Friday, December 16, 2005

Guilty

Dah masuk seminggu Auntie tak up-date blog. Dah ada orang 'sound'....ada ke patut dia kata Auntie dok dalam pantang??...nak kena budak nih!

Memang sejak minggu lepas Auntie tersangatlah sibuknya. Gitu le ofis Gomen kalau ujung tahun.Pada minggu-minggu terakhir tu akan datang claim mencurah-curah yang terpaksa disettlekan dalam masa beberapa hari je, malah ada kalanya mesti diselesaikan dalam masa beberapa jam.
Dalam pada kita dok sibuk nak siapkan semua tu, telefon pulak sama naik berbunyi bersahut-sahutan...semua nak tanya samada boleh dapat payment atau tidak sebelum tahun baru. Dah tiga hari berturut-turut bebudak kat ofis ni buat kerja sampai jam 10.30 malam, depa claim overtime....nasib baik le bos tak suruh Auntie jugak stay sampai malam...

Tak tahu kenapa sejak dari dulu lagi, Auntie akan terasa tersangat 'guilty' kalau tak dapat sediakan makan kat rumah.Kalau tak buat b/fast rasa guilty, kalau tak masak untuk dinner rasa guilty...habis cam mana nak stay sampai jauh malam nak buat kerja ofis tu...Ampun saja lah...

Hari ni Auntie agak kelam kabut jugak. Bangun terlewat sikit gamaknya. Malam tadi tidur lewat, sibuk mengemas kain baju masuk dalam kotak. Cadangnya by 24 haribulan nanti kami akan pindahkan habis barang-barang ke BBB. Bulan Januari nanti dapat lah Auntie claim semula elaun rumah yang selama ni Auntie tak pernah rasa di sebabkan duduk rumah Gomen.

Selalu pukul 5.00 pagi dah terpacak kat dapur memasak untuk b/fast. Hari ni cuma sempat buat jemput-jemput bilis saja...kesiannn anak-anak Auntie...kena makan jemput-jemput je. Maka terpaksa Auntie tinggalkan RM5 seorang dan pesan suruh depa beli nasi ayam tengahari nanti...Maknya mungkin akan melantak beriani kambing bersama member bersekutu si Mak Andeh. Tu yang dok rasa guilty tu...oklah kan...dah kasi anak duit untuk beli makanan.

Cuti-cuti sekolah ni agak haru jugak.Anak-anak remaja Auntie tu sibuk dengan aktiviti membuang masa....melepak saja kerja nya. Pepagi dua beradik tu habiskan masa menonton Channel 16...vidoe lagu-lagu...Auntie tak berapa berkenan dengan video clips lagu-lagu mat saleh ni....ntah apa apa ...mengarutnya...ada sesetengahnya dengan aksi yang agak menghairahkan, tak senonoh!...habis nak buat camno, Auntie kat ofis, depa kat rumah.Nak dibebelkan sangat pun tak sesuai le pulak.Dulu jaman Auntie muda pun suka dengar lagu jugak, siap hafal segala lirik...ini masa dia orang pulak. Kenkadang rasa kelakar juga bila terdengar dua beradik tu turut sama menyanyi...suara dah garok!...almaklum budak remaja baru baligh!

Lagi dua minggu sekolah akan di buka. Jim nak naik tingkatan 2. Hapah satu pun belum Auntie sediakan untuk persekolahannya. Pertama sekali, Isnin ni baru nak buat pertukaran sekolahnya. Dulu Cik Din dah pun pergi ke Pejabat Pelajaran Selangor kat Kajang tu, pegawai kat situ kata datang lagi dua minggu sebelum sekolah dibuka baru boleh dia tetapkan sekolah untuk Jim...risau jugak takut tak dapat sekolah yang paling hampir dengan rumah..isyy.. Tahun ni gayanya uniform sekolah dah tak perlu di beli baru, Jim boleh pakai baju & seluar Si Amir.

Si Amir pulak akan bercuti panjang sehingga result SPM nya keluar nanti.Mungkin juga nak carikan part-time job untuknya..Hemmm, dia ni malas yang amat...tak tahu apa kerja dia boleh buat. Auntie cadangkan suruh dia jadi 'cleaner' je....menjerit-jerit dia memprotes..;-) " mana ada standard orang hensem jadi cleaner"...perasan dialah tuh...*wink*
Hemm...kalau si Amir ni pompuan sure boleh Auntie ajar memasak dah. Anyway, depa dua beradik ni setakat masak air, goreng telur, masak maggie dan burger tu dah lulus le. Tengok le nanti, mungkin boleh anto dia belajar komputer atau pun pergi kelas motivasi ke.

12 comments:

MA said...

Member bersekutu dah ready dah nih :-)

Tak apa - anak bujang sempoi. Duit RM 5 tu boleh beli maggi 50 sen, belen depa beli CD game.

* kalau anak I ler..*

Sya said...

auntie.. sya ni dulu tiap pagi bangun masak, sarapan.. lunch dan kalau balik lewat tu siap utk dinnner, masa ada X ler, lepas dia tak der.. keja masak memasak ikut dan and mood, kalau tak pass pada maid.. bila tak der maid dan anak2 lelaki dan pompuan lak jadi mangsa, tak pun bagi duit ajer cam auntie buat. Tapi sejak adik dan anak2 dia dok sama.. sya ni kol 5.30 dah tercegat depan fridge berfikir nak masak apa agaknya... yerlah takkan nak diberi anak kecik makan masakan remaja.

