Assalamualaikum,
Alahai! lama tak update..
Cuti sekolah dah bermula, sunyi sikit kawasan rumah Auntie (yang dekat sangat dengan sekolah) terutama time sesi sekolah berakhir, aman sikit rasanya. Tak tahu kenapa ramai mak ayah yang tak perihatin bila meletak kereta semasa nak tunggu anak anak keluar kelas, main redah je, tak kira depan gate orang ke, depan pintu rumah orang ke....yang penting dia nak ambil anak dia walau pun menyusahkan pergerakan orang lain. Sabo je lah!
Auntie terima undangan perkahwinan daripada sepasang pengantin yang dulunya satu ofis dengan Auntie. Mereka ni bercinta dalam diam, ramai yang terperanjat apabila kat diedarkan.
Katanya geng kat ofis langsung tak dapat menghidu percintaan mereka. Bagus lah macam tu.
Majlis di langsungkan pada Sabtu lalu di TTDI sebelah perempuan, pihak lelaki pulak pada hujung minggu ni di Marang Trengganu.
Al kisahnya, Auntie pun excited semacam nak menghadirkan diri ke majlis tersebut, almaklumlah, selain daripada meraikan pengantin, dapat juga bertemu dengan kawan kawan.
Hari Sabtu tu, awal lagi Auntie dah bersiap siap. Auntie kenakan baju kurung warna merah menyala yang Auntie pakai untuk kali pertamanya masa majlis kawin anak buah Cik Din di Kuantan dulu. Kami bergerak awal, maklum le nak ke TTDI yang dah berkurun kami tak pergi.
Jalan agak sesak memanjang. Kami masuk ke Damansara, berpandukan map yang tercatat di kad kawin...rupanya, dah banyak sangat perubahan berlaku, sana sini ada construction works...dan elok ikut map, tapi terus pulak ke jalan mati! jumpa jaga tanya...hampeh, jaga Bangla, mana dia tahu asyik goyang goyang kepala sambil tangan tunjuk sana sini. Lastnya kami cari jugak sendiri, pusing sana, pusing sini, tak jugak ketemu, dah le jem ...jam dah pukul 2.00, perut dah lapo...akhirnya kami giveup, terus cari jalan balik....sampai Bangi, terus saja ke restoren nasi beriani gam.....ha, ha,,,,sedap betul beriani dia, mungkin sebab kelaparan!
Mai hari Ahad, bangun dari tidur saja, lutut macam jem, sakit yang amat, rasanya kalau la tu boleh di operate, la tu jugak nak dibuat. Nasib baik le ada pain killer, telan dua bijik dan rest...tergolek macam dugung, tak boleh nak buat apa apa. Alhamdulillah menjelang tengahari sakit makin berkurangan. Biasa le, bila dah rasa ok je, rasa nak jenjalan, Cik Din ajak ke kedai lampu..tengok-tengok katanya. Auntie pun siap lebih kurang, Cik Din dah kat luar rumah, Auntie keluar dan terus je tarik pintu.....astaga....kunci rumah dan kunci kereta masih kat dalam rumah.....sudahnya nak masuk rumah tak dapat, nak gerak tak dapat. Nasib baik ada h/p, call En.Amir minta dia balik buka pintu...dia pulak ke Alamanda jumpa kawan adalah dalam 40 minit menunggu....
Nasib, nasib....adalah hikmahnya di sebalik kejadian.
7 comments:
Salam AY,
Saya pun pernah tak jumpa rumah kenduri kahwin anak staf masa di IPK Perak dulu. Akhirnya Mamak Saleem Jln Kuala Kangsar yg belanja makan. Sedap sangat sbb sedang kelaparan....hihi
Jaga kesihatan yer.
salam yan. Apa kabar..
auntie kena marah ke bab kunci tinggal tu? :(
Salam TT,
Lamanya nak jawab komen TT...ha, ha,
lama tak buka laptop'
Kejadian hari hari tu adalah yang pertama, selalunya jumpa jugak rumah pengantin berpandukan mapnya, mungkin sebab tempat tu dipinggir highway..susah sikit kalau dah termasuk..
Salam Ibundo,
Nak kata sihat, tak berapa nak sihat jugak...nak kata sakit...lutut saja yang sakit...:-)
Salam Anon,
Nasib baik Cik Din moodnya baik...dia ok saja....sebab??? dia pun pernah buat mistake yang sama. :-)
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.
Post a Comment