Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

Don't Play-play!

Alhamdulillah....Cik Din dah tak demam lagi begitu jugak dengan En Amir.

Sana sini orang demam, hospital & kelinik penuh dengan orang nak dapatkan rawatan kerana diserang demam ni. Pelik jugak rasanya mangsa H1N1 ni banyaknya orang kita, (rasanyalah...tak pulak Auntie tahu angka sebenar) mungkin terjadinya wabak ini Allah nak ingatkan kita semua yang dah terlena dibuai mimpi-mimpi indah.

Banyak benda-benda yang melanda dunia sekarang...yang jelek dan yang pelik. Antaranya :-
Yang lelaki suka dengan lelaki. Yang pompuan bernafsu dengan pompuan.
Yang pompuan nak jadi lelaki dan sebaliknya.

Manusia melakukan dosa dan maksiat tanpa rasa bersalah, malah berbangga pulak.
Bebaru ni ada dua kelahiran yang ganjil...bayi berkepala dua. Perasaan kita pun dah tak keruan.
Sedih ke? terkejut ke?...takut?..seram??? Entah lah.

Berbalik kisah orang demam kat rumah Auntie... nasib le kami tak ramai kat rumah tu...Auntie dengan Cik Din saja yang share bilik. Bujang tiga orang tu ada bilik masing-masing. So, masa Cik Din demam, Auntie kuarantinkan dia dalam bilik tu begitu jugak si En. Amir. Depa pakai topeng, walaupun dalam rumah. Alhamdulillah tak lama depa demam.
Dalam kita sibuk dengan penyakit flu babi ni, ada pulak pihak nak kaut untung....topeng yang kita langsung tak terpikir nak beli tu dah naik harga sampai sekeping RM1/ kelinik pun kedekut taik idung masin....depa bagi sekeping je. Bukan itu saja...kos rawatan pun naik juga. Selalunya kat area rumah Auntie, kalau takat demam harga rawatan dalam RM25-30 saja...

Cik Din kena bayar RM30...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk dan MC dua hari.
En. Amir pulak kena bayar RM56...yang dapat ubat demam, anti-biotik, ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit tekak dan MC 2 hari . Hanya lebih satu item saja, bezanya sampai RM26 ???gila ape???? kelinik berlainan, kelinik yang Cik Din pergi masih belum buka masa Cik Din bawa En. Amir. Memang terasa sangat mahalnya. Tapi apa nak dikata, bayar sajalah...

Auntie dengan famili ni, kalau tak terpaksa, memang kami akan ke kelinik kerajaan saja...tunggu sajalah sejam dua...nak ubat free kan...ubat pun lebih kurang sama saja...cuma kalau kelinik kerajaan dia kasi Panadol, pergi kelinik berbayar depa bagi Uphamol...kalau kita beli sendiri reganya dalam RM2.50....disebabkan penyakit yang sedang merebak ni, terpaksalah kita ngadap doktor dan check apa yang patut, tak bolehlah main hantam ambik ubat sesuka hati je.

Kepada semua, jagalah kesihatan masing-masing...cuci tangan, bersihkan persekitaran. Don't play-play!!