Tuesday, July 19, 2005

out-Station.

Rasanya dah lama Auntie tak bercerita tentang aktiviti harian Auntie nih. Kadang-kadang nak cerita bab-bab ni pun macam boring je…tak de apa yang menarik, lain le kalau Auntie ni jenis yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pi out-station ke baru lah ada cerita yang menarik. Balik-balik cerita aktiviti memasak, makan, tido…..

Cakap pasal outstation ni Auntie terkenang peristiwa lama semasa Auntie baru masuk kerja dulu. Ingatkan? Auntie masa tu kerja kat research station. Ofisnya sunyi sepi macam terpencil sesangat. Masa Auntie report duty untuk kerja, rasa macam nak cabut balik je…bangunan ofisnya pun, teruk…bangunan lama jaman orang putih dulu. Peralatan pun macam peralatan jaman perang dunia dulu…he..he…

Auntie ditempatkan di satu bangunan yang agak baru daripada bangunan lain, di hyraulik laboratory. Setiap pagi Auntie kena pergi ke main switch dia untuk jalankan pump. Masa tu pergi kerja tak payah nak dressing-dressing..pakai jeans dan t-shirt je….Auntie sorang je pompuannya pun…hak manis pun Auntie, hak serabut pun Auntie le jugak, nasib le …nak buat cam mana…Mak tuan, masa tu Auntie ni memang tak kasi chance punya pada bebudak lelaki…memang serius habis, takut depa nak usik-usik tuh…yang ramai memang pekerja bawahan nih…maklum le kami banyak buat kerja-kerja testing pump, le berbagai..kerja orang jantan!...tah macam mana Auntie yang lemah gemalai ni boleh tersesat pi buat kerja macam tuh.

Sekali peristiwa, Auntie kena pi out-station ke Jerantut Pahang., first time tuh…bukan main suka lagi…tergedik-gedik sukanya. Bos kata nak bagi exposure pada Auntie dengan kerja field-works ni. Dengan dua buah Pajero, kami pun berangkat pergi,Auntie naik bersama dua orang bos (Cina), satu Pajero lagi dinaiki oleh kami punya labourer yang akan membantu kerja-kerja kami nanti. Termasuk driver ada 10 orang semua. Masa tu mana ada lebuh raya lagi. Dah lewat petang baru le sampai…lenguh rasa badan dibuai dek Pajero tu.

Bila sampai pekan kecil Jerantut tuh, dah timbul le pulak masalah nak cari tempat tinggal. Menurut bos Auntie, depa selalunya sewa rumah tumpangan je…mana ada hotel pun almaklum pekan kecil, macam pekan kawboi je Jerantut masa tuh
.
Rasanya kini dah jauh bezanya. Arus pembangunan dah mula mencorakkan wajah Jerantut.

Puas jugak mencari rumah tumpangan yang ada attached bath-room untuk Auntie. Bos ni prihatin jugak, sebab Auntie ni pompuan. Akhirnya dapat le satu bilik seperti yang dikehendakki..D ikiri kanan bilik Auntie, bilik bos dua orang tu…first time depa bawa orang pompuan pergi buat field work.

Esoknya lepas b/fast, kami naik Pajero menuju tempat kerja. Jauh jugak perjalanannya dari pekan Jerantut tu, kalau tak silap ingatan, nama tempat tu Pulau Tawar…hemm…katanya tempat Mat Kilau tuh…Bila dah sampai ke kampung tuh, kami berjalan kaki pulak lebih kurang 2 kilometer masuk ke tempat yang nak kami mulakan kerja. Kenderaan terpaksa ditinggalkan saja di tepi jalan…
Kerja apa yang kami buat? Kami nak ambil sample air dan juga sample tanah di kawasan tersebut. Bawak balik ofis nanti kami jalankan ujiannya. Bukan senang nak dapatkan sample tuh, terutamanya sample air di perut bumi…dari pagi sampai lewat petang hanya dapat beberapa sample saja. Ada le seminggu kami buat kerja tuh…Eeee, rasa serik jugak. Mula-mula tu seronok, dah masuk hari ke 3, rasa nyesal pulak pi ikut depa…dah le Auntie sensorang je pompuan, pi masuk hutan rimba tu…apa nak di kata, kerja punya pasal…setiap hari bila balik ke bilik, rasa badan dah lembek dek keletihan…Bila sampai hari bos kata kerja dah selesai dah boleh balik, rasa tersangat lah leganya.

Lepas pada itu, ada lah dua kali lagi Auntie ikut expedisi mengambil sample ni.Tapi, tidak lah lama, cuma 3,4 hari je. Itu le pengelaman memula kerja dulu. Lain-lain pi out-station tidak le seteruk itu…kerja ringan je…..ada masa tu macam pergi bersukaria je, macam pergi berseminar.

Bila Auntie ditukarkan ke Ibu Pejabat, dah tak buat dah field-work ni. Pergi jugak out-station ni , tapi lebih kepada lawatan sambil belajar je….(sambil sukaria-makan angin keluar asap).

Kini dah masuk 28 tahun Auntie bekerja…lama dah tu…..memang rasa dah malas, rasa macam nak dok kat rumah je. Kat ofis pun macam dah kurang kawan yang memahami, apa tidaknya, pandang kanan, budak muda berumur 25 tahun, pandang kiri gadis berusia 22 tahun!....rakan sebaya dah macam tak de lagi.

