Monday, December 05, 2005

Nostalgia.

SPM dah tamat untuk anak Auntie Si Amir pada 2hb. Disember lalu. Semoga dia berjaya, at least , kalau boleh dapat dia lanjutkan pelajarannya lepas result nanti.Kami pergi menjemput dia dari sekolahnya pada hari itu. Kalau ikut kehendak dia, dia nak balik sendiri naik bas je, tapi kesian le pulak nak menggendung buku-buku dan jugak beg kain baju.

Auntie pun bercutilah pada hari Jumaat tu (2/12/05) Pagi lagi kami dah berangkat dari rumah. Lebih kurang pukul 7.20 pagi. Paper Amir habis pukul 11.00 pagi, kami nak sampai ke sana lebih kurang jam 11.30 pagi.
Alhamdulillah, kenderaan tak banyak. Perjalanan pun aman saja.Kami berhenti kat hentian Sg. Perak, minum teh dan makan nasi lemak.

Sampai sekolah Amir tepat jam 11.30 pagi. Sampai je kawasan sekolah, riuh rendah suara bebudak yang baru habis kertas SPM terakhir mereka. Kat kawasan kantin penuh dengan beg-beg dan jugal lain-lain barang. Masing-masing dok tunggu mak ayah untuk menjemput. Wajah masing-masing ceria, maklumlah exam dah selesai hanya tunggu saat-saat nak berjumpa kaum keluarga.

Sungguh cepat masa berlalu. Auntie rasa macam baru sangat lagi Auntie menghantar Amir masuk ke sekolah ni, kini dia dah pun selesai menghabiskan tingkatan 4 dan 5.
Hanya 5 minit menunggu kami dah nampak kelibat Amir menggendung beg dikiri kanan tangannya sambil tersenyum ceria. Bila di tanya macam mana exam...selamba je dia jawab...entah le...boleh tahan jugak....apa yang boleh tahan Auntie pun tak pasti, boleh tahan senang ke? boleh tahan susah?...malas nak tanya bebanyak, walau macam mana pun semua dah berlalu. Hanya berharap yang terbaik.
Siap semua barang dia masuk kereta, kami menuju ke rumah mak Auntie yang hanya 5 minit perjalanan dari sekolah Amir.
Rumah sunyi je. Tingkap depan bertutup rapat. Hemm..rupanya mak dan adik Auntie masih sibuk di dapur.Memang mak Auntie lebih banyak masanya di dapur, walau pun dia terbongkok-bongkok, kerja dapur dia masih nak buat sendiri. Mak Auntie sibuk memasak pulut dan rendang, bila ditanya untuk majlis apa, dia kata dia buat untuk hari jadi adik Auntie Cik D (Cik Di sambut b/day yg.ke 37 pada 1/12/05).....gitu lah mak Auntie. Cik D kat KL. Pulut tu dia suruh Auntie bawak balik ke KL untuk Cik D....mak, mak.....:-) Cik D anak bongsu yang masih bujang trang tang-tang....anak manja mak dan adik manja Auntie :-)

Kami tidur semalam di rumah emak. Hari Sabtu lepas lunch kami pun balik semula ke KL. Tinggal le mak dan adik Auntie serta dua orang anaknya.Masa bersalam dengan mak, mak Auntie menangis dengan hiba...katanya " aku sedih tengok hang dok sakit...hang muda lagi...aku dah tua patut le dapat sakit pun.." Isy....mak ni buat orang sedih le pulak.

Sampai lebih kurang pukul 5.00 ptg. Cik D dah sedia menunggu kat rumah, rupanya mak dah telefon dia suruh tunggu pulut dan rendang b/day ;-) mak pesan kat dia, kena makan cepat takut basi.
Pulut dan rendang hasil masakan mak yang dah 77 tahun tu memang sedap...

Hari Ahad kami gotong royong kemas barang. Banyak le khazanah yang
di buang. Antaranya satu almari buruk dan satu gas stone yang dah berusia lebih drp. 24 tahun....koleksi masa baru kawin dulu.Sayu le jugak nak buang,tapi nak simpan pun dah tak memberi apa-apa pekdah lagi selain drp. nostalgia. Kalau nak di simpan barang nostalgia ni mau tak cukup rumah dibuatnya. Auntie rasa lega, banyak barang dah di kemas. harap-harap bila cuti Krisma nanti kami dapat tinggalkan rumah nostalgia di Jln. Cochrane tu. Hampir 17 tahun Auntie kat rumah ni....apa pulak tak nostalgianya kan?

17 comments:

Pnut said...

terharunya dengan usaha mak kak yan dok masak rendang dan pulut utk anak dia...bagusnya...

orang tua macam tu la, mak mertua saya pun macam tu, meraikan anak menantu..

Queen Of The House said...

Kak Yan, mak selalunya macam tu kan? Sampai anak yang dah besar panjang pun dia layan macam kecik. A mother's love knows no bounds.

