Sunday, May 21, 2006

Berita Sedih, Berita Gumbira.

Auntie tak tahu macam mana nak buat lagi…mungkin PC Auntie ada masalah, bukan Blogger.spot punya problem. Dah puas jugak menggodek sana-sini tak boleh jadi jugak. Tak boleh nak publish. Ni pun kena minta tolong member bersekutu publishkan.

--------------------------------

Auntie ada dua berita untuk dikhabarkan/dikongsi bersama.

1……..berita sedih…..:-(

2……..BERITA GUMBIRA……:-)

Yang sedih, anak Auntie Si Amir, tidak berjaya untuk ke IPTA.

Yang gumbira…….anak Auntie Si Amir telah ditawarkan Ke Politeknik untuk mengikuti Kursus Diploma Kejuruteraan Awam. Alhamdulillah.

Yang tersangat excited….mak dengan ayah dia.

Amir, macam biasa, selamba-mamba!!!

So, dua tiga hari ni, Auntie sibuk le sikit nak uruskan surat menyurat, nak keluarkan duit berbagai. Duit ada ka??? Ada le sesikit…insysallah. Nak kena tengok-tengok kat bawah bantal ke, terselit-selit bawah lipatan kain ke.

Banyak jugak nak guna duit gayanya.

Registeration insyaallah bulan depan. Sempatlah Auntie buat persediaan lebih kurang. Tu pun nasib baik Politekniknya kat Shah Alam je, kalau jauh, jenuh jugaklah belanja nak pergi lagi….

---------------------------------

Sejak kebelakangan ni, Auntie sesangat sibuk kat ofis. Banyak betul kerja. Tak tahu mana satu nak didulukan. Auntie malas nak pikir-pikir sangat. Buat saja mana yang termampu.

Take it easy.

22 comments:

MA said...

Tahniah, Amir.

Semoga berjaya di dalam cita-cita.

Anonymous said...

Tahniah untuk Amir.

AuntieYan said...

Mak Andeh : Double Thank you...:-)

--------------------

Royce : Terima kasih....:-)

NONIE AZIZ said...

Tahniah untuk Amir! Tak pe Auntie Yan..nanti dah habis belajar kat Poly boleh sambung lagi...

Mama Rock said...

Alhamdulillah for Amir. Congrats to Aunty too -i'm sure you had contributed to his success too.

Anonymous said...

Syukurlah bole belajar lagi. Setengah budak lain langsong tok leh gi mana-mana.Time AY nak korek duit,dok teringat nanti zaman anak kita org dah nak masuk U,biasiswa pun dah tak de dah.Nak kena simpan dari sekarang.Masatu entah berapalah yurannya.

sue said...

Auntieyan,
tahniah utk amir and u..poly pun ok, they gives us strong technical knowledge, pasni bila sambung kat ipta dah kacang..slow and steady win the race...

AuntyN said...

Tahniah untuk Amir. Semoga berjaya dalam mengejar cita-cita.

Suruh dia rajin belajar Kak Yan. jangan sia-sia kan harapan ibu bapa tu :-)

Advice macam anak sendiri lah pulak hehehe. jangan Marah ye Kak Yan.

Anonymous said...

Tahniah pada Amir dan juga pada Kak Yan.

Liza

AuntieYan said...

Mamarisya : Terima kasih.:-)
Risau jugak...takut dia buat perangai lamanya...cool & selamba.
--------------
Mamarock : Terima kasih.:-)

--------------

Easylady : Terima kasih. memang benar, masa ke depan ni gamaknya macam mana ek???...Mungkin semua kena biaya sendiri. Insyaallah, rasanya Easylady tak banyak masalah....time tu...bisnis dah kencang!!! dah ada beberapa cawangan gitu...auw!...boleh Akak tumpang cari kerja buat tampung belanja dapur bila dah pencen nanti!!:-)
-------------------------

pb: Terima kasih. Dah dapat tempat belajo, risau pulak kot dia tak belaja bersungguh-sungguh. Harap-harap anak Auntie ni tersedar dari mimpi indah dia tuh...:-)
-----------------------

Traveler : Terima kasih. Untuk nak dapat hak kacang yang susah tuh...anyway insyaallah Auntie sentiasa berdoa... & berleter...:-)
----------------------

N: He!...he!...tak pe....budak jantan susah sikit, depa relax memanjang. harap-harap dia dapat semangat baru nanti...Terima kasih.
-----------------------

Liza: Terima kasih ...Amboi!...amboi!....lama tak mai sini?

Queen Of The House said...

