Wednesday, December 21, 2005

Duit lagi....

Ada yang komplen kata entry yg. lepas tu fontnya kecik beno? ye ke?...apasal kat PC Auntie ni ok je...tak pe kali ni Auntie akan tukar ke font yang asal.
--------------------------------------

Auntie belum habis lagi dengan kesibukan.Kat ofis , sibuk dengan kerja, kat rumah sibuk dengan tak habis-habis lagi mengemas barang.
Nampak gayanya kena cuti lagi pada hari Jumaat ni. Nasib baik cuti masih banyak lagi, pendek kata kalau nak pi buat Umrah pun masih mencukupi . Hari Isnin lalu pun Auntie dah cuti.

Banyak pulak urusannya bila nak pindah ni rupanya. Memula kami menuju ka Pejabat Pendidikan Daerah Kajang untuk dapatkan kelulusan sekolah untuk Jim. dari Sekolah Menengah Yacoob Latif , Kuala Lumpur ke Sekolah Menengah Jalan Tiga Bandar Baru Bangi.

Alhamdulillah, telah diluluskan oleh PPD. tanpa masalah. Yang heran tu masa Cik Din pegi pada bulan Oktober dulu untuk bertanya, bukan main lagi pegawai dekat kaunter tu...kata susah le nak dapat sekolah tu, ramai le, dah penuh le...sekolah kawalan le...akhirnya suruh datang lagi 2 minggu sebelum sekolah di buka. Tu yang kami pergi hari Isnin tuh. Cik Din ajak le Auntie temankan...kot,kot..ada apa-apa argument, dia suruh Auntie saja...(bini dia yang terkenal dengan garangnya...grhhhh!!)
Sekolah memang ada beberapa buah, yang satu memang sekolah kawalan....nak masuk situ, kalau Ting.1...at least UPSR kena 4 A, kalau PMR pun gitu jugak le.(Sek.Men.Jalan 4...so Wynn, you can apply for Ayin and Fais) Sekolah yang Jim dapat ni dekat dengan rumah saja, boleh jalan kaki.
Bab sekolah ni belum jugak berakhir.Auntie pergi pulak register kat sekolah baru tuh dan dapatkan list buku....Adoiii! buku teks saja RM175.50, buku tulis berbagai RM 92.50, Yuran berbagai RM 75.00...hemmm tu sorang anak je....

Balik rumah, Auntie pun check le dengan buku-buku teks yang telah digunakan oleh Amir & Anja dulu...cis hampeh!...satu pun tak leh guna...semua kena beli. Nasib baik le uniform, kasut dan beg sekolah dah ada. Banyaknyaaaa duit terbang diakhir tahun ni. Tu nak masuk rumah baru yang lama tu macam-macam le kena buat....tengok segala suis dan plug semua kena tukar baru, yang rosak, yang kopak, yang tak leh guna....nak kena pasang kipas...tengok grill & gate...ahhh...dah berkarat & macam dah reput je....ooooi semua minta duit tu...

Memang pening dibuatnya.

Tak boleh nak memblog pepanjang...takat ni dulu. Esok-esok kita sambung cerita.

19 comments:

Anonymous said...

yeaahhh.....no 1 lagi...!!!

lagi besau gaji,lagi besau belanja. pi mai pi mai..tang tu jugak.

zaman saya sekulah dulu, sume free sbb ada status ANAK YATIM, mak plak fulltime housewife. malah ada sekali cikgu cakap, "cL, awak dah dpt banyak sangat bantuan. boleh tak bantuan yg ni kita bagi kat orang lain?"

saya OK saja. lagipun masa tu beg sekulah dah cam tabung arnab, penuh dgn duit syiling 10sen. kakak kasi sepuluh bijik syiling 10sen sehari, saya belanja 2 bijik je sehari....

itu dulu, skrg apa yg kita dpt beli dgn 20sen???

ngeh ngeh ngeh....

Sya said...

20 sen... uwwaaaa. tadi baru dengar radio ayam naik 20 sen sekilo ..... uwaaa.. auntie yan saya satu pun beli lagik utk anak sekolah.... tunggu gaji bulan ni baru nak beli...

