Tuesday, September 20, 2011

Kenduri Kawin di Kuala Lipis.


Assalamualaikum,

Kita dah sampai ke penghujung Syawal, tapi, hari yang masih berbaki, masih ada yang mengambil kesempatan untuk majlis sambutan raya.Raya kali ini, Auntie tak banyak menghadiri jemputan ke majlis open-house, maklum dah pencen, kalau tidak ada saja jemputannya. Kali ini Auntie cuma menumpang Cik Din saja ke majlis makan-makan ni.

Hari Ahad baru ini, Auntie ke Kuala Lipis Pahang menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Cik Din. Asalnya kami nak pergi sehari sebelum majlis, tapi di saat akhir Cik Din ubah fikiran untuk pergi pada hari majlis diadakan. Auntie ikut saja walau pun sedikit rasa frust. Kami bergerak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dan pukul 1o.30 dah sampai rumah pengantin. Majlis diadakan di Dewan Jubli Perak. Majlis dirumah pengantin pompuan telah pun selesai pada hari Sabtu. Pengantin pompuan tu orang Lipis juga.

Majlisnya meriah sekali. Bapa pengantin lelaki adalah seorang guru, jadi ramai le kenalan dia yang hadir, manakala pengantin lelaki dan perempuan pulak bertugas di Majlis Bandaran Kuala Lipis. Selesai makan, Auntie dan Cik Din pun bergerak balik menuju ibu kota.

Sama-samalah kita doakan agar mempelai hidup aman bahgia hingga ke akhir hayat. Amin.

Marilah kita layan gambar pengantinnya.


Pengantin: Affendy dan pilihan hatinya Zuraida.
........berjalan masuk ke Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis, Pahang.

Pengantin lelaki, Si Fendi adalah anak saudara Cik Din, mak dia (Rozie) adik Cik Din.



Dua orang gadis cilik pengiring pengantin. (dua-dua anak buah Cik Din)







Pengantin tersenyum gumbira didepan sanak saudara.



Adik pengantin lelaki, Dida dan Topek.
ppssst...Dida ni pandai nyanyi, sedap suara dia.




Mak pengantin lelaki (Rozie) dan...errrr makcik pencen ;-)

9 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Cantik baju dan tudung grey tu...

ibundo said...

salam yan. Sempat lagi ni nak ucap selamat hari raya...

pB said...

makcik pencen tu cute lerrrr

azieazah said...

Wahhh dah bersara ni berjalan berdua-duaan jer dgn Cik Din yerrr.. Masa ni ler bleh berjalan ikut jadual sendiri ya.

Aminnn.. moga kekal hingga ke akhir hayat. Buat pasangan mempelai, kedua ibubapa dan juga mak sedara mempelai a.k.a makcik pencen. Hehehehe

AuntieYan said...

Salam Kak Marina,

Zaman sekarang ni baju pengantin cantik cantik belaka...time kita dulu lebih diutamakan adalah songket.Saya lebi suka songketlah sebab ianya hanya dipakai semasa jadi pengantin.

AuntieYan said...

Salam Pah,

Memang belum terlambat :-)...ucapan yang baik ni, bila bila je ok.

AuntieYan said...

Salam pB,

Aisehmen!...tak de maknanya dah...

AuntieYan said...

Salam Aie,

Gitulah bila dah masuk peringkat warga mas ni...mana ada bebudak nak ikut, lagi le kalau pergi makan kenduri, berbagai alasan diberi.
Terima kasih atas doa tu...semoga kita semua mendapat Rahmat dari Allah, amin.

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.