AuntieYan said...

Betul tu Sya...kita rasa bertanggungjawab.Kesian jugakkan? kalau tak kita sapa lagi....kalau duit banyak boleh saja hari-hari order kat restoren..;-)

Insyaallah, penat lelah Sya tu nanti akan dapat balasan dari Allah, mungkin kita kurang duit ringgit, tapi mungkin kita dapat lebih ketenangan jiwa.

AuntieYan said...

MA :...hemmm apa kurangnya anak KY ni....kita suruh depa beli makanan yg. sedap, depa beli roti manis je....yg. belen beli benda *merapu..
*CD games, CD lagu mat salleh, ikan laga, kekura!

oren said...

Tu lah pasai..ingatkan kena pantang sampai 44 hari gak..ekekeke..

guilty? tak jugak kut? sebab saya dah siap2 beli semua brg basah taruk dlm fridge, pandai2 la en Ayah masak nak bagi anak dia makan (kalau saya keja malam atau attend kelas..)

La nih tak leh sama cam jaman dulu..dulu ibu duduk rumah saja, tapi la nih ibu pun kena keluaq pi keja, so beban rumahtangga tu kena la jugak share..(ini yg saya tekankan kat hubby)

AuntyN said...

Asyik-asyik Kak yan je yang dapat belanja tu. Ni susah duduk jauh ni. :-)

Baik2 jalan dan makan tu. Ingat sama hari ni hari JUmaat, jangan banyak sangat anyam ketupat tu. Amboi, amboi depa. Lepas makan tu sila o sila habaq sikit kat cek no ..... hehehehe.

Anonymous said...

saya mmg jarang masak AY walaupun dah kahwin coz duduk dgn. mak lagi. so she do the cooking. anak2 balik kerja just makan je..
video clip lagu2 barat tu pun saya tak pekenan nak bukak coz anak baru 2 thn 9bln takkan nak dedahkan dgn video clip yg kebnykkannya 18SX..

AuntieYan said...

Oren : Betul, beban rumah tangga kena share. Sebagai ibu t/jawab kita adalah mendidik anak-anak.Kita kena dekatkan diri dengan anak-anak bukan setakat dok baca bed time stories je....mak Auntie jugak ibu jaman dulu tapi dia seorang ibu yang bekerja, alhamdulillah, dia berjaya menguruskan makan minum kami adik beradik sebaik ibu yang tak bekerja....;-)

--------------------
N : alhamdulillah, kami dah selesai sessi makan nasi beriani kambing...sedapppppppppp!!!! tak pe, lain kali N datang KL kita boleh makan dont' worry....tapikan nasi kadaq lagi sedap noooo...;-)
---------------------

Edryna : Wah! sangat bertuah...msih dapat makan masakan emak setiap hari...Jangan lupa belajar masak darinya sementara dia masih ada.

Anonymous said...

ammmmppooonnnn makcikkk...saya bergurauuu je tuuuu. jgn ambik ati iyerr....

cL ni kan kalau tinggal jejak bagey tinggalkan bom ledak. cukup jam meletop...kedeBOOMMMm....tapi sebagai seorg rakyat malaysia yg tegar (baru buat myKad 2 hari lepas), cL kalis bOOOmmmMMMM.....

ni makcik yan, saya pun seminggu ni asik dpt call dr opis gomen ja, pastu dpt fax. isi semua sama....."kami memohon kerjasama puan untuk mengemukakan bayaran *tot* pada atau sebelum 30 Disember 2005".

kitorg prebet pun tutup buku gak by 31/12/05 ni nanti tapi awat saya free manjang nih??? duh.....moskel!!!

atenah said...

awat kecik sangat font? jenuh saya dok teropong

aNIe said...

Auntieyan terasa guilty sebab rasa bertanggungjawab...isteri & ibu mithali tu...mcm saya dulu masa dok umah mertua..mertua tu tak sihat & tak boleh masak...hari2 saya siapkan semua kerja rumah memasak, mengelap, membasuh, memandikan & menyiapkan anak sebelum ke tempat kerja...nasib baik tmpt kerja dekat (naik basikal je) & boss yang bertimbang rasa...termengah2 kayuh basikal sebab selalu terlambat..

AuntieYan said...

cl :...aikkkk, awat?..macam terasa pulak. Isy..don't worry, makcik tak marah...:-)

-------------------

tenah : Lo, kecik ke font ni?...rasa ok apa..kalau kecik lagi, makcik pun takleh baca jugak.
--------------------
Kak Lady :...amboi! gambo tu mengancam.Boleh ajo camna nak boh gambo tu?

---------------------
Wyn : Dah dapat dah.Sekolah Men. Jalan 3...so, dia boleh pi jalan kaki saja. Kalau budak lepas PMR, result bagus, boleh minta Sekolah Mne. Jalan 4. sekolah kawalan tuh.Macam sekolah asrama penuh tu , cuma bebudak duduk kat rumah sendiri..