AuntieYan said...

cl : sekarang 20sen, nak masuk toilet pun dah tak leh...
------------------------

sya : hemm, ayam naik lagi, nampak gayanya kena paksa anak-anak belajo makan ikan. Auntie, setiap minggu memang banyak beli ayam...depa tak makan ikan.
Sya, Auntie ingat macam sya jugak le...nak beli buku tunggu gaji bulan depan.
-----------------------

lady_bugs :laaaa...apasal sekarang baru tinggal jejak...jangan bimbang Auntie ni orang yang ramah-tamah.
Aik...Lady_bugs pun tinggal kat Bangi jugak ke? Gayanya macam ramai jugak rakan blogger orang Bangi.
Errr...sekolah Jalan 3 tu glamor?..tak tahu pulak. Patut le kenkawan kata susah nak sekolah kat situ. Ada kawan Auntie tu sampai bawak surat rekomen ADUN baru dapat anaknya sekolah kat sekolah tu. Auntie dok pikir kalau tak dapat Auntie nak jumpa Karam Singh Walia!

MA said...

Saya beli buku berperingkat-peringkat KY. Kalau beli sekali gus - makan bubur dengan ikan bilis ler gamaknya saya anak beranak :-)

oren said...

ada sorang offismate nih, anak baru masuk sekolah rendah (2 org) tapi buku teks dan buku latihan saja dah rm200..tu belum masuk baju sekolah, beg, kasut, stokin, alatulis..blaa...

Anonymous said...

anak saya baru sorang je AY. kat office ni rata2 kata kindergarden lagi mahal dr sekolah biasa...Since anak pun lagi setahun nak msk kindergarden saya dah start survey yg dekat2 dgn office ..perghhh rata2 fee aja dah RM800++ bulanan RM 200++ tu belum yg sampingan2..aduhh duhhh duhhh...nanti masuk sekolah bebetul lain pulak....ni baru anak sorang saya dh pening kepala bagai..kalau org yg anak 4-5 org tu camna yer...betullah tu org kata lagi besar gaji bertambah besar jugak keraknya.....

aNIe said...

Seb baik lady ni anak yang bersekolah tinggal sorang, sorang lagi baru nak masuk kindergarten..yang dua tu kat Kolej...jadi yang hubby kene siapkan 2 org tu aje...yang lebih mahal sikecit tulah...pendaftaran je dah lebih rm500...bulanan rm130 kalau dgn transport rm150...semua sekarang pakai RM je ye auntie...nasib baik masa raya tu tak raya sakan...kalau tak mau menggaru kepala bila bukak sekolah...

Jubeiz said...

sekolah tak bagi pinjam ke buku-buku teks tu?

AuntieYan said...

Mak Andeh : ...satu idea yang bagus..beli peringkat-peringkat.nak buat cam tu jugak le...buku teks ni pun satu hal jugak...kalau tanya anak-anak, depa kata bukan guna sangat pun.
----------------------

Oren : Memang betul...kat sekolah rendah pun nak bayar itu ini dah main ratus-ratus...apa lagi sekolah menengah. Yang anak ramai tu camna le agaknya ek?...
-----------------------

edryna: Kindergarden pun tak kurang jugak hebatnya.Mungkin memasing nak jaga status, lagi mahal bayar, lagi tinggi statusnya.Kalau ada tadika KEMAS ke anto kat situ je....kalau budak nak pandai kat mana pegi pun dia pandai..tapi..ye le...orang berduit takkan nak pandang tadika KEMAS atau Tadika Perpaduan...ya tak?
---------------------

Kak_lady :Auntie pun tinggal sorang bersekolah tu...tu pun dok pening-pening lalat, kebetulan pulak sebab nak pindah rumah, macam-macam perlu dibuat.Alhamdulillah le Auntie ni yang bergaji ciput sentiasa beringat.Auntie selalunya akan ketepikan 2, 3 puluh sebulan....bawah lipatan kain ke, dalam laci kat ofis ke setiap bulan sehingga tahun berakhir baru pi check tengok duit tu....ha, duit tu le dok menampong buat belanaja buku-buku.Selain dari tu Auntie buat juga potongan gaji untuk simpanan anak-anak sekolah...bila tak cukup gi korek le...;-)...tu, yang lega sikit tuh...
-------------------

