Showing posts with label Kemangkatan. Show all posts
Showing posts with label Kemangkatan. Show all posts

Monday, January 25, 2010

Al-Fatihah.

Dah ramai yang buat entry pasal kemangkatan Ke Bawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar. Auntie ni, walaupun bukan orang Johor, tetap terasa sedih dan sayu. Dan pada hari Sabtu, bermula dari jam 11 pagi, Auntie 'berkemah' depan TV untuk mengikuti upacara permakaman hinggalah selesai. Rasanya ramai yang lain pun tak lepas peluang untuk mengikuti upacara ini.

Sedikit sebanyak, Auntie terasa jugak ada kaitan dengan Negeri Johor ni, mana tidaknya, Auntie menghabiskan usia awal remaja di Negeri Johor selama 5 tahun. Setiap kali ada perhimpunan sekolah Auntie bersama rakan yang lain menyanyikan lagu Negeri Johor...bukan sekali...kalau tak silap, setiap hari Ahad (Dulu Johor, Ahad sekolah...)..sepanjang lima tahun di sana.

Setiap kali ada pembesar negara melawat Johor, kami juga dijemput untuk berbaris di sepanjang jalan menuju istana mengibar bendera Johor. Jadi Sultan Johor bukanlah asing bagi kami. Tiga puteri baginda YM Tengku Kamariah, YM Tengku Zabedah dan YM Tengku Azizah bersekolah bersama kami. YM Tengku Kamariah adalah classmate Auntie semasa di tingkatan 2. Masa tu dia orang ni baru balik ke M'sia dari Australia. Banyak kenangan manis Auntie bersama YM Tengku Kamariah...semuanya masih Auntie simpan bersama kenangan lalu. Sayangnya, gambar kenangan kami hilang entah kemana.

Yang pergi tak kembali. Patah Tumboh Hilang berganti.

Salam takziah untuk keluarga Di Raja Johor dan rakyat Johor.

Al-Fatihah.