Monday, April 03, 2006

Rambang Mata.

Sejak seminggu ni boleh dikatakan setiap hari hujan akan turun. Dah habis dah musim panas agaknya. Negeri kita yang tak de musim ni tak menentulah...kenkadang kita ingat panas sampai ke petang, turun pulak hujan di tengahari.

Hari Sabtu lalu, sebagaimana yang dirancang, Auntie, Cik Din dan Jim membuat lawatan mesra ke Nilai 3. Amir takmo ikut, so, dia tunggu rumah. Budak bertuah tu lebih rela duduk kat rumah dari pergi ke mana-mana pada hari Sabtu atau Ahad, naknya pulak kalau waktu pagi....sebabnya?...dia ni adalah peminat setia segala cerita katun ngalahkan bebudak tadika. Kalau pagi Ahad dari jam 9.00 sampai jam 12.00...dia sajalah yang tengok TV tu. lepas satu katun, satu katun.....Jim pulak tak minat sangat. Jim hanya tengok Doreamon & Sinchan...Auntie tengok jugak Sinchan...kalau sempat...almaklum waktu maghrib pulak siarannya.
Heran ye.....apasal depa tak boleh ubah time yang sesuai...

Dari rumah Auntie ke Nilai 3 tu rupanya dekat sesangat...rasanya macam dari rumah nak ke ofis saja tuh...munkin jauh sikit je...Ini adalah lawatan kali ke dua...entah berapa tahun yang lalu Auntie ke sana. Dah lain beno dah... masa kami sampai tu masih lengang....parking lot pun banyak kosong. Kedai-kedai pun nampak lebih organise. Yang banyak adalah kedai jual kain....murah-murah pulak tu...rambang mata weh!!!

Dari rumah Auntie dah pasang niat nak beli kain...cadang nak buat baju kurung untuk pakai pergi kerja...orang gomen lah katakan...pesyen apa lagi kalau bukan pesyen kurung tuh. Bila sampai kat sana, dah tengok banyak sangat kain, dah tak tahu nak pilih mana satu...last, last langsung tak beli!!!
Kain langsir pun banyak jugak...semuanya menawan kalbu...:-)..sabo jelah....
Kain tudung pun memacam, tudung Mawi (walau pun dia tak bertudung)...tudung Sarimah....rega, memang lebih murah.

Yang lebih Auntie rambang mata.....ahhh...perabut kayu jati, naik juling mata!!Banyak pulak kedai perabut jati nih..kami dok survey dari satu kedai ke satu kedai...harga memang lebih kurang....tapi kualiti agak berbeza.Nampak gayanya kalau nak pergi kena bawak duit lebih....barangan lain banyak juga....Auntie tak dapat nak tengok semua....tak larat nak jalan.

Nak kena himpun duit dulu gayanya sebelum Auntie melawat sekali lagi.

15 comments:

aNIe said...

Kak Yan...kalau kesana memang mata boleh juling....banyaknya kedai hingga buat kita tak larat nak jalan abis...

Anonymous said...

g sana seronok kalau p dgn geng wanita2 kan. hehehe, saya lum sampai pun kat sana walaupun dekat je nak p

AuntieYan said...

Kak_Lady :Memang tak habis round pun...ada macam-macam...masuk kadai lampu, rasa nak beli lampu, masuk kedai karpet rasa nak beli karpet....sabo jele....:-)
-----------------

Sofhiib: Elok le gi lawat ke sana kalau dah dekat, rasanya lebih dekat dari kita nak ke KL...jalan pun langsung tak jemmed.tapi kalau bercita rasa tinggi...Nilai 3, bukan tempatnya untuk bershopping...Bagi Auntie, Nilai 3 ni ok le...sesuaiii dengan budget Auntie...yang sentiasa ciput ni...:-)

AuntyN said...

Awat lah jauh sangat Nilai3 dengan Penang ni no? Kalau takdah sampai dah berkali2. Ni asyik dok dengar orang cerita je ni. SABAR Je lah!!! :-)

MA said...

Kak Yan : serupa lah dgn saya - pergi 2-3 kali, tgk kain melambai-lambai - haram sehelai pun tak terbeli. Macam KY ckp - juling bijik mata. Apa lagi bawak anak dara sorang ni , banyak sangat songehnya - ini tak nak, itu tak berkenan.

Bawak budak lelaki 2 org tu yang senang. Dapat lah lightsabre sorang satu :-)

AuntieYan said...