Tahniah to Amir, and to the proud parents. IPTA or Politeknik, nanti hasilnya sama saja. Alhamdulillah dapat lanjutkan pelajaran. Mesti Kak Yan seronok Poli tu kat Shah Alam saja :)

Sya said...

kak yan.. congratulation to Amir. Semoga Ami berjaya di Poli. Betul le kak yan kita yg lelebih happy. Mereka relakx je kan?

Anonymous said...

Good news..bad news..who knows..?Congratulation.

Jo Kontan said...

AY : Kongratulatsyen. Khabor kat Amir tuu, Satu lagi yang pentingnya, konsistensi. Senentiasa membara untuk berjaya..


Petua pelan2 jangan terjah ke sinki tuu udah lama Jo praktikkan. Kawan udah berumor. terjah2 nii dah tokleh. kena pelan pelan warm-up.

Pelan2 Tu, hok tu yang Maam suka tuuuuu :-)

AuntieYan said...

Queen: T.Kasih. memang KY yang terlebih gumbira berbanding tuan empunya diri, apa lagi Poli tu cam sepelaung je dari rumah....esok-esok kot terserempak dengan KY kat Shah Alam dok menebeng, sah le KY gi jengok Si Amir. :-)
--------------------

Sya: T.Kasih. KY rasa nak ketuk je kepala Si Amir, bila bagi tahu dia berita gumbira tu, dia...tak excited langsung...gumbira tidak, sedih pun tidak...:-(
-------------------

En.Ari : Terima Kasih.:-)

-------------------

Ondeonde : Terima kasih. Auntie suka yang Onde kata " dimana bermula tidak penting, dimana berakhir yang penting"....isyyy semangat pulak mak Amir dengo...:-)
Tang petua tu...he!..he!...Auntie pun sama saja...ada masa terlupa jugak....
------------------

Jo : Salamualaikum...lama awok tak datang.:-(
Tang nak suruh dia konsisten tu yang susah.....dia ni, cooooiii memanjang.:-(
Bab petua..he!..he!...buat Maam gelak je...dari sudut kepakaran dia macam tak de sangkut paut langsung. Apa-apa pun....yang slow-slow tu kan ke lebih selamat...:-)

aNIe said...

Kak Yan...Tahniah buat Amir...biar ke mana pun asalkan dia dpt menyambung pelajaran...moga amir berjaya dlm mengejar cita-citanya...

Aha...Politeknik kat Shah Alam ye...heheh...dekatlah dgn kak lady...

Arena said...

Aunty..
tahniah buat Amir.. Biasalah mak bapak memang excited..
masa arena masuk U dulu, masa mak hantar abis semua orang yang dijumpa tengah jalan, dia bagitau dia nak hantar anak dekat U.. malu pulak arena..

Anonymous said...

Congrats untuk Amir Auntie Yan. Selamat Hari Ibu juga diucapkan walaupun dah seminggu berlalu.

AuntieYan said...

Kak Lady : terima kasih.
Kita sebagai ibu ni memang risaulah kalau anak tu tak buat apa-apa.Ingatnya kalau tak dapat jugak apa-apa tu, nak anto dia masuk kolej swasta je. dia dapat jugak masuk form 6...tapi awal-awal kata takmo.
Rumah Lady dekat ka?...he!...he..! kalau pandai pergi sendiri nanti boleh le kita buat agenda.:-)
---------------------
Arena: Terima kasih. Macam tulah mak-mak ni. Jaman Auntie dulu pun gitu le jugak. Auntie pulak takle hebah kat semua orang...kan blog ni je Auntie buat havoc sikit....kalau di alam nyata tuh....Auntie hanya bagi tahu kawan rapat dan pada mereka yang bertanya saj...isyyy...malu jugak nak announce sana-sini....elehhh...takat dapat masuk Poli je...Anyway Auntie bersyukur sesangat pada kurniaan Allah itu.
--------------

Om, double terima kasih. Om sihat??

anggerik merah said...

Dah datang semalam, tak dapat nak leave comment.

Tahniah untuk Amir..teruskan dengan kejayaan. Tumpang gembira dengar berita gembira.

AuntieYan said...

Anggerik, terima kasih.:-)
-----------------

BTB :...he!..he!...takut rupanya dia.

Bukan takmo update...n'tah apa ke j****nya...@*%#@+ , tang mana silapnya...PC ni, tak boleh nak publish...yg dua tiga entry yg ada ni pun dok minta tolong jasa baik seorang makcik blogger yang baik hati tu....
Insyaallah, sehari dua lagi baru nak mintak tolong dia publishkan...seee, maleh nak kacau dia selalu...dia pun sibuk jugak...(ppssttt...katanya dia ni manager besau!...tak sesuaiiiii le dok minta tolong sesaja...he!..he!...)

Anonymous said...

Kak Yan : Hantar jer, nanti I publishkan - alah, bukan susah benor. Dont worry - tak susah mana pun ;-)