Assalamualaikum,
He!...he!...dah rasa malu le pulak nak masuk blog sendiri. Lama tak buat entry....
Sejak kebelakangan ini, memang le teramat sibuk dengan tugas-tugas kat ofis ni. Nak update entry ni kena fokus, kalau fokus lari, terus entry tak menjadi. Walau bagaimana pun, aktiviti blog hopping tetap macam biasa. Bila rasa penat buat kerja, melencong sekejap.
Hari ini SPM bermula. Auntie macam biasa lah bangun pagi sokmo. Auntie jengok bilik Jim untuk perlahankan kipas. Sejuk-sejuk ni, kipas dia tetap full blast. Baru jengok, dia dah sapa Auntie.."hai makkk...laaa dah terjaga rupanya budak ni. " tak boleh tido la...risau..
Jim akan ambil SPM, sejak tiga bulan kebelakangan ini, adalah nampak dia buat persediaan. Pelajarannya sederhana saja. Auntie pun tidaklah mengharap apa-apa. Sungguh pun gitu Auntie tetap memanjatkan doa beribu-ribu untuk nya. Mudah-mudahan dia dapat kejayaan setakat kemampuannya. Amin.
Kepada anak-anak kita semua, kita doakanlah kejayaan mereka.