Assalamualaikum!
Alhamdulillah, Auntie sehat sejahtera. Semua ok. Poket pun dah ok...(gaji dah masuk hari Selasa...yeyyyy!) Yang tak berapa nak ok adalah blog ni. Kesian dia, ditinggalkan tanpa ada entry baru untuk sekian lamanya.
Auntie sibuk sikit dengan tugas. Tak sangka jugak jawatan kecik macam Auntie ni sekali sekala kelam kabut juga. Bos baru Auntie ni sistematik sikit orangnya. Banyak benda dia plan nak buat. Program itu, program ini. Banyak idea dia. Bagi Auntie pulak, tak de masalah, suka pulak. Bila bos bersemangat, kita pun turut semangat juga.Banyak benda dia harapkan Auntie, jadi kena tunjuklah jugak kemampuan kita kan?.. Alhamdulillah, banyak cadangan Auntie yang dia terima. Hari ni dia cuti. (tapi, tugas untuk Auntie dah pun dia beri) Curi le sikit time blogging pepagi ni.
He!..he!...semalam tengahari Auntie keluar gebang-gebang & minum-minum dengan rakan blogger. Lama sungguh kami tak jumpa, rasanya nak masuk 3 bulan kot...ke 4 bulan lebih dahh...Banyak yang kami sembangkan. Dah lama tak jumpa dia, isyyy, nampak berseri-seri pulak dia... :-) Tulah kawan Auntie yang sempoi, yang terima Auntie seadanya. Err... lain kali kalau datang Putrajaya jangan lupa ek....kita date lagi. :-)
Cakap pasal kawan ni, Auntie dah jumpa berbagai kawan, lelaki pompuan, jantan betina. Yang mana boleh ngam, maka berkekalanlah...yang mana kurang ngam....kawan jugak tapi mungkin ala-ala sajalah.
Ramai kawan masa suka dan gumbira saja. Ada juga kawan yang lari masa kita susah... so, kita tak payah lah panggil dia kawan dan tak payah buat kawanlah.
Ada kawan jenis yang nak menghimpit kita saja, pantang dengar ada apa peluang yang menguntungkan, kitalah kawan dia, kalau tidak, harus bersentuh bahu pun dia tak kenal kita. Dah banyak kali terjadi pada Auntie.
Masa kat ofis lama, adalah satu kawan ni, nak kata rapat sangat pun tidak lah...almaklum jawatan dia lebih tinggi. Kalau ada apa-apa kehendak dia, kitalah dicarinya. Kita pun tak kisah sebab kenkadang tu yang dia minta tolong pun memang dah tugas pun. Selepas dia mendapat Phdnya, dia resign dan buka consultant firm sendiri. Majulah syarikat dia ni. Dia join venture pulak dengan suami dia. Bertambah-tambahlah majunya.
Oleh kerana dia dapat projek dengan ofis Auntie, kerap le dia telefon tanya itu ini, minta kita buat apponintment dengan bos le...Auntie pun buat sajalah, bukan susah pun. Banyak lah lagi yang dia minta tolong. Auntie tolonglah setakat yang termampu dan selagi tidak melanggar tata-tertib dan undang-undang. In return, kalau dia pi o/seas ke makan angin kat mana-mana, ada sajalah buah tangan untuk Auntie. Sayang nya, bila Auntie berpindah ke ofis
baru, haram dia ambil tahu....kot le nak telefon??...berkirim salam pun tidak! bukan dia tak tahu Auntie kat mana. Kebanyakkan yang dia dok jumpa tu adalah jugak kenkawan Auntie.
Ada masa tu rasa teringatlah jugak pada dia ni, maklumlah, dia ni memang baik sangat orangnya begitu jugak dengan suaminya. Tak sangka dia boleh lupa kat Auntie.
Anyway, sejak Auntie kat Putrajaya ni, ramai pulak Auntie dapat kawan. Tua dan muda.
Ada beberapa orang kenkawan yang muda-muda ni ok jugak...mungkin bila berkawan dengan Auntie depa rasa macam mak-mak depa saja.
Ada jugak yang dah sebaya pun tak boleh di buat kawan. Macam kawan sorang ni...kalau bercakap mesti nak dia saja yang betul, so, tak leh masuk geng lah...boringkan kalau kawan macam ni
Kawan kat blog lagi baguskan...ada yang sangat menghiburkan. Ramai pulak yang boleh kita minta nasihat. Yang kekwat tu....lantak dialah.... :-)