Last weekend sekali lagi Auntie balik kampung. Kalau minggu lepas ke Pahang, minggu ni ke Perak pulak.Dah agak lama jugak Auntie tak menjengok mak. Cadangnya kami nak bertolak awal dari KL so that kami boleh masuk ke bandar diraja, Kuala Kangsar. Orang Perak kata 'Kuala'.
Masa Auntie kecik-kecik dulu, Kuala ni macam tempat mak & ayah Auntie shopping le, beli baju raya, kasut raya kueh raya. Ayah Auntie boleh dikatakan kerap sangat datang ke Kuala ni. Sebagai guru besar sekolah, dia akan ke sebuah kedai yang menjual berbagai peralatan sekolah, so dia buat order untuk keperluan sekolahnya, sambil tu, mak Auntie pun menumpang dia datang untuk tujuan membeli belah atau melawat beberapa orang saudara mara yang tinggal di situ.
Paling seronok bila ayah Auntie belanja kami makan kat satu kedai tepi jambatan yang nak menghala ke Bukit Chandan. Tapi la ni , kedainya dah tak de lagi. Dulu kami selalu jugak pergi ke tepi sungai yang di kenalai dengan 'Lembah' tempat orang menjual barang seperti pisau, parang, golok,kacip. Kalau tak silap, semuanya di buat oleh orang kampung.
Kalau ada perayaan kami akan tidur di hotel ( sebenarnya rumah tumpangan) kat bawahnya restoren kopi China...masih ada lagi restoren tu, namanya "Double Lion" orang Kuala sure tahu punya....ha, sesapa yang pernah sekolah kat MCKK pun tentu tahu jugak.
Tu cerita pasal Kuala.
Hari tu kami tak sempat pun nak singgah Kuala, sebab dah agak lewat berangkat dari rumah.Bebudak dua orang tulah yang punya pasal...nak tengok katun le dulu, nak main game seround dua dulu....akhirnya hari pun dah panas.
Kami sampai dalam pukul dua petang. Terus je serbu ke dapur sebab dah kelaparan. Macam biasa le, atas meja penuh dengan berbagai lauk. Mak Auntie macam tu le...walau pun dia dah bertongkat, memasak tetap dia nak buat. Marah betul dia kalau kita balik tanpa bagi tahu terlebih dulu..dia nak siapkan macam-macam...kalau boleh, dari menu makan pagi sampai ke menu makan malam. Nak tahu, kata adik Auntie, lepas sembahyang subuh lagi dia dah keluarkan segala bahan-bahan untuk di masak., tu yang Auntie malas nak bagi tahu dia kalau nak balik, kesian...dia bukan main bertungkus lumus menyediakan itu ini...dah le dia tu terbongkok-bongkok....gitu le emak. Kata adik Auntie lagi....dia akan sentiasa tengok jam....sambil tu dia mengagakkan kita ni dah sampai kat mana...." O...ni Kak hang dah sampai Tanjung Malim......ni, gamaknya dah masuk simpang Kuala".....Dia akan buat berbagai andaian sekiranya kita terlewat sampai....." ni, gamaknya Kak hang pi meronda pekan Kuala....tak pun dia pi Tepen (Taiping) dulu lepas tu patah balik ke sini..."
Nasib baik dia tak pandai guna h/phone...kalau tidak tentu kejap kejap dia hantar SMS tu...
Lepas makan, Auntie sembang-sembang le dengan mak tu...macam-macam cerita. Walau pun usia dah lanjut, ingatannya masih kuat. Dia jugak tidak pekak, mata pun masih terang, boleh membaca tanpa cermin mata. Petangnya dia mengadu sakit sana sini, so Auntie bawa dia ke klinik .Dia cuma nak ke klinik yang dia biasa pergi je. Lain-lain klinik "doktor tak bagus, doktor tak berapa pandai "....kata dia lah. :-)
Mudah-mudahan kesihatannya bertambah baik.
