Entry lepas, ada satu'anon' ni yang bukan main lagi kata Auntie pemalas, kerana tak up-date blog.Memang Auntie akui Auntie tak up-date dah agak lama. Kot ya pun........amboi!..sedapnya dia kata kita pemalas...nak tanya sikit...awak ada blog tak???...Dah le masuk tak bagi salam....nyamar pulak..... Nak oi!...lain kali beradap sikit ya...ini blog makcik, bukan blog rakan sepermainan kamu!!...
24 comments:
jgn marah auntie..bawak bertenang..'sabo' kata org kg teman...
Wahhh...Kak Yan dah sinsing lengan tuh !
Saya tetap berada di belakang Kak Yan !
Ni nak habaq ler kat adik-adik kat luar sana - walaupun Kak Yan or even fellow older bloggers nampak macam *sporting* dan *cool* - tetapi basic courtesy and adap sopan terhadap orang yang lebih tua tu kena maintain lah ye. Walaupun mungkin tak setuju or nak bergurau sekali pun - kena lah gunakan approach yang bijak.
Lain lah kalau dah biasa bergurau atau kenal mesra - itu lain cerita.
Kalau setakat *kenal* kat blog - doesn't gives anyone any right to langgar tatasusila - cakap, bergurau ikut sedap anak tekak.
Blog adalah ruang peribadi..nak update boleh..nak lama -lama baru update pun boleh..tak mau update pun boleh..peminat setia agaknya tu..dok ikut tiap hari..tetiba terputus..tu yang buat dia marah kut..tapipun kan ..saya tengok la..blog site Yan ni ramai peminat ni..tu yang haru siku tu kut..tapi tak pa lah..tok sah lah marah..Jom..kita minum dulu..
Kak Yan, dok bayangkan Siti Tanjung Perak berlakun filem dulu2 tu, siap bercekak pinggang lagi tu.
:-)
Agaknya macam tu lah, yg dok suruh kita update blog ni mungkin yang tak punya blog sendiri, tak tahu kadang2 kita ada problem teknikal. Kita karang panjang2 then tekan publish tak keluar2. Jadi mana tak fed-up, "merajuk" sekejap. Kadang2 tu masa tak mengizinkan kita nak bercerita kan, tak pun, idea tak mahu nak masuk kepala, jadi camna nak update kan.
Tapi kan at least si anon ni bagi kita idea nak tulis entry hehehe
Atau pu macam dalam cerita P.Ramlee..siapa itu Kassim Selamat..?..ala Kassim ampun kan mak Kassim..he..he..he..
pb :...bukan le nak marah sangat...hilang sabo je kejap...dah lama bersabo dengan bebudak kurang asam nih....
---------------
Suri:..ni kira ok le...masih waras lagi..:-)
--------------
Mak Andeh:...he!..he!...sekali sekala menyinseng lengan...belum tunjuk taring lagi...
Terima kasih le dengan ceramah tu...biar depa tengok sikit...ada masa, hilang jugak sabonya...
-------------------
En.Phinisi : Betul tu.Blog kita, suka kita le...:-)
Tapi s Anon ni...nak kata peminat, tidak kot...kalau peminat, dia sayang dengan idola dia...so, dia cakap sopan sikit...Tapi...nak buat camna kan memang kenkadang rasa boring le bila buka blog...asyik cerita tu jugak walau pun dah nak masuk sebulan...
----------------------
N : Itulah yang benarnya. minggu lepas, KY dah karang bagus punya entry. Tup, tup bila nak publish tak keluar....try berkali-kali puuunnn tak berjaya. Bengang le kejap. Dah tu bila tengok komen, kena kata 'pemalas'...angin le makcik!!!!
P/s: Memang gaya marah tu cam Mak Dara!!!
rilek ler makcik yan..jangan aa marah..saya peminat setia blog nih..tu yg frust sangat bila buka, asyik tak update jer..tu yg sampai tertaip pemalas. Ampun makcik!!!
YA ALLAH..AY..saya pula rasa nak sinsing lengan dgn blogspot..xleh published comment..
note ceramah MA tu..sabar ye AY
Anon : dah terlanjur sekali, lain kali hati-hati. Orang tua, ada masa sensitif...bukan orang muda saja yang berjiwang-jiwang...Bukan Auntie nak suruh disanjung-sanjung atau dipuji dan dipuja...takkk...setakat bersopan sikit...itu saja.
Insyaallah, blogspot ok, Auntie akan up-date blog nih.
---------------------
Ibuvogue : AY memang dah hangin dengan blogspot ni...asyik tak boleh nak publish...memang letih dan naik fed-up....sabo je lah...
--------------------
bisutulibuta:....tak putih dek oii!...berkarat dahh...:-)
Ehemmmm!...ehemmmm...!Selamat Maju Jaya!!!.:-) :-) :-)
Laa..antie yan tak update gak...asik reply komen org jek..isk..
jelir lidah kat antie yan..
Blog bagai sebuah rumah, yg terbuka pada para tetamu yg hadhir. Kalau kita bertandang kat rumah orang kenalah ada adab sopan apa lagik kalau tuan punya rumah tu lebih dewasa dari kita. Kalau tuan rumah sibuk dan tak hidangkan makanan... tau-tau dirilah..
