Auntie dah jadi warga Lembah Kelang ni hampir 30 tahun. Khususnya di KL. Sejak lepas belajar, dapat kerja terus kat KL. Sejak itu tak kemana-mana lagi. Terus jadi penduduk tetap KL dan menjadi Warga KL. Mahir ke Auntie dengan KL?? Kalau tempat-tempat atau jalan-jalan di KL, rasanya Auntie tak sesat le. Pi letak Auntie tang mana pun insyaallah boleh cari jalan balik. Itu kalau KL betul,. bukan PJ, bukan Shah Alam atau lain-lain bandar sekitar Lembah Kelang ni. Putrajaya pun baru saja nak berkenal mesra.
Masa Auntie mula kerja kat KL, memang cekap. Naik bas turun bas. Tahu saja bas mana nak kemana. Tambahan waktu itu bas Mini berlambak kat KL ni. Naik saja, tiketnya baru 40 sen. Sekarang, jangan le suruh Auntie naik bas, dah tak tahu bas tu nak kemana. Dengarnya pun la ni konduktor bas dah tak de..bila naik masuk duit kat mesin sebelah dengan driver.
Wei!....Auntie bukan nak cerita kisah jaman dulu….tapi dah melalut pulak.
Alkisahnya, dua hari berturut-turut Auntie & partner mencari jalan ke Shah Alam. Semua ini gara-gara nak menghantar En. Amir masuk belajar ke Politeknik yang terletak di Shah Alam. Bukannya kami tak pernah ke sana, pernah….tapi, n’tah kurun yang mana. Dah lama sungguh kami tak kesana. Jalan yang paling familiar adalah ikut Federal Highway. Itu kalau dari KL. Kami ni dari BBB. Sebelum tu dah bertanya dengan kenkawan kat ofis, semuanya mencadangkan Auntie ambil jalan ke Puchong dari Putrajaya…”ikut saja signboard…senang saja” depa kata….
Knowing my dear beloved gelabah and cepat panic punya Hero Tamil….Auntie memang dapat agak apa akan terjadi.
So, pagi Sabtu lepas b/fast, kami bertiga (Jim ikut sama) mulalah perjalanan. Ikut jalan ke Putrajaya…ikut signboard punya petunjuk. Bawa juga peta….makin lama , aiseh, rasa makin jauh…ke sebab jalan tu kita tak pernah lalu maka rasa jauhnya….Auntie jadi penunjuk arah….dok pegang peta, sambil baca signboard sambil arah kiri atau kanan. My beloved Cik Din kejap-kejak tanya .” kiri ke kanan?...kiri ke kanan ?”
Akhirnya, meraban n’tah kemana….dah sampai macam jalan nak masuk kampung je….
Hero Tamil dah mula panic…. Auntie buat cool sajalah…apa nak takutkan…bukannya seat dalam hutan….bukan kita tak de mulut….untuk bertanya…..so, macam biasa le…bab-bab tanya arah ni, orang pompuan punya kerja…orang lelaki mana mau turun tanya arah…tak macho le kan?????
Sampai satu tempat, Auntie pun turunle terhegeh-hegeh pi tanya kat satu bengkel kereta. Mamat tu kata, …” Oooo….ikut sini pun boleh, jalan terus je, nanti akan jumpa trafik light, belok kanan dan akan sampai ke Shah Alam….”
Perjalanan diteruskan…akhirnya kami jumpa Sekolah Teknik Shah Alam….baru le si Hero nampak ceria…sebab dari situ dia dah tahu nak masuk Shah Alam….hemmm, legaaa….Tak lama lepas tu, nampak le signboard ke Politeknik tu….dekat benau dengan Giant. Dekat jugak dengan bangunan Syabas. So, kami tinjau sajalah kawasan hostel. Dah ada spanduk selamat datang untuk siwa-siswi baru.
Kami singgah jugak ke Giant…pi pekena teh tarik dan rojak Klang. Bila nak balik, kami cuba jalan lain pulak…he!...he!...sekali lagi kami meraban , sesat barat n’tah ke mana…sedar-sedar dah dekat nak sampai Sepang… Nasib baik ada susur ke Putrajaya, kami ikut sajalah.. Last-last, pukul 2.30 baru sampai rumah.
Cik Din tak puas hati….hari Ahad, sekali lagi Auntie jadi penunjuk arah dia. Kali ni kami ambil saja jalan Federal Highway…..nampak Cik Din lebih selesa…so, esok insyaallah kami lalu jalan ini sajalah….
******************************
16 comments:
Wah..AY dah mulakan acara mengulang Shah Alam tiap minggu...elok le tu..nanti boleh datang rmh saya,makan tengah hari...datang hari ahad..dapat cuci mata di car boot sale..betul-betul sebelah giant tu..
alahai kesiannya.. politeknik tu pagar belakang betul2 sebelah ofis saya ni.. shah alam ni besar sgt dah.. dari seksyen 1 hinnga 36, sambung dgn seksyen U1 hingga U6...
BTB : Ooo..rupanya rumah dia dekat traffic light....setakat bawak pizza, no hal punyalah....!:-)
----------------
Suri : Terima kasih atas pelawaan tu....Jangan di pelawa sangat, AY ni jenis muka tak malu....kalau bab makan tu menjadi je....:-)
Dengar jugak pasal boot sale tu, tapi tak pernah pergi pun....susah betul nak ngajak Hero tu....:-(
-----------------
Sameah : Kamu jangan berani-berani merayap-rayap di Shah Alam....kok nanti di urat dek Mat Bangla....:-)
-----------------
Anon :...nama sapa??? Kalau dah tahu senang jugak AY boleh minta tolong spy-spykan En. Amir tuh....
