Dah lama Auntie tak cerita pasal . Anja, anak manja Auntie yang sulong tu. Last weekend dia datang bermalam, setelah sekian lama dia tak muncul.Last sekali dia datang lepas Hari Raya Haji. Sungguh pun gitu, boleh dikatakan setiap hari dia akan hantar SMS kat Auntie. Auntie pulak call dan sembang sedikit sebanyak dengan dia.
Anja dah tinggal dengan kenkawan dia sejak Februari tahun lepas. Kami pulak pindah ke BBB pada Krismas lalu. Dia ni sibuk memanjang. Sibuk kerja dan sibuk dengan football dan futsal tournament . Dia main mewakili syarikat tempat kerjanya. Dah hampir 4 bulan tak masuk ofis, pagi, petang siang malam dihabiskan dengan bermain bola atau footsal saja. Tiba weekends ada perlawanan. Anja kata bukan main sesaja..ada elaun itu ini...at least boleh tampung gaji dia yang ciput tu. Auntie tak kisah, janji dia happy dan boleh hidup berdikari. Memang dia ni sangat independen. Cari kerja sendiri, pergi interview sendiri...banyak perkara dia selesaikan sendiri.
Bebaru ni Auntie terkejut juga, bila telefon dia, dia kata dia MC 2 minggu. Dia cedera semasa main bola dan kena operate lututnya. Minor saja katanya.Langsung dia tak bagi tau Auntie atau pun ayah dia.Dah selesai dan dah baik baru cakap. Bertuah punya budak.
Anja sampai rumah pada subuh hari Sabtu.Malam tu dia call kata nak datang tapi akan sampai sekitar jam 3.00 pagi.Terkejut Auntie dibuatnya.Apasal subuh-subuh baru nak sampai??? jauh beno ke KL dengan BBB ni? Tak...orang nak main futsal jam 11.00 malam. habis tu gi makan dulu, baru balik.....hemmm bertuah!...bertuah... budak muda jaman sekarang. Kalau mak Auntie dulu dia kata, time subuh macam tu adalah time langsuir ( species hantu) nak balik masuk sarang dia......
Mana le Auntie tahu. Katanya lagi jauh malam lagi seronok bersantai kat luar...orang Kl ni tak suka tidur malam gamaknya.
Hemmmm....Allah jadikan malam untuk kita istirehat dan siang untuk mencari rezeki..Tapi kini dah jadi tunggang langgang...rehat waktu malam, siang tidur....
Eh...siang kita kerjakan? habis kalau dah berjaga sampai subuh macam mana nak kerja???
Kerja sambil tidur atau tidur sambil kerja....hemmm....
19 comments:
bisutulibuta:...tak komen pun tak pe.....dah mai tu kira macam dah ambik attandence le....terima kasih sudi datang.:-)
kak yan.. anak lelaki kalau tiba [agi gitu tak le risau sangat kalau anak pompuan risau sangat kot.
Baca jerlah..ni kira macam tulis attendance jugak le yer..
sebenarnya syok makan odd hours ni...tapi la ni mamarock dah tak larat nak buat gitu lagi...dah berumoq la..hehehe, so i treasure my sleep now. bebudak lelaki ni, tak tidur malam pun tak pe, janji happy :)
Sya:..anak lelaki pun tetap risau jugak. Dia punya risau lain le...risau takut bergaduh ke, kena pukul ke....buat tak senonoh kat anak dara orang ke...dadah...ohhh...Nauzubillah!!!1
------------------
En.Phinisi :...attendance dah dicatat. Tak pe...baca pun dah ok...bukan semua kita boleh komen...ada tu kita setuju sajakan.Harap tak jemu datang, walaupun tak de yang menarik.:-)
---------------------
Mamarock: Sebab syok le bebudak tu tak sedar hari dah bertambah larut malam. Malam ni seronok mungkin sebab sejuk dan nyaman je...AY, jaman muda dulu tak berani nak keluar malam...nanti kena panjat pagar pulak. Makcik tuan rumah dah warning...pagar akan dikunci jam 10.30 malam.Lepas tu sila panjat pagar ye?...:-)
Kak Yan dia ber"siang" sebab benda yang sihat (futsal etc) tu tak pe, Jangan jadi mat rempit dan sewaktu dengan nya sudah lah. Tapi Anja ni OK tu, walaup duduk sendiri ada jugak dia sms kakyan bagi tahu activity dia tu.