Jubiez : Hai orang muda, lama tak muncul? ingat lagi dengan Auntie ...:-)
Sekolah memang akan keluarkan borang untuk dapatkan pinjaman buku teks, tapi ada le pulak syarat...gaji ibu-bapa mesti kurang RM1000/ sebulan.Kenkadang bila dipikirkan....isyy...rasanya dah kurang beno orang kita berpendapatan kurang RM1000 nih...tukang sapu kat ofis Auntie pun bergaji RM600, habis kalau suami dia jugak gaji RM600...dah lebih RM1000 tuh...patut depa naikkan le...akai takde depa nih??

Anonymous said...

kita serupa. tenant lama umah kami tu buat umah tu mcm tadika + zoo. abis dinding kena cat semula, pintu dia berlobang2. nak pindah umah tu fulus berterbangan utk make up semula.

Bergen said...

Thank you for dropping by me blog, Auntie Yan. It's good to have you. Have a nice day, ma'am.

AuntieYan said...

Ondeonde: hemm kalau tak bersiap dari awal memang parah. Sebenarnya macam uniform baru tu tak perlu beli banayk. Auntie selalunya beli sepasang je dulu, habuan anak-anak nak pakai on the first day....supaya semangat le almaklum pada hari tu boleh dikatakab semua pakai yang baru.
------------------------

sofhib : kena ambil masa tu nak repair apa yang patut. Bila nak pindah tu?
-----------------------

Bergen : Rasa cam makcik omputih pulak when said "maam"...;-)

Thanks.
----------------------

AuntyN said...

Kak Yan, duit dah habisssssss!!!!. Nasib baik duduk kat kampung ni ada jugaklah sayur boleh tanam kat belakang rumah etc.
Barang2 sekolah anak2 pun belum beli lagi ni.3 org tu semua kata beg sekolah nak yang baru. Nasib buku min recycle je tu. Dah tu yuran Kak Long lagi hu hu hu.

Sorry ye, kat sini pulak tempat lepas gerammmm no?? :-)

AuntieYan said...

N, tak pe le...sama-sama kita lepas geram..ikut budak-budak, kalau boleh semua nak yang baru...Eh, Kak Long tak dapat PTPTN ka?
--------------------

Anonymous said...

nak pindah senornya sblum cuti sekolah abis, tapi tak sempat abiskan make up mender2 yg wajib jadi postpone ke CNY sbb ada cuti panjang kan.

Anonymous said...

kalau tak dpt PTPTN, ble apply PPRT

hehehheheee....

Anonymous said...

Semuga kekanda diberi kebahgiaan dan keberkatan dirumah baru.

adinda

Queen Of The House said...

Auntieyan ... In my case, I think sorang anak kena allocate about RM 500 for books, fees, uniforms, shoes, etc. I have 3 in school .... adoilah! But for the youngest in kindergarten, kena allocate the most. Tahun ni 4th year (and the last)in kindy. Nasib baik dapat bonus hujung tahun, kalau tak, kena makan bubur jugalah, macam kata Mak Andeh :(

AuntieYan said...

Sofhib, ikutkan hati nak 'make-up' rumah ni memang tak habis.Pindah randah ni memang penat! Elok packing barang dari sekarang.
---------------------

cl : PPRT?...hemmm tak le seteruk tu lagi kot....

---------------------
Roh AdieJin : Ahhh! rindunya kanda pada gurau senda dan usik mengusik adinda...tetap jadi ingatan. Insyaallah satu hari dapat ketemu juga.
Ya, memang rasa bahgia ditempat baru, rumah sendiri.

p/s : rajin-rajin lah drop-by.
----------------------------

QOTH : ya, betul tu, satu anak kena budget lebih kurang macam tu lah...sib baik Auntie anak tak ramai...dan jarak antara satu pun agak jauh, sempat le bernafas. :-)