Gayanya S.Alam ni luas le area diakan....?
suami u india muslim ke kak yan?
Anon:...meh AY gelak dulu....kah!...kah!...kah!....
Suami AY bukan INdia Muslim....dia Melayu Muslim.....:-)..dulu masa muda-muda dulu misai dia lebat....ala-ala misai hero Tamil....sajalah AY bagi gelaran kat dia macam tu dalam blog nih....
Errr...apa nama adik manis???
misai lebat? ...la ni misai dia lebat lagi ke? ada cam Datuk K nyer misai? heheheh maaf yer kak yan ..err auntie yan ... nak panggil mana pon leh kot .. jgn panggil yan jer dah kan ...adik manis? ..ihiks .... nama saya ..ermmm .. alahai malu la plak ... tapi kan saya baru tau rupa2nya saya ni sekementerian dgn p-nut online .. tapi bumbung lain la ...tapi saya tak jumpa dia lagi ... yer la .. saya blog pon takde ... nama saya lenkali la yer .. jgn marah ek .. n take care Puan yan ... hehehe ;)
auntieyan, mama pun sama...tau part ampang je. tau shah alam pun sebab pergi kelas, itu pun tau menuju ke UiTM je. suruh detour ke tempat lain kat shah lama tu, jgn le, buat sesat je :)
Apa habark ..?Baru hari ni boleh tengok blog..dah seminggu saya sibuk..kat CCU SJMC.Tapi..tak la sesat barat mencarinya..sebab mem pernah dok KL 7 tahun..dulu-dulu saya cekap KL atau Damansara cuma pada waktu malam..masa pi sana cerah lagi..driver lain..masa balik dah kat subuh..saya driver..siang hari tak tau jalan..!La ni..langsung tak tau..!
isk..isk..kak yan nih. tak boleh jadi navigator masa treasure hunt nampak gayanya. Orang suruh pi Penang - harus tiba kat Melaka gamaknya !
Alhamdulillah -saya lancar bab KL, PJ, Shah Alam dan Putrajaya. Cuma area Puchong ajer jarang terokai.
Saya dan anak-anak suka travelling, dah join banyak treasure hunt masuk merata ceruk kampong. Seronok sesat barat nih. Boleh improve banyak skill - kenal tempat orang, belajar identify landmarks, belajar berkomunikasi - bak kata orang -... segan bertanya, sesat jalan.." heheheh
Kak yan...kenapa tak call Lady...lerr...sian kak yan...kalau kak yan lalu jalan ikut Exit KLIA tu tentu lagi senang...kak yang straight aje...pastu masuk kat susur keluar batu tiga....ikut arah ke sungai buluh...ikut straight aje...nampak stesyen minyak Projet sebelah kiri kat traffic light tu masuk je kanan...lagi senang...tak jam pun...kalau Federal Highway tu jam teruk...
Nanti kalau nak datang...beritaule...kalau lady senang boleh le jumpa... :)
He..he..bapak mertua saya dalam Kota D,nak balik ke rumah dari lepas ambil minyak..boleh tersesat masuk highway ke Kuchai Lama? Sib baik ada mat sorang tu tengok lain macam aje orang tuani tanya nak ke mana.(HP dia tak bawa)Org ni tolong telfonkan.Bila TJ ambik dia relax aje.."abah tak rasa apa-apa dan tak risau pun,sesat dalam semenanjung aje bukan kat New York"..KAh..kah..kah
Anon: Pergi cari P-Nut dan cuba buat blog....:-)
Laa...tak beri nama jugak??apasal takut sangat??boh le nama apa pun bukanorang kenal....Minah ke...Eton ke....
--------------------
Mamarock: Insyaallah, AY nanti boleh expert dengan Shah Alam nih...:-)
-------------------
En.Ari : sapa yang sakit tuh???
-------------------
Mak Andeh:...memang haru sungguh mencari jalan nih...itu Hero memang lagu tu, kalau jalan yg. dia tak familiar dia gelebah semacam...kita dok jadi navigator dia pun boleh jadi keliru...he!..he!
Insyaallah dalam sedikit masa lagi dia akan hafal jalan kat Shah Alam tuh.
--------------------
Kak_Lady : Memang lekoenkononnya ambil jalan tu...tapi, biasa le....kita tak familiar....so, jadi sesat barat..
Nantilah lain kali KY boleh jumpa Lady kat Shah Alam. :-)
Kak Yan, tak usah ikut Federal Highway, buat apa dok patah-patah balik. Lagipun takut jam. Nak senang, ikut aje tol Sungai Besi lepas tu masuk ke KESAS highway jalan terus - nanti nampaklah signboard masuk ke Shah Alam. Mudah sesangat. Ikut HIghway Puchong pun lagi dekat tapi belok sana belok sini, kalau tak biasa nanti sesat barat lagi.
Selamat belajar untuk Amir.
hai auntie..
co camna hero kecik auntie tu kat hostel.. is he ok? takut nangis kat dlm selimut teringatkan mama dia.
mama dia nangis tak teringatkan anak di hostel?
Mak Aji: Insyaallah AY akan cuba jalan tu...:-)
----------------
Sarah: Hero tu dah biasa tinggal kat hostel. Rasanya takkan nak nangis....dah besar gunung tuh! AY pun dah tak kisah sangat, cuma bimbang dengan cara dia menguruskan diri...almaklumlah dah lama sakit relex kat rumah...
------------------
Post a Comment