Selamat berpindah .... but don't over-exert yourself tau :)

AuntieYan said...

p-nut,
Gitu le mak Kak Yan. :-)
--------------------

QOTH : :-) kita pun mak-mak jugak kan? Agaknya kita pun cam tu jugak tapi kita tak perasan...he!..he!

Anonymous said...

aku saspek mak aku pun ada masak nasik pulut arini tapi bukannya ada rendang pun. bis tu nak makan ngan aper? gula??

Arena said...

Aunty,

Memang gitulah mak-mak nih. mak arena pon gitu. Kadang2 tu sian tengok dia penat. Tapi dia happy tengok anak cucu dia makan masakan dia kot. lagi kalau sumer anak cucu sebok muji masakan dia..hepi sangat dia.. mak mentua arena pon gitu..

aNIe said...

alamak auntieyan....bestnya...masih ade mak & dpt merasa masakannya....lady ni mak dah takde..dah tu mertua pulak dah lamer tak memasak...sakit kaki...tak boleh memasak...tu lah kan ...kasih syg ibu ni hingga ke akhir hayat...

meandbaby said...

Oh! auntie dok Jln Cochrane rupanya...mmg nostalgia tpt tu..tpt jatuh lg dikenang..rasanya Jln Jarrett yg saya duduk dulu tu rumahnya dah banyak roboh..ye tak? masa saya darjah enam saya tuition kat Jln Nakhoda Yusof..tak tau le wujud lg ke tak rumah kt situ..dh bertahun tak jejak kaki ke sana..still ingat lg bentuk rumahnya..selamat berpindah..nanti berjiran ngan auntie Wynn ye..jgn keje kuat-kuat nanti sakit lutut..

MA said...

Kak Yan : dah lama tak makan briyani *wink-wink*.

AuntieYan said...

Onee : Auntie yg. sebenarnya tak berapa minat sangat dengan pulut, makan jugak, tapi tak le beria sangat. Kalau lemang, langsung tak boleh makan, tak tahu pulak pasai apa?:-(
-------------------

rojakbuah:...siannyaaa...dah terliur pulak dengan pulut. Kata orang pulut ni elok....orang Siam comel-comel sebab makan pulut...betul ke?..
------------------

cl: Pulut, kalau tak makan dengan rendang pun boleh jugak di makan dengan sambal tumis bilis atau uadang, sedap jugak....makan dengan gula? tak pernah le pulak...mungkin orang Kelantan boleh makan dengan gula...
--------------------

Kak Lady :...Alhamdulillah, Auntie masih ada mak.Dia memang tersangatle rajin kedapur...kalau boleh dialah yang nak memasak, apa lagi kalau anak cucu balik berkampung.Masakan orang tua memang sedap walau tak secanggih masakan orang sekarang. :-)
------------------

Meandbaby :Ya, Auntie dok kat situ...rumahnya memang besar..tapi rumah lama jaman British dulu...:-)
Kebanyakkan rumah-rumah kat Jln Jarret dan Jalan Nakhoda Yusuf tu memang dah di robohkan. Dah ada projek jalan kat situ.
---------------------

Andeh :...ya...jom!...briani kambing??...;-)

Sya said...

wah auntieyan kat Cochrane... dekatnya ngan tempat keja sya.. leh tenguk dr PGRM ni..

AuntieYan said...

Sya, ofis kat PGRM?...laaa...dekat sangat tu dengan rumah Auntie, dekat dengan JJ pun.Hemmm...ingatkan Sya kerja kat Putrajaya. Jauh tu Sya travel dari rumah tiap pagi...

Sya said...

Kat Cheras ni ajer.. memang ulang alik naik erl dan lrt sampai Maluri tiap pagi.

Leyla Shuri said...

Kak yan,
Kalau tinggalkan tempat nostalgia masih boleh tahan lagi tapi kalau tinggalkan orang nostalgia, boleh nak rak setengah mati (walaupun sementara saja).

anggerik merah said...

AuntyYan, kaki dah baik ke? AM selalu baca entry tapi tak tau apa nak comment.

AuntieYan said...

Halela :...betul tu...nak tinggalkan 'orang nostalgia'...ahhh...lagi lah rasa sayu...:-)...sapa tu yang nostalgia bagi Lela?
-----------------

Anggerik: Memang susah nak baik sakit lutut macam auntie nih...sabo je lah....makan ubat dan exercise je....Thanks. ;-)

Leyla Shuri said...

kak yan,
siapa lagi orang nostalgia dlm diri saya kalau tak Pak kudaka.
Kita sama-sama mendaki gunung kehidupan yang susah dan perit dan kita sama-sama beruban di kepala.

Anonymous said...

Jln Cochrane? I went to primary school kat Jln Pasar. School bus from home to school akan round2 area Cochrane, Peel & kawasan sekitar tu.. *nostalgic kejap!*

And there I saw Jln Laxamana, which I thought the ever-correct spelling for Laksamana. Failed ujian ejaan BM kat sekolah! :)