Begitu juga masuk blog samada kita menggunakan anon atau nama sendiri bersopan lah sikit, kalau nak menegur boleh.. tapi kena fikir kak yan bukannya bebudak umur belasan tahun.. jgn-jgn anon pun dah boleh jadi menantu. Kalau nak tunjuk peminat setia ... ada caranya.
Auntieyan bekerja... kerja banyak adakalanya pi meeting, oustation.. bukannya budak sekolah yg boleh mengadap internet tiap hari.
Sabar ajerlah kak yan.. bebudak lagik ni .. kalau dilayan nanti kita pun mcm bebudak gak. Kalau si anon tu bebudak le kan? Kalau mak budak ke bapak budak ke...agaknya kemana minda dia pergi?
Biadap sungguh anonymous ini.Agaknya macam ini lah dia communicate dengan Mak dia sendiri. Kurang ajar.
Patut masa kecik dilempang cukup-cukup dengan Mak Bapak dia.
Sya:...terima kasih. Kak Yan sabo sajalah....Susah nak cakap bebudak cerdik pandai masa kini...terlebih pandai, terlebih geliga....harap-harap kita dapat didik anak kita supaya menjadi anak yang baik...bukan saja jadi cerdik, malah jadi lebih berakal....
-------------
Siti Tanjong Perak:.....tuuu dia...!!!...Cik Siti sangat marah nampaknya....sabo, sabo....tak payah layan kerenah macam nih....
Jaman sekarang, memang dah ramai anak-anak yang tak hormat mak ayah...apa lagi kalau mak ayah tak bepelajaran....harap-harap anak kita tidak termasuk kumpulan ini.
Selamat pagi untuk cik puan.Sebab suka mengikuti perkembangan celoteh..pagi ni awal sikit saya melawat..kabarei ..? waras..?
kak yan, install komen dgn haloscan. boleh trace commentator.
En.Phinisi:...Selamat pagi kembali.
Saya, waras saja (saya bukan orang Jawa...:-) cuma tahu makna waras tu...)Niat hati nak up-date blog tu...setelah dikatakan pemalas!...belum berkesempatan lagi...kerja banyak...sungguh pun gitu sempat juga mencelah..membals komen dan membaca blog yg. lain. :-)
En.Phinisi, sebab apa tak bagi orang komen kat blog tuh??...takut kena macam saya ka???
---------------
drb:...thanks for the suggestion. La ni tengah dok trace.....kita pasang spy bertauliah....dah tahu pun sapa tuuuu....sabo je le....
Auntieyan sihat ke?
Sabo ajelah Auntieyan ya pasal yang Anon tu :-)).
Take care!
La..tak boleh komen ka..tak perasan pulak..patut lah selama hari ni tak pernah ada komen..!Yang sebetulnya dulu saya buat diary saja..siapa pun saya tak habark tentang site tu..cuma bila dok masuk makcik bloggers punya site dan dok komen ..tu yang ada yang pergi tengok site saya..nanti saya tengok apa boleh saya buat kat dia..
Anggerik: Thanks for coming.Auntie sihat saja. ...kenkadang orang disekeliling yang buat kita kurang sihat....Orang jauh..menyihatkan pulak...:-)
Pasal Anon ni...nanti dia...nak kena sekeh budak nih....!
--------------------
En.Phinisi: La...selama ni saya ingat, memang tak nak kasi orang komen. Kalau dah boleh komen tu mesti ramai yang nak beri komen...macam-macam orang nak tanya...terutamanya tentang kapal idaman tuh!...bila gamaknya nak siap???
---------------------
Phinisi atau pinisig tu sebenarnya panggilan untuk kapal layar di Indonesia..di Trengganu panggil pinis..mungkin berasal dari bahasa Peranchis..penaece..tak sangka pulak ada orang nak panggil saya Phinisi..!You can call me Ari..or if you are above 60..Si Ri..Harapan kami sekeluarga adalah untuk kapal tu dapat di apongkan dalam tahun ini jugak..tapi rasanya tak sempat..kami sediakan dua tahun untuk pembinaan dan fitting.Kayu belum cukup kering lagi..baru + - 6 bulan pokok Chengal dan Resak tu di tebang dan buat papan..ambil masa setahun untuk keringkan kayu..
Nakal si Anon ni...Macam siti nurhaliza pulak Aunty Yan ni...ada peminat setia..Dia ni diketegerikan peminat fanatiklah Aunty Yan...Sabar AY...peminat fanatik memang selalu macamni!!!
Mamarisyia : Nakal tak pe...jangan terover. Dengan makcik gurau pun ada hadnya. Siti Nurhaliza??..cewah!....peminat belum tengok lagi makcik ni...kalau dah tengok takut semua pakat lari....;-)
fuyooo kak yan ada peminat kipas mati..(die hard fan) hehehe..nanti jumpa nak suruh sain autograph la...glemer...glemer...glemer..
MA-nanti kita deting lagi siap mtk tumb print kak yan ye..kita tayang kat blog kita...
P-Nut:...he!...he!...die hard fan?....tu depa belum jumpa lagi tu...kalau jumpa, lenguh tangan nak sign otogeraf...:-)
Post a Comment