Showing posts with label Bomoh.. Show all posts
Showing posts with label Bomoh.. Show all posts

Friday, October 24, 2008

Bomoh

Bomoh atau dukun, masih relevant dalam penghidupan kita orang Melayu walau pun zaman dah jauh berubah. Masih ramai yang setia menggunakan khidmat bomoh. Malah, masih ada yang langsung tak percaya dengan kaedah perubatan moden.

Bagi Auntie pulak, nak kata tak percaya tu, tak lah jugak. Mana tahu satu hari perlu pulak perkhidmatan mereka. Tak boleh nak cakap eksyen kan?? Sungguh pun perubatan moden dah begitu pesat dan bertambah canggih, namun ada kes-kesnya yang masih perlu di rujuk kepada bomoh.Macam kes yang berlaku kat sebuah sekolah Agama di Pahang baru-baru ni. Yang tu tak boleh panggil doktor, kang dengan doktor-doktor pulak tak sedar diri maracau!

Seingat Auntie, ada beberapa kali Auntie dibawa berjumpa bomoh oleh arwah ayah Auntie. Itu zaman kecik-kecik dulu.Kebetulan, zaman itu, kat pekan kecil yang kami huni memang tak ada langsung kelinik swasta yang boleh dikunjung untuk mendapatkan rawatan.

Kelinik Gomen pulak, menjadi phobia bagi kebanyakkan orang Melayu zaman itu. Mungkin di sebabkan cara doktor, jururawatnya dan lain-lain k/tangan hospital yang tak friendly menyebabkan ramai yang lebih suka berubat sendiri. Ramai yang pilih untuk beli ubat Cina (senseh) saja.

Seingat Auntie jugak, kalau setakat demam biasa ni, mana ada pergi kelinik pun. Mak Auntie akan bagi makan serbuk Cap Kaki* Tiga* je, sakit gigi pun makan tu jugak. Kalau luka, sapu je minyak gamat. Sakit perut, sapu minyak angin. Sakit perut cirit-birit, minum je teh kelat. Kalau kena beguk, sapu je nila kat bawah dagu tu. Sakit mata, mak bagi makan serbuk Cap* Burung Bangau*....he!...he!...mujarab pulak tuh! :-)

Hari Ahad lepas, kami terima call dari SIL bagi tahu yang MIL Auntie sakit, dah 4 hari tak boleh nak buat apa. Sakit dalam perut menyucuk-nyucuk, katanya. Dipujuk nak bawa ke kelinik (gomen), mati-mati dia tak ndak. Takut. Tak tahu apa yang ditakutkan. Dia kata kalau bawak ke pusat rawatan berbayar dia nak, kalau tidak, biarlah nak jadi apa pun.

Rupa-rupanya, salah sorang daripada BIL, (adik Cik Din) dah bawak dia berjumpa bomoh. Tak tahan tengok mak dalam kesakitan.

Nak tahu apa kata bomoh tu??...mula-mula dia tanya, ada tak sesapa yang sakit dalam keluarga, jadi dia orang pun bagi tahu yang Tok (Mak kepada MIL) sedang sakit, sakit tua benarnya, umur dah 90 lebih. Telinga dah tak dengar, mata pun dah rabun. Dah tak boleh berjalan sendiri, hanya berbaring saja.

" psstt..saka orang tua tu dah masuk ke dalam badan mak kamu, tuuuu yang dia sakit sangat, Tok kamu nak lepas kan pada dia..." kata bomoh tu.

Itu lah yang diberitahu pada Cik Din. Apa lagi, marah lah Cik Din...sepatutnya bawak periksa dengan doktor dulu, kalau tak jalan barulah kot nak berubat secara traditional pulak, pandangan Cik Din macam tu.

Jadi, pada hari Isnin, adik-adik Cik Din sepakat bawak MIL ke salah satu pusat rawatan swasta yang ada kat Kuantan tu. Periksa sana, periksa sini, teropong sana, teropong sini, akhinya setelah di x-ray, discan bebagai, kata doktor MIL mengidap sakit batu karang, dah besar batunya, menanti masa untuk pecah saja. Operation perlu dibuat dengan segera! Ha, berbeza dengan apa kata bomoh!...isyyy...bomoh tu belajar kat pergunungan mana gamaknya? jauh benau lari faktanya. :-)

So, semalam tepat jam 9.30 pagi MIL, dengan iringan doa kami adik beradik menjalani pembedahan bagi membuang batu karang. Alhamdulillah, kini dia dah sedar dan dah boleh tersenyum. Alhamdulillah!.

Insyaallah Auntie dan keluarga akan balik ke Kuantan esok untuk menziarah dia. Syukur!