Assalamualaikum!
Tuuu diaaaaa....! dua minggu yang lepas, Auntie kat ofis ni macam dah tak bernafas, bukan lah pasal serangan jantung atau kena asma, tetapi, bersilat berkungfu mengadap tugas-tugas yang semua di tagged dengan slip "SEGERA".
Alhamdulillah, semua telah dibereskan dengan jayanya. Bos Auntie pergi meeting semalam untuk mempersembahkan apa yang telah Auntie siapkan. Harap-harap semuanya ok. Bos Auntie ni memang 'detail' orangnya. Setiap tugasan mesti lengkap. Kalau boleh dia nak lebih daripada apa yang diminta. Bagi Auntie pulak yang dah berpengelaman bekerja dibawah seliaan bos pompuan (...errr..mahap cakap le kebanyakkannya cerewet) taklah rasa tertakan sangat cuma, mengejarkan masa yang begitu pantas berlalu.
----------------------
Bulan Julai pun dah sampai penghujungnya. Dah tak lama kita akan menyambut Ramadhan pulak. Insyaallah, semoga Allah panjangkan usia kita untuk berpuasa dan seterusnya menyambut hari raya pulak. Lepas raya ramai pilak yang akan berangkat ke Mekah.
Auntie pun belum lagi ada rezeki untuk menjadi tetamu Allah. Duit tetap dikumpul untuk tujuan mulia itu, tetapi....macam biasalah, bila simpanan dah nampak macam baik je...dahhh ada saja hal lagi yang datang. Perasaan rindu untuk ke sana dah sangat terasa, tapi tak tahulah entah bila akan sampainya. Bagi yang dah sampai, syukur pada Allah, bagi yang akan pergi lagi....lambai-lambahlah Auntie sama semasa di sana.
----------------------
Apa??...diet?...macam dah boring le dengan diet-mayet ni, lagi kita kontrol, lagi dia naik...cis!...insyaallah harap bila berpuasa nanti, dapatlah turun atau kurang kg tuh... ntah-natah naik lagi ada kot... he!!..he!!
----------------------
Nampaknya, walaupun puasa dah hampir menjelang, majlis kenduri kawin masih ada. Setakat ini, Auntie dah ada dua undangan, satu pada 8 Ogos, dan satu lagi 9 Ogos. Tak nyempat dah tunggu lepas raya para pengantin ni.
-----------------------
Sejak kebelakangan ni, Auntie susah betul nak lena bila malam. Mata tu ngantuk, tapi tak tahu kenapa, puas dipejam, haram tak lelap. Haha, bila siang mula lah mata nak tertutup je, apa lagi bila kat ofis ni dah tersengguk-sengguk le pulak,.
Malam tadi, alhamdulillah tak le teruk sangat, rasanya belum menjelang tengah malam Auntie dah terlena. Sebelum tido tu Auntie call mak Auntie, sian dia masih sakit-sakit sendi, dah makan ubat berbagai...sakit tua pun ya jugak.
Pagi ni adik Auntie kata mak nampak cergas dan ceria sikit, mungkin selepas Auntie call dia, dia rasa terhibur, hendaknya macam tulah.
Semoga mak Auntie cepat sihatnya.