Antara kita, ramai yang ada maid, dan masih ramai yang tidak ber maid macam Auntie ni.
Dah nak masuk 30 tahun berumah tangga ni, belum ada sorang maid pun yang Auntie gajikan.
Kalau ada pun cumalah sekajap sangat. Itu pun tak boleh dikira maidlah sebab dianya adik Cik Din yang datang sekejap membantu menjaga anak sulong Auntie Si Anja.
Asalnya dia sendiri yang offer diri nak membantu. Adalah dalam 10 bulan kot. Adik Cik Din ni memang tip-top. Rajin yang amat, macam lipas kudung. Tak pandai nak dok diam, ada saja kerja yang nak dibuatnya. Mungkin dia boring duk sorang-sorang kat rumah, akhirnya dia surrendered dan minta nak balik kampung. Itulah sekali Auntie ada pembantu.
Walau pun tak pernah experience ada maid sendiri, Auntie pernahlah dijaga oleh maid-maid mak Auntie masa kecik-kecik dulu. Zaman itu, bezanya maid adalah orang tempatan. Macam sekarang jugak kerenah maid-maid ni. Seingat Auntie, mak Auntie pun ada ramai maid. Bukan lah dalam satu masa, tapi silih berganti. Antara yang masih Auntie ingat ialah Kak Som, Kak Ton, Tok Su dan jugak Mak Cik Ton.
Berbagai ragam jugak dia orang ni. Dek kerana masa tu Auntie masih budak lagi, Auntie tak lah ambil pusing sangat masalah ni, mak dan arwah ayah Auntie sajalah yang pening pala dengan kerenah depa. Auntie tak tahu apa. Tahu-tahu dah berganti orang baru.
Masa mudanya mak Auntie seorang guru sekolah. Rumah kami pulak dekat je....jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai rumah. Pendek kata, bebudak sekolah dok baca buku pun kami di rumah boleh dengar. Dari sekolah, sambil mengajar (gamaknyalah) mak Auntie dapatlah juga memerhati ke arah rumah.
Ada masanya, waktu rehat, mak sempat jugak berkejar balik rumah tengok anak-anak. Mak ada bercerita yang Auntie selalu saja di arah oleh maid membuat kerja rumah, masa umur Auntie dalam 5 atau 6 tahun. Selain dikerah mendukung adik-adik, Auntie jugak disuruh sidai kain, angkat kain di ampaian, membasuh pinggan mangkok, membersih longkang. Bayangkan, usia baru 5 tahun dah buat semua tuh. Auntie pulak jadi pembantu maid tak bergaji. Auntie tak ingat pun peristiwa itu.
Dan itu jugaklah antara penyebab maid itu diberhentikan.
Ada juga antara maid yang, bila mak kat sekolah, dia boleh melaram dengan baju-baju mak yang kat dalam almari.
Tok Su pulak seorang tua yang lurus bendul dan pekak...he!...he!...dia ni cergas dan sangatlah rajin dan pembersih orangnya. Pantang dia kalau rumah bersepah. Habis segala periok belanga di sental berkilat. Kami anak-anak pulak buat hal suka menyakat dia dan akhirnya dia merajuk nak balik rumah dia.
Dah ramai maid silih berganti, mak pun dah letih dengan perangai dia orang. Bila adik bongsu dilahirkan, kami dah tak ada maid lagi, adik dihantar ke rumah jiran dan yang lain tu pepandailah jaga diri sendiri. :-)
Kini, usia Auntie dah masuk senja, badan pun rasa tak larat dan perasaan malas tu pulak sentiasa ada. Balik kerja rasa penat. Rasa macam nak cari maid.
Auntie selalu jugak bayangkan, alangkah bahagianya kalau segala urusan rumah tangga di selesaikan oleh orang lain. Balik kerja dah tersedia minuman petang, malam lepas maghrib dah terhidang makan malam. Esok pagi turun saja breakfast dah tersaji.Hemmmmm.....bahagia kan??
Malam tadi, jam dah hampir pukul 11.00 malam...dalam rintik hujan musim tengkujuh, angin dingin menyapa muka, tiga lagi penghuni rumah dah pun berbaring di tempat tidur, Auntie terbongkok-bongkok menyidai kain di ampaian.....aduila, aduila......sayu rasa hati......!
:-( ..... :-( ..... :-(