Hari Ahad lepas zuhur kami hantar Amir balik ke asramanya. Kesian jugak tengok budak bertuah tu..dah seminggu dia cuti bersungguh-sungguh. Dia dah janji dengan Auntie & Cik Din nak pulun sesungguh untuk SPM nya nanti. Tak tahu le nak kata......insyaallah mudah-mudahan dia berjaya.
Pukul 3.00 ptg. baru le kami menuju KL semula. Jim duduk depan dengan Cik Din. Memang gitu le sejak depa dah besar remaja kalau berjalan kemana pun Auntie duduk belakang saja. Depa dok "O som" sape yang nak duduk kat depan.....Auntie kat belakang pun apa lagi tidur saja lah...sedar sedar dah sampai tempat berhenti makan minum. Kami makan malam terus. Sampai rumah dah pun maghrib.
****************************************
10 comments:
Lo, apasal "anonymous" kat atas tuh???...dah takdak tempat nak buat iklan tu....
P/s: cam mana nak buang iklan tu ha?
laa...
AUntie pi kat edit (masa nak create new post), pas tu pilih entry berkenaan, pas tu bukak kat comments yang orang dok hantaq..pas tu delete la apa yang patut..
Hari tu pun saya dapat lagu nih gak..depa nih main 'hack' saja kat blog orang..
selamat men'delete'..
Oren manis : Thanks for the instructions...Auntie memang le tak pandai nak buat tu semua kalau tak tanya tu...he..he...orang tua le katakan...lain kali boleh belo dengan Oren le nampaknya.
Adiejin:...hemmm...budak nakal rupanya kamu ni...masa sekolah lagi dah merokok???..isy..isy...ish...!...:-)
Jin, kat Double Lion tu roti manis dia sedsp tau....
Auntie- hubby kata, kat hotel double lion tu, ada jual roti benggali, dia baru masak panas-panas, dan terus jual...sedap, lembut jer...sampai skrng masih ada, tp hubby kata dah tak sedap.
Kat lembah, kami selalu pi pekena laksa la...la ni ada kedai nama SAKAN kat depat supermarket FAJAR, seronok borong brg siam kat situ, toto, tikar, periuk siam punya, murah-murah...
nanti singgah sauk bila-bila kita balik kg...mak auntie mcm mak mertua saya, dia nak pi klinik tu jer, sampai ke grik kami terpaksa bawa dia pergi cucuk pinggang kalau dia sakit-sakit badan tu...kata dia doktor tu pandai. klinik apa ke namanya.
Aunty,
Orang tua2 gitulah. kalau anak balik macam2 masaknya. Dah plan menu dari pagi sampai malam.. Kalau balik 3 hari.. 3hari, 3 malam lah menu memasak dia. Klinik pon cam gitu jugak aunty. Kalau mak arena, klinik pon dia tanak pergi jenuh memujuknya..
P-Nut:...Lo, sampai pi cari klinik kat Grik??...nasib baik la ni jalan dah elok. Klinik yg. femes kat Grik tu ialah Klinik Venka dan satu lagi Klinik Pua.Ada jugak beberapa klinik lain, Melayu punya, tapi tak berapa popular..
P-Nut, tu kedai SAKAN tu, memang sakan!!! K.Yan pernah jugak kesitu.Macam-macam ada.Nantilah, kita buat date kita cerita lagi....
Arina: Mak Auntie, kalau hospital gomen memang dia langsung takmo pegi, walau pun adik ipar Auntie ada kerja kat sana sebagai Jururawat....pada dia Klinik Venka jugak yang baguih....;-)
auntie Yan..Kuala tu kampung teman..skang ni kalau balik jenguk opah kat Chandan mesti bernostalgia ngan hubby citer pasal kitorg raya kt kuala..sampai g cari rumah opah Wan Zaleha..masa tu dia femes.g raya rumah opah dia mana le tau kot-kot dia ada...
Cerita pasal kuala ni, auntie Yan pernah gi berpesta kat Bkt Chandan semasa hari jadi Almarhum Sultan Idris?Zaman 60an-70an. Seronokkan? Kalah pesta Sure Heboh TV3!
Post a Comment