Salam untuk semua,
Alhamdulillah, Auntie melalui minggu pertama sebagai pesara dengan penuh gumbira. Dek kesibukan dengan urusan rumah tangga Auntie hampir lupa dengan ofis, ha!...ha!, kalau tak kerana ada kawan-kawan yang bertanya khabar, harus le Auntie lupa terus.
Hari Jumaat lepas, Auntie dikunjungi oleh seorang kawan lama. Kawan sekolah masa kat JB dulu, Ros namanya dia ni rapat dengan Auntie sebab kami duduk bersebelahan semasa di tingkatan 4 dan 5. memang kami rapat, maklumlah hampir 3/4 hari bersama, dari pagi sampailah habis prep hour jam 10 malam bersama.
Semasa Auntie mula duduk kat rumah Auntie sekarang ni, adalah beberapa kali terserempak dengan dia kat pasar malam.Dia pun kebetulan membeli rumah ditempat yang sama. Masa tu Auntie baru ada anak sorang, dia dah ada tiga anak. Bila Auntie berpindah tinggal di KL, hubungan kami terputus. Adalah dalam 3 bulan lepas kami dapat berhubung semula selepas Ros terjumpa dengan kawan ofis Auntie yang kenal dengan dia, maka bersambunglah semula persahabatan kami.
Ros set date, lalu datang ke rumah Aunie pada hari Jumaat pukul 10 pagi, Kami bersembang bercerita tak hentii-henti sampai lah pukul 1.30tgh....ha!...ha! Ros pun kebetulan baru saja bersara. Macam Auntie juga, dia bersaorangan dirumah.
Kami dah cadang akan berjumpa lagi.
Minggu ini pulak, rumah Auntie dah macam kapal pecah....baru minggu lepas dah elok berkemas...tak sangka pulak tercepat pulak kami merepair dapur dan bilik air yang memang dah 'teruk'....satu rumah berhabuk dan berdebu. Harap-harap cepatlah siapnya. Nak berblog pun tak selesa.