Showing posts with label Kursus.. Show all posts
Showing posts with label Kursus.. Show all posts

Tuesday, August 05, 2008

Kursus Practical English.

Hari ni Auntie kena menghadiri kursus. Tahun ni, memang satu kursus pun Auntie tak pergi. Nak diikutkan dalam satu tahun setiap pegawai gomen ni wajib mengahdiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari, lebih tak pe.

Memang sejak dari dulu lagi, Auntie malas betul nak berkursus ni. Bukan apa boring yang amat dok dalam kelas dan fokus kat penceramah...ramai yang memboringkan tersengguk-sengguk kami yang terpaksa dengar apa yang dia ceramahkan. Ada tu langsung tak de skill sebagai penceramah...main baca nota je atau dok pasang slide...oooo boring sungguh. Itu dulu...jaman 8o an, 90 an. Masuk tahun 2000, ramai penceramah dipanggil dari syarikat-syarikat yang offer service berbagai topik kursus eg. pengurusan dan motivasi.

Bagi Auntie yang dah esok lusa saja nak pencen, lebih suka kursus-kursus yang bukan berkaitan dengan tugas...he!..he!....(errr...tugas2 sumua dah terrer!!)

Ha, hari ni Auntie nak pergi kursus yang bertajuk " Practical English For Frontliner"...walaupun Auntie ni bukanlah bertugas di frontdesk atau seangkatan dengan nya... he!...he! saja nak tengok apa yang yang depa ajar...yang penting, dapat le 3 hari kursus. Kena cari 4 hari lagi untuk cukupkan 7 hari.

Wokeh, Auntie nak pergi dah ni, kursus start pukul 8.00 pagi...Tempatnya kat bangunan sebelah je.

Pssstttt....makan minum disediakan ......tu yang bestnya!!!!