Bila nak cari menantu? hehehe
N: walaupun dok SMS tu risau gak...takut dia kelentong je...;-)
Menantu???he..he...biaq dia cari sendiri le.Kalau KY cari, nanti tak sesuai dengan jiwa depa pulak.
.............
Kak Yan : dah lama nak tanya tapi asyik terlupa aje. Apsal nickname dia " Anja " ? Short for "Manja" ke ?
Dah besar-besar ni - sure dia tak bagi panggil Anja kuat-kuat kat depan orang ramai, kan ?
Ya, nickname dia tu...tapi tak le selalu panggil macam tu...kalau depan orang panggil nama dialah, Si Amir, nickname dia Ayang, dan Jim pulak, Baby....semua ala-ala pompuan ...depa tak suka, tapi KY selamba je panggil cam tu....nyakat!!! sukaaa...:-)
kak yan, orang KL memang tak tido malam, tambah malam minggu.. hantu langsuir yang takit kat depa.. hehhehe
mmg independent btul anak bujang auntie yan tu yea... pi operation pun, biar pun minor tak habaq kat mak dia... hehe nonie yg dah nak jadik mak orang nie pun dok menyenyeh jer kat mak, abah... kenkadang pening2 demam sket pun tepon ngadu... eheh rasa ngengada plak, tapi dah mmg biasa camtu nak buat camna :)
Zar:...amboi! lama tak dengar kabo berita...apacam NRE bagus ka?...Pengerusi Puspanita yang baru tentu hebatkan?...glamer!!!!
Kalau datang HQ NRE tu...singgah le pajabat Kak Yan seberang jalan je....:-)
p/s:...katanya pun gitule...orang KL memang suka nite life...happenning!
-----------------
Nonie:...anak pompuan manja sikit kot. Tapi Anja ni pun manja juga....bab ngecek duit tuh...:-)
Auntie yang dah tua bangka pun masih lagi bermanja-manjaan dengan mak...ye le...sementara boleh bermanja...;-)
assalamualaikum, Aunti Yan (AY)
sihat ker...? kus semangat punyalah lama x jumpa..raya haji?
tak pa janji dekat di hatikan...
waa...AY 3 anak lelaki acik 3 anak pompuan tapi sumer kecik2 lagik...acik nak anak lelaki lah next insyallah ..so kenalah gi rumah AY..curik sendok hahahaha :)
kak Yan...anja tu mcm anak bujang lady le jugak...tapi di ni masih belajar...kalau pasal bola & sukan ni memang tak boleh pisahkan dari hidup dia...sekarang ni sibuk dgn futsal & ragbi dia...hari tu bahu dia terkehel...tapi dah okay..dia pergi cari tukang urus sendiri...main futsal tengah2 malam...balik jam 2-3 pg...pening kepala lady...trend anak2 muda gitu kot...asalkan diorang tau menjaga nama baik keluarga...alhamdulillah...
Acik :...insyaallah Auntie doakan Acik dapat anak lelaki pulak nanti...:-)
--------------
Kak Lady: memang 'letih' le mengenangkan aktiviti budak muda sekarang.Hati kita sentias kembang kuncup.Kalau dah larut malam tak sampai-sampai ke rumah, mata kita yamg tak boleh nak pejam...depa tahu seronok je...:(
Aaaaaa.. angah suka kerja sambil tidur ehehehe..
ni pun rasa nak tidur ni sebab mlm tadi tak leh tidur sebab anak tak sihat, kejap2 merengek - hidung tersumbat tak leh nak napas..
antie yan pemalas sungguh update blog!!
Angah: anak-anak dah sihat?
--------------
Anon : Amboi!...eloknya bahasa awak????
anak dah sihat alhamdulillah..
Post a Comment