Walau bagaimana pun ada juga bebudak muda yang masih boleh di buat kawan…hemmm….tapi kena ikut rentak dan melodi mereka lah…..kena pandai-pandai suaikan diri….
Baru sekarang Auntie dapat memahami perasaan seorang yang dimamah usia.Sungguh pun gitu, rasanya Auntie tak akan membiarkan masa berlalu begitu saja….dah kena buat perancangan agar masa tidak dihabiskan hanya dengan merenung masa silam….

.I want to grow old gracefully……………(dah kata banyak kali daaa…)

10 comments:

MA said...

Kak Yan : nostalgic jer bunyi. Tak per, kita jangan risau..acara ronggeng tetap diadakan. Untuk kita-kita ajer..heheh..Nanti saya call KY, okay.

AuntyN said...

Samalah kita, I want to grow old gracefully too, cam mana gracefully tu pun tak tau hehehe

AuntieYan said...

Mak Andeh : Kak Yan tengah dok 'stand-by' nih....

Adiejin :...Akak ni memang dah tua..kalau nengokkan 'angka' umur tuh....tapi hati tetap muda beb!!

N :...ntah le, grow old gracefully ni macam...grow old like Grace Kelly kot?...( tu yg. kawin dengan Raja Monaco tu...dua-dua pun dah meninggal tu)

Adiejin :...Hemm...awat dok sibuk dengan petua nak hensem?...Adiejin dahhhh pun hensem tanpa apa-apa petua!...tapi, jangan dok pakai rambut palsu tu...nampak kelako sesangat..be yourself...you look coool man!

hana_kirana said...

Ambik sample groundwater ke Aunty? Sample groundwater memang susah nak ambik. Dan susah nak faham. Sebab tak nampak apa yang berlaku kat dalam tanah tu. Tak masuk lagi all the calculations. Pening! Agaknya sebab tu la subjek Hydrology saya dulu cukup makan je! :)

Jubeiz said...

hai auntie yan. ops silap. hai kak yan. pekabor. lama tak masuk sini. tadi lepas baca your message. cepat-cepat masuk sini sbb nak tau perkembangan. Outstation? saya dah fed up nak outstation. memenatkan badan. semoga kak yan & family sihat sejahtera selalu. amin.

Halim Hashim said...

dok cerita bab otstesen nih...kadang tu seronok gak tapi ..jangan dok lama sangat...takat 2 -3 hari ok la..nak plak yang dah berkeluarga..heheh...yang suami kata dok teringat anak..padahal teringat bini le tu....:)
apapun sebenagnya..byk dapat pengalaman dan kenangan bila otstesen nihh....

selalu otstesen :(

Anonymous said...

sweetny AY, esp bab pandang kiri 25, landang kanan 23. saya pun nanti soon cam tu gak. tapi saya ni perasan muda all the taim, tak sedarq dighi he he he

AuntieYan said...

hana_kirana:O...hana pun pernah ambil sample ni ye?...memang betoi..jaman dulu lagi le susah...peralatan lama lah katakan...nak setkan dia punya drill tu dekat satu jam..Hemmm, la ni dah lupa dah segala calculation tu...:-(

adiejin : sample tu diambil, kemudian kita buat test..nak tengok samada kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian..atau adakah tanah atau struktur bumi disesuatu lokasi tu sesuai untuk kita buat jalan ke, bangunan ke..selain drp kesesuaian nak kenalpasti jugak samada lokasi itu stable ke tidak...tu kejadian tanah runtuh sampai meranapkan rumah orang...depa tak buat soil test dengan teliti tu...(hemm...macam cikgu pencen pulak!! he..he...)

jubeiz :..dah tahu dah you selalu out-station...ke luar negara lagi...tak boleh bawak Auntie ke?..errr, sekali-sekala!...;-)
p/s : Terima kasih atas doa untuk Auntie & family.Moga jubeiz juga aman bahgian....(SSSSttt...bila nak kawin??)

Halim :...ni first time lawat Auntie nih..selamat datang. Wah!..you jugak selalu out-station..kalau dah selalu sangat memang boring. Auntie pernah jugak ke Cameron Highland tu....ambil sample le...apa lagi???...ada jugak pi bersukaria...(berseminar)....dah lama tu...jaman muda-muda dulu...

Tenah :...hemm..dah kurus ke Tenah? asyik pi gym je..Hang jangan dok leka sangat, baca buku tuh...!
Tang perasan muda tuh...Auntie lagi perasan!!...sib baik bebudak muda panggil makcik..kalau tidak...harus nak ngorat-ngorat lagi ....auwwwww!

Zareda Norman said...

singgah lagi blog kak yan, macam tu ler jugak masa zar baru masuk kerja, la ni dah tak terkira banyak kalinya masuk hutan, memula tu cuak uga, dgn pacatnya, dengan tak selesanya.. sekarang ni dah selamba maba jer.. hehhehe

AuntieYan said...

Zar :...Kak Yan kalau pacat naik tu eeeeee...memang gerun habis....selalunya siap sembuh 'Bygone' kat boot tu...:-)