Showing posts with label Mat. Show all posts
Showing posts with label Mat. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Berita Pagi


Assalamualaikum,

Hari ni Auntie bangun awal sikit dari biasa. Kena masak sambal tumis udang le pulak pagi pagi, subuh subuh, sepie. Cik Din ada buat jamuan kat ofis dia untuk meraikan beberapa orang staf dia yang kerja sementara nak habis kontrak. Katanya makan ringan ringan saja. Nasi lemak dan kueh-kueh. Dulu Auntie dah pernah buat samal tumis udang, gamaknya sedap le depa request lagi. :-)

Macam biasa, jadual Auntie nak " morning walk " tetap on, tapi, kita ni merancang dalam sedikit masa saja planning boleh bertukar pulak. Auntie baru selesai baca beberapa surah selepas solat subuh, dapat pulak berita adik Auntie , Cik Mat dimasukkan ke hospital di Ipoh, katanya salah satu urat dikepalanya membengkak ..Allahuakbar!!! rasa macam nak luruh jantung Auntie ni. Tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus, astaghfar banyak2..usia Cik Mat 46 tahun, anak kelima dalam keluarga Auntie, memang dia ada beberapa penyakit, tapi terkawal.

Setakat ini berita diterima dari sorang lagi adik Auntie mengatakan Cik Mat dalam keadaan stabil, bengkak dan surut sikit, tengah menunggu nak buat City Scan Auntie berharap dapat lah pembaca blog Auntie ni sama-sama mendoakan Cik Mat agar pulih seperti biasa Amin.