Membaca blog Mrs.N pagi ni, rasa sebak juga. Kawan dia yang segar sihat dan manis dalam keadaan kesihatan yang agak serius. Auntie termenung sejenak, memikirkan betapa mudahnya penyakit datang menyerang.
Dalam terpikir-pikir tu, satu panggilan masuk ke telefon Auntie. "Kak dah dapat berita ke?.....kawan baik Kak, Datin M kena kanser"....terkedu sekejap. Datin M ni memang boleh dikatakan rapat dengan Auntie. Kami dah kenal hampir 30 tahun. Masa tu Auntie belum lagi kawin. Dia juga masih seorang gadis, 3 tahun lebih muda dari Auntie. Baru dapat kerja di ofis Auntie. Abangnya, kelas mate Auntie masa kat Politek dulu. Kebetulan Abang dia juga satu ofis dengan Auntie. Abang dia mulanya bercadang nak adiknya tinggal bersama Auntie. Tah kenapa tak jadi pulak.
Dipendekkan cerita, kami terus menerus menjadi kawan maklumlah satu ofis. Walau pun Auntie dah kat Putrajaya, perhubungan kami tak putus. Kami tetap berhubung. Sekali sekala berjumpa.
Sebagai kakak, Datin jadikan Auntie tempat dia mengadu dan berkongsi kegembiraannya.
Memang dia sangat bertuah, punya suami yang baik, berjawatan tinggi, hensem pulak tu. Datin pun memang lawa orangnya. Puteh gebu. Anak Datin hanya sepasang. Dah berkerja pun. Pendek kata hidup dia memang bahagia. Nak apa pun dapat. Dah sampai ke merata tempat di dunia.
Auntie hantar SMS pada Datin, sekadar bertanya kabar sebaik saja selesai bercakap dengan kawan yang membuat panggilan tadi. tak sampai beberapa saat. Datin call Auntie. Tenang saja suara dia dihujung talian. Auntie rasa sebak tapi, tahan saja.
Alhamdulillah, dah dapat cerita sebenar dari mulut dia. Alhamdulillah, dia telah pun selamat menjalani 2 pembedah, satu untuk membuang benjolan di atas breast sebelah kanannya, dan satu lagi untuk membuang kelenjar di bawah arm-pit. Alhamdulillah sekali lagi, ianya baru stage 1.
Auntie hanya dapat memberi kata-kata peransang sebagai motivasi untuknya. Dia tenang saja. Insyaallah dia akan berangkat ke Mekah dua minggu lagi untuk mengerjakan Umrah. Menurut Datin, dia akan menjalani kimo selepas Raya Cina nanti.