Assalamualaikum,
Pagi tadi, Cik Din tanya Auntie, hari ni Khamis ke? Auntie macam was was je, terus tengok kalender, sah! memang dah hari Khamis. hemmmm...kejap je dah Khamis, dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Habis minggu depan, masuk minggu ke 3 saja, dah sibuk dengan persiapan raya pulak.
Ramadhan tahun ni memang ada kelainannya buat Auntie. Auntie dah tak payah nak pergi kerja. Duduk di rumah sepanjang hari. Auntie ada banyak masa, apa lagi duduk bersendirian di rumah tiada siapa yang mengganggu. Alhamdullah, banyaklah dapat diisi dengan perkara bepekdah selain dari memasak dan tido. Yang paling best, tak de nak bercakap dengan sesapa, so, mulut tu tak ada le nak pot pet.
Alhamdulillah quran digital yang Auntie beli dulu menjadi teman setia.
Yang tak bestnya pulak, Auntie di serang gastrik yang agak teruk juga, sekali dia datang dalam 10 minit ke 20 minit tu rasa macam nak berbuka saja lah...tapi, Auntie ni dah tua, dah lali dah dengan puasa ni...tahan tahan, sapu minyak angin dan selawat-selawat untuk mengatasinya. Setakat ni masih bertahan. Time sahur Auntie makan ubat.
Apa menu hari ini?? tak tahu lagi. Sayur ada, ikan ada, udang ada, ayam ada...belum pikir lagi nak masak apa.
Hari pertama, Auntie buat mee sup untuk makan berbuka. Waktu sahur makan nasi dengan sayur goreng dan telur dadar je.
Hari ke dua, untuk berbuka Auntie buat puding sagu. Cik Din bawak balik laksa sorang sebungkus. Waktu sahur, nasi goreng saja.
Semalam, berbuka dengan cucur udang. Bersahur pulak dengan sambal sotong dan ayam goreng.
Boring betul la cerita menu berbuka dengan bersahur ni....[ kena cerita jugak lah, nanti tak berudate pulak blog ni]
Auntie nak iron baju pulak. Hari Khamis adalah hari mengiron, :-)