengan Face Book, Auntie pulak tak minat sangat dengan FB ni, tak tahu lah kenapa. Ramai yang kata, best, dapat cari kawan lama. Auntie pulak takmo cari kawan lama, nak cari kawan baru....kawan-kawan lama Auntie ramai yang hebat-hebat. Tittle depa berderet-deret.Yang tak ada tittle pulak bersuamikan orang-orang ternama, alahai, mana mungkin Auntie nak nyibuk sekali, kecikkkk betul rasa diri ini. Jadi, Auntie sangat gumbira dengan kawan-kawan dikalangan blogger. Ada yang dah jadi kawan rapat dialam nyata. Ada yang rapat di alam maya.Alhamdullilah!

Lamakan Auntie tak up-date blog ni...memula ingat nak tutup saja (dah berapa kali ingat daaa).
tak jadi pulak, biarlah, jangan tutup tak update takpa, tak ada sapa yang marah...bil a rasa rajin update saja,

Dua tiga hari lepas, Auntie rasa macam tak sihat je... (malass benonya) Jim balik ke Tg. Malim Sabtu lepas setelah 2 bulan beronggeng sakan. Auntie dengan Cik Din hantar barang-barang dia.
Hari Rabu(semalam) dia dah mendaftar untuk sem 2. Alih-alih dalam pukul lapan dia sampai ke rumah...Kuliah akan bermula pada Isnin depan....dapat le Auntie bersama dia beberapa hari lagi.
Best, kalau Jim ada kat rumah...ada saja yang kami buat bersama. Dia memang rajin melayan Auntie. Bila dia tak ada memang sunyi lah. :-(

Hemmm...tak tahu apa lagi nak cerita ni... ok, setakat ini saja dulu.

4 comments:

Unknown said...

SALAM,
BETUL TU, KADANG2 RASA NAK TUTUPNYA BLOG ! MALAS NAK BUAT N3 BARU ! TAPI DI BULAN RAMADHAN NANTI, MANA TAHU, BANYAK BENDA YG BOLEH KITA TULIS !

pB said...

mai ler cyberjaya ...

kita mkn mkn b4 posa nie

AuntieYan said...

Salam Dato'

Saya dah berblog sejak 2003 lagi, semakin hari saya rasa dah tak ada idea apa nak tulis...dan apa yang ditulis pun tak banyak memberi faedah pada pembaca pun....hanya sekadar cerita biasa saja, tapi, saya rasa sayang juga sebab, walau pun tak ramai, saya tetap ada pembacanya. Ada diantara pembaca dah jadi macam kawan rapat, walau pun tak pernah bersua muka.

Insyaallah, Ramadhan ni boleh cerita macam macam. :-) setidak tidaknya cerita pasal makan!!!!!

AuntieYan said...

Salam pB,

Alaaaahai!! macam mana le Auntie nak sampai ke Cyberjaya??....kalau berjalan kaki, 2 hari baru sampai kot :-)