Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Auntie masih bernafas lagi walaupun dah kerap benar badan rasa 'berkeriok' sana sini, sabo jelah kan...kata dah jadi wargamas.. :-)

Auntie nak ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang terrrrbaca blog Auntie ni. Tak lah terlewat lagi. Malas betul nak up-date blog. Rasanya sejak pencen ni dah tak ada apa yang menarik untuk diblogkan.
Walaubagaimana pun, Auntie cukup seronok duduk dirumah ni, belum le rasa boring lagi. Sekali sekala ada lekawan datang bertandang. Hilang juga rasa kesunyian.

Banyak masa Auntie habiskan dengan membaca. Banyak buku-buku agama yang dibeli dulu masih belum diusik. Penat membaca, tido je lah. Penat tido tengok TV, suka betul Auntie dengan program Master Chef, malam tengok, siang pun tengok lagi. Ada beberapa drama yang Auntie ikuti sekarang. Yang tak mahu Auntie miss adalah cerita Suria di Cardova dan Tentang Dhia...dua-dua drama ni ada Adi Putra. Auntie memang suka sangat kalau mamat ni berlakon.
Satu lagi yang Auntie ikuti adalah telenovela " Bella Calamidades"...jalan ceritanya ok saja, tapi yang penting hero dan heroin dia sangat le kacak dan lawa. Bagi you all yang bekerja tu tak dapat le tengok sebab ianya bermula jam 3.00 ptg..he...he...tengok kat tonton.com sajalah kot...

Isy..jangan le pulak you all ingat Auntie asyik dok tengok benda-benda "laro" takkkkkk..Auntie memang tak miss program Tanyalah Ustaz, Mukadimmah dan banyak lagi program yang berbentuk agama yang disiarkan kat TV Al-Hijrah#...paling Auntie suka cara dan gaya Ustaz Don...sapa yang tak berapa kenal dia ni boleh le ke channel 114 jam 10.30 malam..pasti tak rugi.
(macam Iklan lak)

Sekian dulu.

7 comments:

pB said...

baru dok terfikir nak hantar sms pada aunty ...

tenkiu sebab antie masih sudi update blgo aunty nie '


miss u lah...

AuntieYan said...

Salam pB,

Aisehmen!!!...tak sangka ada yang merinduiku....:-) Tak pe lain kali kalau Auntie rasa malas nak up-date Auntie akan SMS pB.
TQ le...I lap you lah!!

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Cik Yan,
Akhirnya, Cik Yan bersuara. Saya pula sekarang suka follow Korean drama.

AuntieYan said...

Salam Hjh. Noora,

Lama saya senyap, Kak Nora pun senyap juga takjengok saya...ha, ha..alhamdulillah masih ok. Kalau nak tahu, saya ni tak pernah pun follow drama2 Korean, memang saya tahu sedap sangat katanya...nantilah kalau terjumpa mungkin terlekat juga.

MrsNordin said...

I always wonder, what would I do if I pencen nanti? Would I be bored? What do I do for money? How long would the EPF money lasts?

Suspen jugak bila fikir kan...

Kalau suka Tentang Dhia tu, dah tengok tak Ombak Rindu? Hee.. hee... Best!

AuntieYan said...

Salam Mrs. N,

Setakat ni belum rasa boring lagi sejak berpencen hujung bulan Mac lalu...bestttt sesangat dok kat rumah ni, relax sangat apa lagi AY duk sorang2...tiada yang mengganggu...rasa nak tido, pejam mata, rasa nak makan ngap je..ha!!ha!
AY, ada pencen bulanan so, tak risau sangat pasal duit lah walaupun tak banyak mana, alhamdulillah...cukup le nak makan minum dan beli baju sekali sekala..

Actually, teringin jugak nak tengok Ombak rindu tu...tapi rasa segan pulak nk masuk panggung, dah berpuluh tahun tak tengokwayang. :-)

MATINA said...


I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.