Bagi kita yang tidak mengharungi kehidupan getir sewaktu negara belum Merdeka, mungkin tak rasa apa-apa pun...ramai yang seronok sambut hari Merdeka ni sebab dapat cuti.Auntie pun rasa macam tu le jugak. Apalah lagi bebudak muda...depa seronok hari Merdeka sebab dapat bersukaria menanti detik dua belas malam ditempat-tempat sambutan kemerdekaan diadakan. Seronok sungguh...seminggu lagi nak sambut Merdeka depa dah buat temu janji dengan kenkawan.Lelaki pompuan. Katanya ada jugak sampai tak jumpa jalan balik ke rumah pada malam Merdeka...ya Allah Merdeka sungguh depa ni...
Harap-harap anak kita jangan le dibiar sampai jadi lagu tu. La ni macam-macam terjadi...seram sejuk kita baca di akhbar.
Mungkin dunia dah dekat nak kiamat ni. Maksiat menjadi-jadi.
Marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan. Dah pasang bendera?...Auntie dah pasang kat rumah. Bendera besar.
Kat kereta tak pasang tahun ni...hemmm....takkan tahu sebab musababnya. He..he...!
Tahun ini adalah kali ke dua sambutan kemerdekaan di buat di Putrajaya. Lokasinya dekat sesangat dengan ofis Auntie ni. Ha, lokasi yang sama masa konsert AF3 dulu tu. Semalam, kami yang bekerja kat precint 3 dan 4 ni...kelam kabut mencari jalan nak masuk ofis memasing. Banyak jalan ditutup. Ada 'full dressed rehearsal'...kami kat dalam ofis pun panas punggung...kejap bangun menjengok...ada yang terus turun ke bawah berdiri tepi jalan untuk mendapatkan view yang bagus.
Esok, Auntie hanya akan mengadap TV sambil makan....mungkin akan masak nasi lemak kot..(kalau rajin le...).

Inilah satu-satunya gambar kenangan pada sambutan Hari Merdeka
31 Ogos 1957. yang Auntie masih simpan. Tulisan yang dah kelam kat bawah gambar tu adalah tulisan ayah Auntie. Yang tercatit ialah" Kenangan Merdeka 31 August 1957".Gambar famili Auntie tu.Masa ni Auntie baru 2 beradik.
Lelaki hensem yang pakai tie tu ialah Al-Marhum ayahanda Auntie.Wanita jelita yang memangku anak tu mak Auntie yang tersayang.Pemuda jaman tahun 50 an tu adalah Abang Awang (nama sebenarnya Othman) abang sepupu, anak buah ayah Auntie. Dia ni menumpang rumah kami pada masa tu, dia belajar sekolah agama.
Yang atas riba tu, adik Auntie Cik Lan....Ha, yang gadis cilik tu...sapa lagi Auntie le....he...he...comel gak kan? Masa tu baru berusia 2 tahun.
Kalau sesapa jumpa satu makcik, muka dia lebih kurang macam gadis kecil tu....hemmm Auntie le tu....
10 comments:
Auntie, nanti raya balik grik tak? kami tahun ni raya kat kedah, mungkin raya ke 3 atau kot baru balik sauk
Masak nasik lemak? ermmmm menarik tu...saya pun masak nasi lemak gak le, tghari x payah masak dah...he..he..
Alahai comelnya Kak Yan....
Your boys ada rupa Arwah your father laa esp si Amir tu. The tenungan tu seropa...
P-Nut, tahun ni kami raya kat Pahang....uwaaaaaaaa!!!!, tapi, mungkin balik ke Grik juga...sebab Amir akan ambil SPM, dia bersekolah di Sek. Teknik Grik. Belum plan lagi nak balik hari apa...
Andeh, idak le come mana...com amoi je kan? Ya, memang depa ada iras-iras arwah ayah.
amboi molek nya gambar, harus jadi kenangan sepanjang zaman kan
Kak Yan, masa kecik cilik comel, sekarang GEBUUUUUUUU. Hahahah
selamat hari merdeka!!
esok punya plan pun, inagt nak menebeng kat kedai mamak for breakfast..
ooo...sama la kita AUntie..tahun nih pun rasanya kena balik raya kat Pahang, umah MIL..
terharu tengok photo tu.. sangat klasik..
memang..sangat klasik...bestnyer dpt amik gambo pada hari bersejarah tu. Mmg bagus idea parents auntie tu...
alahai comelnya AuntieYan, rasa nak cium pipi.*kat gambar waktu kecil ni la*
Ima, sesuatu yang dah lama akan membawa nostalgia...memang terharu dan rasa sayu...see, how my father macam nak pujuk Auntie yang nampak takut je...
tg@zfa, hemm...masa tu Auntie tak tahu apa pun.Orang dolu-dolu, jarang sangat yang ada kamera sendiri, so kena tangkap gambar kat kedai.Ramai kenkawan yang macam heran Auntie masih ada gambar lama...isyy...gambar Auntie umur 6 bulan pun ada...gambar umur setahun pun ada...
anak dagang, budak kecil memang le comel...la dah tua...masih comel, macam anak badak!
Post a Comment