Showing posts with label Lega. Show all posts
Showing posts with label Lega. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Legaaaaaa.....

Salam untuk semua,

Dah dua hari Auntie berada di rumah. Rasa tersangatlah legaaaaaaaaanya,
Tak payah nak sibuk bersiap untuk ketempat kerja. Namun tetap juga kena bangun pagi, tapi tidak le pagi sangat macam dulu. Cik Din masih bekerja, tentu sekali Auntie kena siapkan breakfast untuk dia. Cik Din memang kena isi perut dulu sebab nak makan ubat, kalau tak makan kat rumah terpaksalah dia bawa ubat ke ofis, sarapan disana kemudian telan ubat.

Auntie memang jarang sangat bangun lewat, kalau lewat pun dalam pukul 6.30, namun sekali sekala ada masa terbabas juga. Kita nak sembahyang subuh kan?...takkan pukul 8.00 baru nak bangun....tu dah kira bersiap nak solat Dhuha le pulak.

Pagi ni hujan pulak turun, ni, masih tak berhenti lagi. Auntie dah siap mesin kain lepas solat subuh tadi. Pagi semalam sempat le Auntie menanam pokok kunyit. Salin cadar katil, kemas-kemas bilik dan basuh bilik air.

Hari ni cadangnya nak nak kemas bilik En. Amir pulak. Dia kemas jugak sendiri, tapi, cara dia lah.

Dah ada kat rumah ni, kena pastikan ada kerja yang nak dibuat bagi mengelak keboringan.

Oleh kerana Auntie bersaorangan saja kat rumah, kerja memasak Auntie buat waktu petang. Itu pun kalau Cik Din kata dia nak makan malam, kalau tidak, Auntie masak ringan-ringan saja untuk kami makan malam, tak pun tak masak langsung....ha!...ha!...makan buah-buahan saja.

Senang hidup makcik kan??

Thursday, February 26, 2009

Lega.

Dah lama tak masuk sini.Kehidupan berjalan seperti biasa juga.
Cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan. 3 lelaki dalam rumah Auntie tertewas juga. Jim mendahului...demam dua hari, kemudiannya Cik Din pulak...sampai hari ni masih batuk-batuk lagi. Anja demam mulai petang Ahad membawa ke hari Selasa. MC 2 hari. Semalam dah mula kerja.

Auntie masih ok...sakit yang sedia ada saja. Nampak macam tak sakit.Berjalan kehulu ke hilir. Alhamdulillah!.

Mulai bulan ini, dapat tarik nafas lega.Yeyyy!!! pinjaman bank dah selesai...at least ada sedikit rezeki lebih, boleh berronggeng ligat sikit. :-)

Tu sajalah nak dikabokan untuk seketika.
Salam!