N:...tak pe...sekali lagi mai KL, kita ajak Andeh bawak kita ke sana...tak beli barang pun tak pe...kita gi makan saja..laksa dia sedapppp.....:-)

---------------

Mak Andeh :..Kak Yan bernasib baik sebab Jim dah masuk alam remaja...kalau tidak harus habis banyak duit membeli bebarang mainan je...:-)
---------------

Sya said...

kak yan, saya kalau kesana pun sebab jadi driver utk org nak sopping, saya lebih rela dok lepak dalam keta dengar radio dan main sms dr keluar.. banyaknya barang dan ramainya orang boleh buat pening. Selalunya dah tahu apa nak beli dan ke mana nak dituju.. memang tak pernah pergi dr satu kedai ke satu kedai

ety said...

Salam Kak Yan, sedap la lagu keroncong tu, alau anak saya dengar, dia kata terus sakit kepala...bebudak ni tak sentimental langsung! ME x pernah pi nilai 3...dengar jer orang citer, nanti kalau AN dtg K.L nak ikut dia gi Nilai 3.....ada sesapa volunteer nak bawak?

Anonymous said...

Auntie ke Nilai 3 ikut jalan dari Bkt Mahkota ek? kejap je dah sampai! :)

Tokey Nilai 3 ni bijak la jugak. utk pompuan ada kedai kain, utk lelaki ada kedai aksesori kereta :) Dua-dua perabih duit!

Kopi Suam said...

Aunty Yan,
Saya ni nama aje dekat ngan Nilai 3 tu memang tak pernah jejakkan kaki pun..nampak gayanya kena le ikut nasihat Aunty Yan..kena kumpul duit banyak2 dulu.....saya pun gila gak perabot jati ni

AuntieYan said...

Sya: Rumah dekat dengan Nilai 3 ni senang...bila kaum kerabat datang dari kampung, kita angkut je ke sana...tentu depa happy.;-)
----------------

Ety: Lagu keroncong tu....adalah suku sakat yg. tolong bubuh kat sini...harap Kak Yan...heeee....hampeh!!!
Sesuaikan lagu tu dengan usia Kak Yan yang dah semakin senja ni...

p/s: next time N datang, kita ajak dia pergi Nilai. Rasanya..kalau buat Ety...Nilai ni tak le happening mana....kat oversea lagi meriah kan?...:-)
----------------
Cyberdad: Auntie ikut jalan biasa je...highway, sebab kami tak berapa familiar lagi dengan kawasan ni....tu pun tak jauh mana.
Memang betui tu...untuk orang lelaki memang ada beberapa kedai yg. jual eksessori kereta, kedai Bundle pun ada gak tuh...siap duit je....

-------------

Kopisuam:...elok le impun duit...kalau dah ada banyak duit...angkut je...perabot jati tuh...juling! juling mata !....he!!...he!...pergi jangan tak pergi!!!!

maklang said...

Senang je... Kalau tak nak shop tak payah bawak duit!!. Maklang pernah sekali kesana. Kawan2 selalu kata best. Memang banyak sangat choice samapai satu pun tak beli. Bagus gak...selamat duit.

Anonymous said...

Sedapnya lagu keroncong ni Aunty Yan, make me miss Msia so much. Dgr lagu keroncong di musim sejuk gini buatkan sedih lak.

Selamat bershopping bahan perabut Auntie Yan and Happy belated Birthday.

AuntieYan said...

Mak Lang:..he..he...betui tuh...jangan bawak duit..pi cuci mata saja...
Mak Lang, Auntie,...sejak dah tua-tua ni rasanya dah boleh control bab-bab shopping ni, tak le ikut perasaan sangat...lagi pun alhamdulillah rasanya banyak benda dah ada kat rumah tu. :-) :-)

---------------

bisutulibuta:.........:-)

macam pernah ku kenal ya??/
..tapi dimana???
Insyaallah, kanda sentiasa berwaspada...tidak lah hingga tak sedar diri....lagi pun kanda ni bukan le jenis 'berwang'...selalu nak beli apa-apa kena pikir banyak kali...perlu atau tidak.
P/s: Thanks for your concerned.

----------------
Om: hai Om....Auntie baik saja. Jangan sedih-sedih....sampai masa Om tentu akan kembali ke sini...rindu-rindu mai le dengar lagu keroncong ini...:-)

ety said...

Kak Yan, kat oberse tu kira pound-pound!!...( la ni...RM6.70sen = 1 pound sterling!...)cuci mater jer...itu citer lama!...bagi ME tak der yg sesuaiii..(biasiswa cukup makan jer....)tak der piliham macam kat Mesia ni, kalau tak caye tanya Kak Teh!..biasiswa k'jaan ciput jer...